Pages

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Hari Raya!


Hye guys
sorry for the long hiatus
disebabkan aku ambil cuti yang agak panjang untuk raya, jadi aktiviti di facebook, twitter dan blogspot turut lumpuh
aku cuti dari semua-semua itu
hanya aku dan keluarga :)

mari kita jengah aktiviti aku sepanjang berada di Muar

8/9/2010
oh dah tentu tarikh lahir aku
gembira tak terkata sebab berada di rumah kan tahun ni
tahun lepas di rompin..haa sambutlah dengan
ketam dan udang dekat pantai tu suhaila
terima kasih pada yang sudi ingat dan wish aku walaupun aku tahu semua sibuk dengan persiapan hari raya
semestinya, aku belanja 1 family berbuka puasa hari tu
dengan sate la..laicikangkang laa dan macam-macam..malas nak sebut lagi sebab setiap hari asyik sebut nama makanan sahaja sepanjang raya ni
lepas daripada berbuka puasa tu, kami ke bazar baitulmal berdekatan dengan istana Muo (sambil usha-usha mana tahu dapat tengok anak teruna sultan kami..gatal!)


taraaaa..muka menahan lapar..sorry, tak ambil gambar makanan sebab tak sempat nak bergambar dah licin ;)



9/10/2010
malam ni yang bestttt ni
memang riuh rendah sebab tolong mama masak
walaupun kami cuma 4 beradik, apabila aku dan Nabila balik ke Muo
memang bising-lah rumah tu sebab kami rajin kacau adik kembar kami yang semakin menginjak dewasa tu (masih tak boleh terima hakikat yang adik kembar sudah berusia 12 tahun..haiihhhh)
aktiviti memasak kami diserikan dengan ayah yang rajin pergi ke dapur untuk menjamah semua masakan mama (ayah memangggg)
walaupon terhangus sedikit kacang tanah yang aku goreng, tetap sedap sambal kacang tu, yang hangus-lah buat sambal bertambah sedap tau ;p


10/10/2010
tanpa perlu dikejutkan dari tidur, aku bangun sambil tersenyum
yeyy, dah raya!
selepas kejutkan semua adik yang tidur mengalahkan gajah
aku terus bersiap-siap mengenakan baju kurung baru
memandangkan aku cuti dari bersolat, jadi aku tolong mama menyiapkan juadah raya di atas meja (pheewiitt, jangan jeles, aku cuma cuti puasa 2 hari sahaja)
selepas semua balik dari solat raya, apa lagi, dengan pantas aku terus menyinsing tangan terus baca bismillah
nikmatnya dapat makan ketupat.rendang.sambal kacang.kuah lodeh.
tambah.tambah.tambah lagi dan lagi sampai perut buncit
rasa nak menangis dapat makan rendang mama..heee
raya pertama, raya kedua, raya ketiga dan raya keempat, rumah kami memang penuh dengan saudara-mara yang datang semata-mata untuk makan asam pedas (kan dah cakap, sebelum raya dah order asam pedas awal-awal tau)
oh, tema tahun ni, warna hitam..ni semua idea adik kembar, layan jela
tapi aku last minute beli baju hitam tu, tibai je apa yang ada dekat bazar baitulmal tu
raya keempat, aku beraya ke rumah cikgu-cikgu kimia dan lukisan kejuruteraan
memang kak nam sangat menjoyah ramai-ramai terutama dengan kawan rapat
berat i? 44 kg ok??!!
tapi aku selesa dengan badan kali ni
sebab aku rasa tak terlalu gemuk dan tak terlalu kurus (ayat nak cover dah makan banyak, melantak macam harimau)
selamat hari raya kawan-kawan
esok lusa, i update lagi ye..
toodlesssss!

yang tepi bertudung putih, emak saya, eh salah, adik saya yang kedua (Nabila), adik-adik kembar yang makin membesar dan belakang, mama dan ayah saya yang cantik dan kacak ;)

kami kawan sejak dari tingkatan 4 :)


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com