Pages

Monday, May 9, 2011

.Ibu-ku sayang.

Umi, ku petik bintang-bintang
Menyinar, cahaya hidup mu
Umi, dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

Ku tak relakan kau menderita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu

Umi, ku ingin kau menyaksikan
Sinar, yang ku cipta untuk mu
Umi, berikan senyuman
Agar kau bahagia




Dato' Shake - Umi



Mendengarkan lagu Umi, buatkan aku rasa sebak
Sebak sebab masih belum mampu lagi membalas jasa mama yang terlalu banyak berkorban untuk membesarkan aku :")
Namun, doa aku untuk mama sentiasa mengiringi kehidupan-ku seharian
Mama adalah segalanya bagiku
Membesarkan aku dengan penuh kepayahan dan kesusahan demi untuk melihat aku berjaya pada masa hadapan
kini, umur-ku memcecah 25 tahun
aku rasa masih lagi gagal untuk menjadi yang terbaik untuk mama
hati aku gusar dan sedih waktu ini
aku selalu mahu dekat dengan mama, sentiasa mahu di-sisinya sepertimana mama selalu ada untuk aku dari kecil sehingga dewasa
apabila mengingatkan betapa banyaknya dosa aku kepada mama, mengalir air mataku
zaman remaja aku yang boleh aku kategorikan sebagai nakal-yang-amat, sentiasa ligat bermain difikiranku
mungkin ini cara Allah mengingatkan aku betapa bersyukurnya punyai seorang Ibu yang sanggup bertahan dengan kerenah anaknya
ah, menuliskan ini pon hampir sahaja mengalir air mataku
kenapalah dulu aku degil kan? mesti banyak air mata mama yang mengalir untuk aku..
tapi, sekarang aku makin menghargai mama
setiap masa aku mesej mama, setiap masa aku telefon mama
jadi makin sayang dengan mama
sebab tu, sekarang ni aku berusaha cari kerja yang lebih dekat dengan rumah
aku mahu sentiasa ada dengan mama
semasa bujanglah boleh sentiasa ada dengan mama, nanti apabila sudah berkahwin, tak boleh nak balik sangat
tiba-tiba hati jadi sayu, aku nak kahwin lambat-lah macam ni
sekarang ni, setiap detik aku dengan mama, akan aku hargai
jadi, janganlah tanya bila aku nak berkahwin ye, aku jadi sesak nafas nak jawab sebab aku tak bersedia walaupun aku dah ada design baju kahwin, berapa orang jemputan (oh, aku mintak maaf ye sebab aku cuma jemput kawan susah senang sahaja, yang aku tak jemput nanti, aku mintak maaf, mungkin aku akan tebus dengan buat kenduri doa selamat di rumah), konsep apa, decoration, budget, semua aku dah fikirkan
bukan sebab dah gatal, tapi senang aku nak simpan duit dalam sebulan
ok, cukup bercakap pasal kahwin, sebab aku nak berbulan madu dengan mama dahulu
bulan depan 6/6/2011, hari lahir mama yang ke 45 tahun
aku sudah fikirkan hadiah yang memang aku rasa sesuai untuk mama..
tak sabar nak tunggu hari tu
untuk ibu-ibu diluar sana, Selamat Hari Ibu!
jangan pernah putus asa membimbing anak-anak di dunia untuk kebaikan di akhirat kelak :)




p/s : dah tak sabar tunggu 20/5 ni, ke Taman Negara la kita kan Kusam?kenapa bawa Kusam?she deserve it more than anyone,kalau ada Aziati, aku bawa dua-dua sekali, sebab mereka sentiasa ada untuk aku ibarat seorang kakak :)




0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com