Pages

Tuesday, November 2, 2010

Yang Pertama Kali



Bercakap tentang pertama kali
pasti ada yang teringatkan pertama kali datang bulan
pertama kali bercinta
pertama kali bekerja
pertama kali menjadi ibu


Entri pertama kali ini, bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri dan si dia betapa seronoknya kami melewati saat-saat remaja dan pra-dewasa selama berkenalan selama 4 tahun
aku memang seorang yang sensitif dan romantik
kawan-kawan rapat dengan aku, tahu macam mana aku nyatakan rasa sayang diri aku kepada si dia
semasa pertama kali mula rapat dengan si dia, kebetulan hari lahir dia bakal tiba
jadi, aku terfikir untuk buatkan kad sendiri untuk si dia
atas bantuan Raihana untuk melakarkan gitar, aku hasilkan kad berbentuk gitar siap ada tali tau
sanggup aku tidur lewat malam semata-mata untuk siapkan kad yang mungkin bersaiz A5
tapi aku gembira sebab dia tersenyum apabila dapat kad tersebut
tapi aku rasa surat cinta paling ekstrem pernah aku buat apabila secara tiba-tiba selepas habis kelas, ternampak kereta si dia berhampiran dengan blok kuliah, terus tiba-tiba keluarkan surat dan tulis seperti ini

'SAMAN RM10,000 serba satu, kesalahan : mencuri hati Nur Suhaila'

dan aku letak di cermin keretanya
romantik tak?
jadi, aku memang sepanjang masa buatkan kad untuk si dia
semasa belajar di library bersama-sama pon, ketika semua berkerut muka study and struggle for final year
cepat sahaja tangan aku tulis nota-nota comel dan lukisan-lukisan comel untuk menggambarkan sayangnya aku dekat si dia ni
sebenarnya apabila difikirkan, apa yang aku buat, semuanya untuk mendekatkan hubungan kami
hubungan yang kami bina 4 tahun, semakin lama semakin mencabar
tetapi dalam berhubungan, kami mencari keredhaan Allah
tiada bersentuhan (tiada langsung)
tiada berpelukan
tiada berjalan berpegangan tangan
yup, time change people change
lebih-lebih lagi setelah bertudung
aku malu kalau pegang-pegang tangan tanpa hubungan sah
lebih-lebih lagi kalau orang berumur tengok kami bermesra-mesra
jadi kemesraan kami ciptakan dalam cara yang berlainan
buat kad, buat video (bukan video 18sx), beli hadiah (ok, yang ni jarang mungkin duit asyik kurang saja)

kami pon tak planning untuk ke sana ke mari berdua
kami lebih selesa untuk bersama kawan-kawan
sebab, kalau sebelum berkahwin merata-rata pergi berdua
nanti kalau dah berkahwin, tiada aktiviti lagi kan
jadi sabar
insyaAllah, sesuatu yang baik bakal menyusul kemudian hari


'Time change, people change, memang kadang-kadang rindu dengan zaman masa muda-muda dulu, tapi, takkan kita nak berada dalam takuk yang sama kan sayang,perangai mungkin berubah,tapi awak tetap yang sama,kena belajar untuk menerima'


buat masa-masa sukar yang sedang aku alami, terima kasih kepada si dia menahan sabar dan marah
buat masa-masa gembira kita berdua, walaupon menjaga batasan agama, kita pastikan kita hayati dan hargai hubungan kita



i praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and i'm here with you
now let me let you know
you've opened my heart
i was thinking that love was wrong
but everything was changed when you came along






2 orang pengkritik:

nisa' audadi said...

oh..akak lak rasa tacing dgr citer ni..

Nur Suhaila said...

alololo..
jangan la tacing-tacing akak

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com