Pages

Tuesday, November 23, 2010

Kecil-kecil tapak tangan



Ketika menyibukkan diri dengan pelan-pelan yang makin menimbun di atas meja ni
teringat aku kisah-kisah klasik semasa melayari kehidupan di zaman remaja sekitar umur 13-16 tahun

aku pasti ramai yang tahu kalau tinggal di Johor, adalah wajib untuk ke sekolah agama pada sebelah petang
jadi, selepas balik bersekolah rendah / menengah pada sebelah pagi, makan-maka
n, tidur-tidur ayam kejap, dalam pukul 2 petang terus ke sekolah agama haaa, sekolah agama ni ada 2 sesi, yang pertama bermula pada pukul 2 petang hingga 4.30 petang, sesi kedua pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang (ok, aku lupa sebenarnya)
dulu-dulu, sekolah agama ni bermula dengan kelas Fardhu Ain, masa ni umur 7 tahun
kelas ni belajar perkara asas m
engenai cara menunaikan solat 5 waktu, mengaji, tajwid dan sebagainya
aku paling suke-lah time ni sebab apabila time rehat je, ada pakcik dengan makcik jual baaanyaaaak sangat jajan (aku paling tak suka guna perkataan 'jajan' ni, macam entah 'jajan', dengar macam eh ape benda-lah 'jajan' ni?)

naik sahaja darjah 2 sekolah rendah, maka automatik terus ke darjah 1 sekolah agama
time ni belajar Tauhid, Ibadah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Al-Quran, tapi basic sahaja
after learned all the basic subject, kalau lulus
2 subjek wajib iaitu Tauhid dan Ibadah, baru boleh naik ke darjah 2,3,4,5 dan 6
kenapa perlu lulus Tauhid dan Ibadah?, sebab tanpa Tauhid dan Ibadah, maka subjek yang seterusnya nanti, mungkin kita akan pening-pening ikan

lagi pun, Tauhid ni memang penting sebab mengajar kita lebih mengenai Islam, nama-nama Allah Taala dan sifat-sifat Allah Taala

apabila sudah naik darjah yang lebih tinggi, kalau tak silap aku darjah 4, lebih banyak ilmu dan pelajaran yang diajar

Faraid, Munakahat (subjek fevret semua orang), Jenayat, Tasawwuf, Akhlak serta subjek-subjek yang aku sebut di atas tadi merupakan subjek yang wajib diajar
kenapa aku cakap subjek Munakahat ni semua orang suka?, sebab subjek ini berkenaan alam perkahwinan..ehemmm

time belajar Munakahat ni, memang penuh kelas, semua pay attention, siap ada rumours lagi kalau tak lulus Munakahat ni, tak boleh kahwin..
kelakar ni sebab dari aku konon-konon tak minat terus pulun skor Munakahat ni

kenapa konon-konon tak minat subjek ni? sebab dulu budak-budak nakal ni suka ejek kalau semangat belajar subjek ni, dah gatai nor nak kahwin, tu pasal aku konon-konon tak minat..hahahaha
lepas dah habis darjah 6, eh ada ke darjah 6, ada rasanya, kalau pandai naiklah darjah 'khas'

nama kelas ni memang darjah 'khas'

kira kelas agama yang terakhir sekali, itu pon kalau lulus Tauhid dan Ibadah tau

yang ni aku liat sikit sebab waktu sekolah cuma hari sabtu sahaja pukul 8 pagi
kenapa malas? sebab time tu kartun Cardcaptor Sakura bersiaran tu!
tapi, aku tetap pergi sekolah juga, cuma sebulan 3 kali je, bukan 4 kali sebab yang sekali tu aku ponteng tengok kartun Cardcaptor Sakura..hehhhh

selalunya aku pergi sekolah naik basikal je dengan kawan-kawan 1 kampung
seronok gila kecuali selepas hujan sebab aku selalu jatuh basikal lepas hujan..
motif mesti nak jatuh basikal lepas hujan kan? yela, sebab jalan licin, aku pula merempit macam orang gila

all those memories make me wanna cry because i'm so happy to have such an awesome childhood experience wi
th my friends :)
ada sekali ni, aku naik basikal dengan fiza and jojet (mereka ni kawan 1 kampung Jalan Ismail)

fiza dan jojet ni adik-beradik ye kawan-kawan

masa tengah naik basikal, si jojet ni terlanggar batu lalu terjatuh

masa jatuh tu, si jojet ni macam pejam mata tak buka-buka mata langsung

si fiza ni menangis macam nak rak sambil jerit-jerit 'ya Allah adik aku jojet, jangan tinggalkan along lagi, along sayang dekat jojet, mengucap adik mengucap'

i was like 'eh, adik kau tak mati lagilah'
tapi budak fiza ni cakap 'dia da
h mati dah, aku tahu dia dah mati..uwaaaaaaaaaaaa jojet'
tiba-tiba si jojet ni buka mata dia, terus fiza ni lepaskan dari pangkuan sambil cakap 'eh, hidup lagi?dah-dah cepat naik basikal balik, dah lambat pergi sekolah'
sumpah bila aku ingat balik, aku gelak macam apa je..LOL

betapa rindunya aku dengan zaman kecil-kecil aku makan jajan, main rondes (ala-ala kriket), menari zapin, menari '1 banana 2 banana', ejek-ejek nama bapak, puppy love hantar-hantar surat ada bedak, naik basikal dengan hati girang tanpa perlu fikirkan masalah kronik seperti sekarang
oh i wish i can be a kid forever




jelesnyaaaaaaa!!!!



0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com