Pages

Thursday, September 23, 2010

Kecil-kecil cili api


Masa kecil-kecil kan, aku rupa-rupanya hitam legam
nasib baik bila dah besar, cerah sikit kulit aku
terima kasih kepada Golden Horse dan Alaisya!
aku dulu masa sekolah rendah, kira agak hot-lah (hahaha..bagilah aku perasan kejap sebab lepas ni nak cerita dikeji dikutuk)..mungkin sebab aku selalu ikat tocang rambut panjang aku (??!!)
sebab aku pengawas dulu, aku memang garang macam singa
kerja asyik nak marah je, mungkin gila kuasa agaknya masa tu
selepas tamat sekolah rendah, aku ke sekolah perempuan Sultan Abu Bakar
aku rasa sikap aku lantas berubah sewaktu di sekolah ini
untuk pengetahuan semua, walaupun aku garang orangnya semasa di bangku sekolah rendah, tapi aku tetap seorang yang pemalu
namun, di sekolah menengah, aku belajar untuk tingkatkan confidence level dan bercakap di lautan manusia
tapi, kejap sahaja sebelum aku berpindah ke sekolah teknik dan mula berkawan dengan bermacam jenis sahabat
masuk sahaja sekolah teknik, aku memang gelap habis (korang tengok pon pengsan nanti)
sebab gelap?dah nama sekolah teknik kan, jadi memang belajar dan praktikkan segala yang dipelajari
jadi, aku rajinlah buat kerja-kerja teropong rumah orang, eh..teropong jalan
guna proba mackintosh (kalau tak berapa pasti apa ni, sila google), perghhh tengah-tengah panas duk kalut tarik alat ni dalam tanah, habis lumpur semua palit dekat baju
tapi best aku cakap
hasilnya, memang aku hitam legam
masa tu, confidence level aku memang merudum habis sebab aku dapat tahu kawan-kawan ada yang gelarkan aku Betty..bukan Betty Benafe ye (tak rela) tapi Yo Soy Betty La Fea
yela, aku tahu aku buruk, muka banyak jerawat, dahi tak licin, tapi aku dikenali di sekolah dahulu oleh semua cikgu sebab aku selalu skor dalam exam :)
takpe la orang panggil aku Betty, yang penting aku enjoy zaman sekolah dahulu
cerita sedih yang aku ingat sampai sekarang apabila kami 1 kelas pergi rombongan ramai-ramai ke Langkawi
aku tidur, tapi terjaga bila bas bergegar-gegar, masa tu aku dengar perbualan kawan-kawan aku yang sedang snap gambar-gambar kawan yang sedang tidur "dah snap dah gambar?aku rasa tak jadi gambar ni, yela sebab muka dia buruk sangat..hahahaha"
kecil hati tak kalau dengar, dengan hati sentap, aku cuba untuk tidur, padahal kecil hati sangat ni sebab kawan yang bercakap tu, kawan rapat aku sendiri, tapi takpelah, aku sedar aku buruk :)
yang kedua, masa zaman aku takde kereta mengharapkan ihsan kawna-kawan nak ambil aku, seorang kawan aku minta aku mesej kawan yang lain bertanyakan mereka di mana (masa tu kami konvoi raya ramai-ramai)
masa cari nombor telefon kawan-kawan, aku ternampak 1 nama ni "Betty Hodoh", dan aku tengok nombor telefon yang tertera, ok fine, nombor aku
semakin aku menginjak dewasa, i managed to further my study to Kolej Matrikulasi Perlis
jauh kan?sebab aku bawa diri dengan sikap kawan-kawan aku yang rupanya cuma fikir aku buruk dan malu
di sana, aku berkenalan dengan ramai manusia
tak pernah terfikir aku akan dikenali di matrikulasi, aku bersungguh-sungguh menuntut ilmu
dan mungkin kerana krim pencerah kulit Golden Horse yang aku guna, tiba-tiba aku menjadi perhatian
dengan muka hodoh aku ni, aku bercakap dengan room-mate aku, ana, "apehal entah budak-budak ni nak kenal, buta ke apa, aku ni buruk hodoh je, sibuk nak kenal"
respon room-mate aku "buruk?hodoh?siapa cakap?"
rupa-rupanya aku tak sedar yang fizikal aku banyak berubah
tup tap tup tap, jadilah aku sekarang, Nur Suhaila yang sudah berusia 24 tahun dan sekarang bekerja sebagai buruh kasar bina hospital dan punya kereta mini
dalam usia 24 tahun, bentuk badan aku juga turut berubah menjadi wanita
tapi, aku tetap ingat pesan kekasih hati yang di perantauan (padahal ipoh je)
"Wanita, nampak cantik apabila dilengkapi ilmu dunia dan akhirat, cantik tu cuma sekejap je sayang, kalau Allah nak tarik, bila-bila masa sahaja, jadi merendah diri serendah-rendahnya sebagai hambanya yang serba kekurangan"
nampak tak?sebab tu aku sayang kekasih hati aku sepenuh hati
sebab dia sentiasa bagi ingatan dekat aku bilamana setan duk hasut aku bangga-bangga ni
aku ingat reaksi dia semasa aku mula-mula pakai tudung, bersyukur sangat-sangat
Alhamdulillah, lelaki ni yang aku cari
bukan lelaki yang sukakan kecantikan luaran sahaja
itulah cerita aku
tapi sekarang, aku masih menjaga kecantikan untuk tatapan bakal suami aku sahaja
biarlah aku cantik di mata dia, tak kisah buruk di mata orang lain
bangga ke orang puji dekat facebook "cantiknya sis, comellah"
tak bangga pon
ingat, kecantikan itu hanya sementara, jadi tak perlu untuk dibanggakan
perempuan cantik dalam cantik luar,ilmu dunia akhirat penuh di dada,baru dapat menjadi contoh serata dunia


kecil-kecil

ok fine, aku jendul

dengan cousin paling rapat :)

cuba cari aku dekat mana
mungkin tak nampak sebab hitam legam ;p


zaman sekolah

tak nampak, sila zoom

nampak tak aku?
yang macam Betty Hodoh tu kan?




zaman dah besar panjang



ok babai!

4 orang pengkritik:

Solaris said...

ALA POST NI TAKDE KE ITEM NAK LIKE BANYAAAAKKK BANYAAAAKKK KALIIIIIIIIIII. :))))))))

YOu are beautiful just the way you are. Ive been in the same situation as yours too kecik. Even now, exclasmates masa sekolah akan terkejut dengan aku sekarang sebab aku cerah sikit compared dlu yang macam...anak keling. HEHEHE.
Thanx to safi. :).
Tak sangka, ko pun penah rasa laluan hidup yang sama. Walaupun lelaki dalam hidup kita bukan lelaki yang sama tapi kedua mereka menuturkan kata2 yang hampir serupa. They wont judge us on how we looks, because it wont last forever. Enough for having us as a part of their life because they are living in the present with us, and insyaAllah hopefully for the future too. About the past, let it be. Bagi aku, ko memang cantik kecik. Ikhlas :)

Nur Suhaila said...

sambil lap air mata tacing..
hehehe
mestilah semua orang akan rasa apa yang kita semua rasa..
terpinggir dan dipinggirkan :)
but as long as kita ada lelaki yang nampak kecantikan yang orang tak nampak..
i think it's enough for me kan
ko pon cantik..semua orang kan cantik..
nanti aku ada kan butang like tau
heeee

Abdul Fatah Malike said...

hahaha.. cari proba mackintosh keluar blog ni plak ;)

Nur Suhaila said...

hahahaahah,kelakar je ;)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com