Pages

Friday, May 6, 2011

.My best friend weddings.



Memandangkan beberapa minggu ni emosi selalu terganggu
mesti sampai orang dah muak baca entri emosi aku (mahap sangat la ye)
jadi aku nak buat 1 entri khas untuk kawan baik aku selama 16 tahun, kawan susah senang yang selalu ada untuk kawan-kawannya walaupun selalu berada di atas kapal


aku teringat sewaktu mula-mula kenal dia ni semasa umur aku 10 tahun
masa tu, dia ni memang kecil je, lebih kecil dari aku, ketinggian pon, aku lebih tinggi (masa tu aku memang riak dengn ketinggian aku, sebab aku antara yang tinggi di sekolah rendah)
walaupon kecil saja, tapi IQ dia teramat-lah tinggi sehingga dinobatkan sebagai murid unggul semasa di Sekolah Rendah Parit Setongkat (tolong jangan nak gelak sangat baca nama sekolah aku ye, sebab Si Dia selalu ejek nama sekolah aku ni)
dulu-dulu aku pengawas yang sangat garang sampaikan aku rasa ramai tak suka aku kot sebab GARANG yang amat
serius, aku suka jerit-jerit, marah-marah pelajar yang tak ikut peraturan ni, macam susah benor je nak pakai tag nama kan?
so, kiteorang poyo sikit-lah kan siap tubuhkan kelab FIZZIE = Farah + Ita + Ziha + ok aku lupa..yang E tu aku la..ella (ni nama panggilan family ye kawan-kawan)
lepas tu siap jadi penyiasat la bagai kan, siasat aktiviti penagih dadah dekat belakang sekolah
apa kaitan dengan kawan yang aku sedang cerita ni? sebab dia merajuk tak dapat join kelab ala-ala poyo kami ni, sentap sampai pergi larikan diri dekat atas kubur lama bawah bangunan sekolah, motif la kan???
masa tu tak kawan sangat dengan dia ni, tapi selepas paristiwa tersebut, kami terus jadi kawan rapat
tapi dia ni, sebab terlalu kecil je, selalu jadi mangsa buli budak-budak lelaki ni, benci betul aku, salah seorang pembuli dia, si Apar, Apar sekarang pon, jadi kawan baik aku juga dengan dia ni
tak sangka sangat kami boleh berkawan selama 16 tahun
16 tahun tu, macam-macam berlaku sampaikan aku pernah hampir putus kawan dengan dia akibat aku terlalu stress dengan exam, dan dia boleh nak gurau-gurau kasar lak dengan aku
seperti biasa, Apar akan jadi mangsa bebelan aku, Apar juga-lah yang tolong settlekan pergaduhan kami
ada sekali ni, selepas habis sekolah rendah, selepas 3 tahun tak jumpa dan lepak sama-sama, tiba-tiba kawan-kawan nak buat reunion, maka bertemulah kami, sesungguhnya, percayalah, terkejut beruk aku tengok dia dah tinggi, lebih tinggi dari aku bersentimeter banyaknya!!
muka pon dah dewasa
dan..kami terus berkawan sehingga ke hari ini

dan hari ini, dia bakal dinikahkan dengan pilihan hatinya yang aku mula-mula kenal secara kebetulan bertemu di Bus-stand Pagoh
aku doakan pernikahan ini menguatkan lagi rasa cinta antara mereka berdua
Selamat Pengantin Baru untuk Shahril Hamid dan Nina :)
i'm happy for both of you, and to Nina, tak pernah pon terlintas di benak fikiran i ni, untuk jadi lebih dari kawan baik Shahril :)
hanya Nina je yang berhak ke atas hidup Shahril Hamid
semoga bahagia ke anak cucu



Nina, i curi gambar ni tau, sebab nampak serupa sangat rupa korang berdua :)



p/s : apabila ramai kawan baik dah melangkah ke alam pernikahan yang abadi, hati terasa sedih sekejap memandangkan lepas ni aku keseorangan sahaja, aku bila lagi?entah..tak pasti :")

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com