Pages

Monday, November 29, 2010

Dah tunang dah dia


Sebenarnya semalam lagi aku mahu menulis
tapi sebab kesibukan yang amat, aku matikan niatku untuk menulis apa yang terbuku di hati
jadi, pagi ni kurang sedikit sibuk cuma mengecop dokumen kontrak sebanyak 200 buah buku
banyak tak banyaklah kan uolls
bayangkan 1 dokumen kontrak ada lebih kurang 300 mukasurat
tak ke haru nak cop semua tu
sabar jela kan


Weekend yang lepas dipenuhi dengan aktiviti menghabiskan minyak kereta
on saturday morning, me and my babe, Syazwani, going back to Muar to attend our bestfriend's engagement
perjalanan yang 2 jam terasa cuma sekejap sahaja disebabkan kami yang galak bercakap beria-ia sangat
aku senang sama Syazwani sebab kami punyai banyak persamaan
kami sama-sama sukakan sambal telur dan berpendapat lebih enak dimakan dengan ikan masin
asam pedas ayam
kari ayam + ikan masin
sampaikan tibanya di Muar, kami sanggup u-turn untuk beli pau daging ada siap ada telur tau inti dia
sampai-sampai rumah Kama, terus menyenseng lengan baju untuk makan..heh
dah kata orang Muar kan, ikan masin memang wajiblah walau makan nasi beriani pon tetap ada ikan masin
selepas makan, terus posing atas katil (bukan tidur ye) bergambar mengalahkan orang yang bertunang
sampai siap cakap dekat cameraman biar kami yang posing, dia jangan bagi arahan posing macamana..kelas ek kawan-kawan aku ni
berangan nak jadi model memang nombor 1 semua ;)
sebenarnya terkejut juga Kama dah bertunang
dulu selalu gak cakap-cakap antara kami bertiga siapa yang kahwin dulu
semua cakap aku, eh kenapa? mungkin sebab aku ramai skandal? (statement macam artis)
anyway, congrats to my darling for her engagement with Apek
selepas habis majlis sarung cincin, aku terus balik ke rumah Mama dan Ayah
bergosip kejap dengan mama, tapau sambal telur rebus 4 biji untuk bekalan di Putrajaya, terus gerak balik ke Putrajaya



Sabtu berganti Ahad, tiba-tiba tergerak hati untuk ke MAHA 2010 di Sepang
terima kasih kepada Raihana sebab sudi temankan aku walaupun cuma sekerat jalan sebab sesak yang amat
ya Allah, 1 jam 30 minit aku duduk dalam kereta tunggu nak masuk dalam tempat parking..grrr
paling aku rasa bengang dan menyampah ialah dengan sikap segelintir pemandu di Malaysia yang tidak mengenal erti sabar ye
ada ke patut masuk lane yang opposite dari jalan sepatutnya
kiranya kita patut duduk lane kiri, suka-suka hati je masuk lane kanan bahayakan keselamatan pemandu di lane kanan yang menentang arus
bila seekor baghal dah mulakan perkara bodoh macam tu, maka baghal-baghal lain pon ikut juga
itulah Malaysia ni, pembangunan konon maju, pesat, tapi mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia ni, masih lagi di takuk lama, masih lagi dalam tahap ketiga
aku rasa MAHA tu tak lari mana-mana pon, cuma cepat atau lambat sahaja kita sampai
aku memang benci betullah dengan orang yang tak sabar, tak patuh undang- undang ni
kalau bercakap pasal masalah negara kemain pung pang pung pang, diri sendiri tak patuh undang-undang

nampak tak yang aku bulat tu
itu namanya double-lane
kalau kenal kereta-kereta dalam ni, tolong pesan belajar undang-undang jalanraya dengan lebih gigih lagi



ok berhenti emosi tak tentu pasal
turun-turun je kereta, terus aku berjalan ke booth kakak kesayanganku, Kak Nisa
sampai-sampai sahaja, TPM kita ada dekat booth dia, fuyoooo!
selepas meramahkan diri di booth dia, aku terus pusing-pusing sekeliling hall
memang bersesak-sesaklah aku dalam tu
sebelum balik sempat lagi pergi booth Kak Nisa balik untuk peluk cium, dan terjumpa ibu mengandung Ainur yang baru berkahwin (saja nak state baru kahwin)
memang kepoh betullah kami ni, tapi kami dah tak bergosip, cuma kepoh tak tahu pasal apa
ok, malas nak bebel panjang, dokumen kontrak ada 160 buah lagi tak cop ni tau



ini namanya padi



ini dugong yang mati dulu









yang tepi sekali tu, ibu mengandung yang tunjuk perut buncit dia ;)



gambar berangan mesti ada kan




6 orang pengkritik:

elly zulkifli said...

dlm2 byk2 cite..headband gak yg cute..hehe..!!

Nur Suhaila said...

heee..thanks kak elly..saje je try pkai mcm tu

elly zulkifli said...

siyess cute...ikhlas dr hati yg suci...cewaahhhh!!
take care urself...

Nur Suhaila said...

heee..thanks kak elly :)

Anonymous said...

ijat is here!
menariknye tp xtahan jammed tu!!
grrrrrrr!

Nur Suhaila said...

memang..jammed yang amat
aku rasa mcm nk patah balik je

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com