Pages

Thursday, November 18, 2010

11 ekor lembu


I

Salam eid Mubarak

rasanya belum terlambat lagi untuk bercerita mengenai 'korban'
sebut sahaja 'korban', apa yang terlintas dalam fikiran kawan-kawan semua?
korban harta
korban nafsu
korban lembu, korban unta, korban kerbau
daging percuma
banyak definisi korban tu berdasarkan pengalaman peribadi seseorang
ada juga berkorban demi kepuasan hati orang tua sendiri
berkorban untuk kekasih?
ini yang kita tak mahu ni
korbankan diri untuk memuaskan nafsu kekasih itu salah ye kawan-kawan
salah yang amat
tapi korban harta itu harus untuk bersihkan rezeki yang kita perolehi
untuk aku?
sebagai anak sulung, pengorbanan yang aku lakukan, lebih besar sedikit berbanding kawan-kawan yang mungkin punyai abang dan kakak
katalah aku merancang untuk bercuti hujung tahun ini
tapi kerana memikirkan adik kembar bakal ke sekolah m
enengah tahun hadapan
pasti, yuran sekolah yang banyak perlu dikeluarkan mama
jadi, aku korbankan percutian dan tukarkan untuk membantu mama
ada juga kawan yang cakap 'itu kan tanggungjawab parents kau, tak payah susah-susah'
aku rasa benda ni jadi tanggungjawab semulajadi tanpa dipaksa
sebab segala yang dapat gembirakan mama, segala yang mampu buat hati mama senang
memang sudah menjadi tanggungjawab aku
bukan mengenai siapa yang kena tanggung siapa
tapi berbalik semula kepada rasa tanggungjawab untuk senangkan hati mama
setakat ini, aku masih belum mampu untuk hadiahkan yang mahal-mahal untuk mama
jadi, aku membantu dari segi untuk menanggung adik-adik lebih-lebih lagi apabila punyai adik kembar
semua keperluan perlu beli 2 kali ganda
mungkin baru setahun jagung bekerja belum lagi masih mampu untuk berdiri dengan gah dan riak mengangkat muka mendabik dada mampu untuk shopping di Zara, Topshop, MNG
ikutkan gaji memang mampu, ikutkan nafsu memang mahu
tapi percayalah, kepuasan buat ibu tersenyum setiap bulan hulurkan duit belanja mengatasi segalanya
terus-terang, aku malu kalau cuma hulurkan RM100 s
ahaja
pernah juga aku membaca artikel mengenai ibu yang menangis walaupon cuma dihulurkan RM50 oleh anak
itu tandanya mereka rasa bersyukur anak-anak masih ingat akan mereka
jadi, sebelum aku berumahtangga mungkin dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang
aku mahu berbakti sepuas-puasnya untuk keluarga
aku mahu buat mama bangga dengan anaknya setelah berhempas pulas menjadikan aku sebagai aku sekarang
nah, lupakan nafsu serakah mahu yang mahal-maha
l sahaja sedangkan aku boleh membeli baju yang sama taraf dengan kualiti di Topshop di sesetengah kedai di sekitar Kuala Lumpur
ayat yang selalu keluar dari mulut aku kepada adik dan kawan-kawan 'yang buat baju di Topshop, Zara mahal-mahal tu, sebab brand yang dibawa, kalau pandai cari, dapat kualiti yang sama macam dorang'
jadi, saya, Nur Suhaila ingin memuaskan hati ibunya sebelum layak menjadi ibu kepada suami tercinta :)

jadi, apa pengorbanan yang pernah anda lakukan selama mampu beli makanan gunakan duit sendiri?
tepuk dada tanya selera





II


kecewa sebab Noh Hujan sudah
bertunang.....................................................................................




menangis sambil menatap gambar Noh


takpe, Remy Ishak ada lagi






4 orang pengkritik:

nisa' audadi said...

noh hensem jugak...kenapalah aku lupe nk pandang noh ni.. =P

BUNGA said...

salam ziarah..
hehehe.. lawakla pulak baca part yang ke 2 tu.. :)

Nur Suhaila said...

kak nisa : Noh memang sentiasa ensem, cuma dia pandai tutup dengan rambut cendawan dia, masih kecewa lagi selepas tonton melodi semalam..haihhh ;(


bunga : salam..terima kasih sebab sudi baca tulisan karut saya ni :)

Unknown said...

haha! sabaq²

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com