Pages

Monday, September 6, 2010



Hari ni nak update banyak-banyak tanda protes tak dapat gaji dan mood raya dah membuak-buak ni (tak sabar nak balik Muo rabu ni!!)
Sabtu yang lepas, aku dan Nabila (adik no.2 yang lebih besar dari kakak ;p), kami ke Times Square kononnya untuk cuci-cuci mata je
jadi kami decide untuk naik tren saja (tapi aku asyik bebel lebih baik naik kereta)
ALI aku letakkan di stesen UKM
first time naik KTM ni, naik koc wanita lagi ni
memang macam sardin..bayangkan sardin ayam brand 3 ekor ikan, kita sumbatkan dengan 10 ekor ikan..haaa..macam tu la nok dalam tren hari tu
stesen seterusnya ialah Kajang, maka berpusu-pusu wanita-wanita berebut nak masuk koc merah jambu ni..
aku memang dah tak mampu untuk berdiri lagi ni..
sampai je di stesen Serdang, berduyun-duyun manusia dah tunggu
yang buat aku geram sangat ni apabila wanita-wanita yang dah tak sabar nak shopping ni, nak juga masuk walaupon memang dah tak ada space langsung dalam koc wanita ni
tapi ditolak-tolak juga kami ni
haaa..tolaklah, memang takde space-lah gila!
kesian aku tengok yang berdekatan dengan pintu, hampir nak terjatuh dibuatnya
tak faham bahasa juga, datanglah Kak Nam nama Suhaila ni, dengan lantang jerit "dah penuh-lah..nak tolak-tolak pehal kalau memang dah tak boleh nak muat!!!!"
nampaknya jeritan aku disokong dengan suara-suara lain yang tak tahan tersepit dalam koc tu
terus yang sedang menolak berhenti, malu sendiri, maka bergeraklah tren dengan tak berapa aman
sampai sahaja di Bandar Tasik Selatan, ramailah yang nak turun termasuklah kami berdua
yang buat makin geram, orang tak turun lagi ni, sibuk nak masuk, kalau kami tak keluar, macam mana nak masuk dalam tren tu cik akak oi..grrrr
jadi, aku sekali lagi menjadi penyelamat dengan menjerit "bagi yang dalam ni keluar dulu boleh tak?kalau tak keluar macam mana nak masuk?sabar-sabar la pon, tak reti ke apa!!!"
garang kan aku ni?
geram dengan sesetengah masyarakat malaysia yang kadang-kadang terlalu pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan orang lain..
kalau dah nampak penuh, apa salahnya tunggu tren seterusnya..tak lari Mall dikejar kak oi!
kalau nampak orang nak keluar, apa salahnya bagi laluan dulu..bersabar sikit!
jadi kami pon banyak kali tukar tren dengan aku keliru dah ni
nasib baik adik aku hebat bab-bab tukar tren ni
al-maklumlah, hobi dia memang suka tawaf KL dengan tren..lalala
maka, sampailah kami ke Times Square, phewww, tak ramai lagi manusia sebab kami sampai sana dalam pukul 11.30 pagi ;p
memang rambang mata ni
apakan daya, duit takde, jiwa memberontak..grrrrrr
bagi hilangkan kepenatan kaki yang cantik ni, kami ke pusat rawatan kaki refleksiologi (bukan pusat urutan badan ye..oppss)
memang aku menjerit dalam hati sepanjang amoi tu tekan kaki aku ni
tapi serius i cakap dekat uoolssss..lega!


kreatif tak i?yela..takde kamera pulas-pulas (DSLR), kena la edit-edit konon zoom out-lah tu


jalan-jalan dan terus jalan..
sedar tak sedar dah makin ramai umat manusia dekat Times Square ni
aku rasa malu dengan bangsa aku sendiri yang mungkin beragama islam (tak tahu kalau dah murtad), terang-terangan tak puasa bawa air minum khalayak ramai
nak kata datang bulan, ada janggut
muka stok mat rempit, geng punk, skinhead, spesies terikut-ikut ajaran sesat ni
aku harap kalau mereka ni naik tren, sebelum sempat naik tren, kaki tersepit dekat pintu, tak pun kena panah petir
kuangg ajaqqqq!!

malas nak cerita pasal golongan tak puasa ni
perjalanan diteruskan ke Masjid India
ya Allah..lautan manusia membanjiri bazar pakaian di situ
bagi aku 20 minit je..terus aku cakap 'jom la balik angah"
heee..tak sanggup aku nak redah..ramai sangat orang
jadi kami decide untuk balik dan bersedia untuk berbuka puasa
juadah berbuka?
apple juice + nasi putih + tomyam campur + daging masak merah + kailan ikan masin + telur dadar = buncit (2 orang makan ok..walaupon aku kuat makan sebenarnya)
burrrpppp
ok babai!


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com