Pages

Monday, May 14, 2012

Kerana mulut badan binasa




Antara kita dah lama takda apa-apa
aku rasa semua perkara dah diselesaikan
kes dah ditutup memandangkan kita pun berpisah secara baik
tapi aku sangat terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh seorang hamba Allah mengenai cerita atau fitnah yang ditaburkan oleh pihak lelaki
oh patutlah aku terfikir kenapa ada segelintir kawan yang memandang serong dan menjauhkan diri dari aku rentetan perpisahan yang berlaku di antara kami
dan aku tak kisah pun dengan pemulauan itu disebabkan sewaktu aku masih lagi bersama si lelaki itu, tak pernah pula kalau hubungan kami bermasalah, kawan-kawan yang ini cuba untuk membantu
dahulu pun sewaktu aku mula bersama dengan si lelaki ini, habis dihasutnya si lelaki ini dengan mengatakan bahawa aku terima lelaki ini sebagai teman hidup aku disebabkan si lelaki ini mempunyai kereta
kelakar memandangkan aku langsung tak terfikir mengenai kereta atau harta si lelaki ni
kalau betullah aku ni gila harta, minta maaf la ye, aku tak pandang kereta engkau tu, aku pandang kereta yang lebih mewah
bunyi macam sombong kan?ye, memang aku sangat sombong dengan engkau dan kenalan-kenalan lain yang ikut sama dengan kata-kata engkau
jangan ingat aku tak dengar cerita dan fitnah yang engkau sampaikan dekat orang lain ye
aku ni punyalah menjaga harga diri dan maruah engkau lagi dengan berdiam diri apabila ditanya apa sebab perpisahan
bagi engkau, mungkin aku ni jahat, cari lelaki lain
tapi tanya diri engkau balik, cuma kita berdua sahaja yang tahu punca berpisah
selama 4 tahun kenal dengan engkau, tak pernah aku terfikir betapa busuknya hati dan mulut engkau ni kan
sungguh, aku terkejut mendengar cerita yang mengatakan bahawa selama ni aku bercinta dengan engkau sebab engkau kaya?engkau kerja gaji tinggi?pangkat besar?dan kemudian aku ni suka sangat paksa engkau kahwin dengan aku sebab mahu tarik engkau masuk keluarga aku?
aku rasa engkau lebih arif mengenai hukum fitnah orang ni
jangan sampai aku buka pekung engkau dan cerita aib engkau, aku mampu bersabar sebab aku fikir kalau aku sama juga macam engkau, betapa rendahnya martabat aku ni sebab sama taraf dengan engkau
aku faham engkau sakit hati, tapi untuk sebarkan cerita yang tak betul macam tu lebih-lebih lagi engkau kaitkan pula dengan keluarga, memang aku sakit hati
aku ajak engkau kahwin sebab umur kita sudah pun 25 tahun ketika itu, dan kita masing-masing dah lama kenal
bukankah engkau cakap,engkau dapat nasihat dari abang-abang yang belajar agama sama-sama dengan engkau supaya percepatkan apa yang wajib?
jadi mengapa timbul aku ni nak tarik engkau masuk keluarga aku?
setahu aku, engkau jumpa keluarga aku pun 2-3 kali sahaja
emak aku tak pernah beria-ia pun nak engkau kahwin dengan aku, apa yang dia mahukan, aku lambatkan perkahwinan aku
jadi kenapa timbul cerita bodoh macam tu?
berfikir guna akal fikiran yang Allah kurniakan dekat engkau, bukan dengan kepala lutut sebab inilah jadinya
dari aku bersabar, aku diam apabila orang pandang serong dekat aku, terus aku melenting macam singa kelaparan akibat mulut longkang engkau
tolonglah ye, aku tak heran dengan duit gaji engkau, pangkat engkau
kalau aku gila sangat duit engkau, masa aku kerja dekat Rompin dulu, aku dah buang engkau jauh-jauh memandangkan gaji engkau yang ciput masa tu
oh dan, kawan baik aku sendiri pernah nak kenalkan aku dengan lelaki lain yang sudah stabil dan kerja dengan pangkat yang lebih besar yang boleh menjamin masa depan aku, tapi aku tolak
tahu ayat kawan aku macam mana? 'tak payah la bercinta sakan dengan lelaki macam tu, gaji basic pun rm1800 je, nak bagi engkau makan apa, kawan aku ni gaji sekarang pun dah rm5000, belum tambah elaun lagi'
sampai hampir bergaduh aku dengan kawan aku ni sebab hina engkau macam tu
betullah apa yang aku pernah cakap dekat kawan-kawan rapat aku yang ilmu agama kalau kurang boleh ditambah, yang penting rajin untuk tuntut ilmu agama tu, tapi kalau perangai dan hati busuk macam bangkai, memang sampai tua susah nak ubah
ilmu banyak di dada tapi tak amalkan dengan betul
sebarkan fitnah
hati tu penuh dengan dendam sampai buat cerita tak betul
aku minta maaf kalau ada yang terkecil hati dengan entri kali ini
tapi cukup-cukuplah perbalahan ni
aku rasa sebelum aku buka mulut, baik engkau berhentikan cerita yang tak betul ni
ingat 'kerana mulut badan binasa'
dan ingat segala perbuatan engkau dulu

4 orang pengkritik:

oya zihanee said...

+ uish!!! marah betul nih.. hehehehe.... biasalah dalam bercinta. sebelum bercinta, susah, tengah bercinta pun susah, dah berpisah lagi susah. kadang2 ape yg kita redha tu, dugaannya lagi kuat dari paksaan. sbb allah nak menguji kita, sejauh mana kita tetap dengan pendirian kita.

semua tu, nak menutup aib dia.

akak ada calon.. hehehehe....

Nur Suhaila said...

marah sikit kak oya sebab cerita tu tak betul, kalau benci sangat, tak perlu nak salahkan sue je kan..nasib baik dah tak hidup dengan dia lagi dah..ade calon ke?alaaa akak cakap lambat la,kite dah ada bakal ehem ehem dah ;p

oya zihanee said...

+ marah cikit2 je.. pastu tak yah fikir dah. tak dapat ape pun layan menda-menda camnie.. bg tumpuan pada yg 'baru' eh...

terlambat ek??? huhuhu.....

Nur Suhaila said...

hehehe..terlambat sikit je tapi kalau ada calon, boleh je kenalkan, hahaha

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com