Pages

Monday, May 9, 2011

.Laki-laki idaman.



Bercakap mengenai laki-laki kegemaran atau idaman, tipulah kalau ada perempuan yang geleng kepala keluarkan statement tak pernah ada lelaki idaman, nampak sangat nipu-nye tu..
mesti pembaca setia belog aku ni serba sedikit dapat agak kan, aku sedikit tergila-gilakan siapa kan?kan?kan?
tentu-tentulah tahu selepas baca luahan perasaan kecewa selepas Noh Hujan bertunang hari tu..bulan Julai lak nak kahwin..haihhh mengeluh panjang aku
sekarang ni aku nak senaraikan laki-laki idaman yang berkurun lama aku idamkan (dalam mimpi pon jadilah kan)


1. Johnny Depp
- amaigad!!!!!!!!!!!!!!!!abang Joni!!dari muda sampai dia dah tua, aku tetap minat dekat dia, umur Joni ni dah 51 tahun ye kalau tak silap akulah..tengok, dah berdebar-debar jantung aku apabila sebut nama Joni ni, dulu berangan Joni ni kalau datang Malaysia aku nak ngorat dia, tapi non hado la kan nak datangnya ke sini, setakat wallpaper di telefon bimbit pon cukuplah



masa muda dah hensem macam ni


dah tua 10 kali ganda hensem!


pandai main piano lak tu, memang ciri-ciri laki idaman aku ni


speechless sebab hensem sangat dengan umur 51 tahun



2. Remy Ishak
- tetiap hari kot aku tweet Remy ni walaupon dia tak pernah sekali pon reply..ok fine..aku tahu-lah suara aku tak sedap sangat kalau dibandingkan dengan Tiztiz kan?aku selalu membayangkan Remy ni balik kampung dia dekat masjid tanah tu, bertukang buat reban ayam ke, betulkan rumah ke, reban kambing ke..faham tak apa aku nak sampaikan ni?Remy ni kan macam laki melayu terakhir kan, kulit dia, badan dia, siapa cakap dia macam bangla, memang kaki cemburu sebab tak mampu kan nak jadi model dashing macam Remy kan?walaupon tak dapat nak mengurat Remy ni, tapi aku pasrah dengan pesaing utama aku iaitu Tiztiz, sesuai gamaknya, kalau dengan Maya Karin la kan, konfem aku tak akan minat lagi dekat Remy ni, motif?sebab tak sesuai ;p







3. Shaheizy Sam

- oooohoiii!!siapa tak minat dia ni, dari dia tak fames aku memang duk gilakan dia sebab dia ada ciri-ciri abang Joni ok?gaya dia tu, serius dia tu, ala-ala Joni, sebab tu aku jatuh hati dekat dia ni, sanggup aku tidur lambat semata-mata nak tengok Shaheizy ni dalam Fuhhh!macam mana nak ngorat Shaheizy ye?????tapi kalau tak dapat dia, aku memang berkenan sangatlah kalau dia ni dengan Lisa (dah macam ejen pencari jodoh lak kan aku ni)



macam Joni kan?tapi Joni lagi hensem ;)




4. Qi

- first time tengok dia ni masa dia jadi host untuk rancangan apa entah, destinasi bajet ke apa entah, tapi terus suka dia, sebab aku memang suke laki serabut ni, macam-macam comel je..frust la juga apabila dapat tahu dia dengan Julie Woon dulu, tapi apabila dapat tahu dia dengan Yuna, terus suka sangat, sebab aku memang minat gila dekat Yuna..dan dan akhirnya dapat gak aku jumpa depan-depan dengan Qi ni semasa Maysaa event dulu, suka yang amat!dah la friendly kan, comel lak tu, ok jangan nak getis sangat, dan aku tak faham kenapa orang sibuk nak cerita kisah silam Qi ni dan nak label yang dia tak sesuai dengan Yuna, tak fahamlah, banyak sangat Kak Nam dalam Malaysia ni, tak bagus gak..








memang 4 laki-laki ni, aku minat dari dulu sampai sekarang, tapi tak minat nak lebih dari tu pon, kecuali Joni, ok bye!

1 orang pengkritik:

AsmidarTodt said...

tak sabar nak tgu Pirate of Carribean kan..suka jugek!! ♥♥♥

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com