Pages

Monday, September 6, 2010

Monday.Tuesday.Wednesday.Thursday.Friday.Saturday.Sunday


January Schofield


Siapa dia January ni?
bagi siapa-siapa yang menonton Oprah Winfrey Show pukul 1.00 petang semalam..
pasti dapat agak apa yang akan aku ceritakan
kalau tengok Oprah pukul 8.00 malam..memang tak payah ceritalah, pelakon-pelakon cerita Twilight dijemput ke studio Harpo tu
untuk maklumat, ada 2 waktu siaran Oprah Winfrey ya, pukul 1.00 petang dan 8.00 malam
intipati cerita tak sama antara kedua-dua waktu
kadang-kadang saja yang sama
ok, back to our story
January or Jani, merupakan seorang pesakit schizophrenia or mental-illness yang amat jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun
kes ini merupakan kes yang sedang dikaji dan popular di Amerika Syarikat disebabkan umur Jani yang masih lagi muda
Jani ni selalu berhalusinasi mengenai 'kawan-kawan' fantasi yang terdiri daripada kucing,anjing,tikus,burung dan seorang budak perempuan
Jani menamakan mereka sebagai Monday,Tuesday,Wednesday,Thursday,Friday,Saturday,Sunday,400 (sumpah seram macam cerita The Exorcist)
dia ni cenderung untuk cederakan diri sendiri contohnya garu-garu tangan atau anggota badan hingga berdarah, gigit-gigit sampai berdarah (teringat versi asli The Exorcist bilamana dia gigit pergelangan tangan sendiri sampai putus..eeeeee)
ada sekali ni, masa tengah main dengan mak dia, dia hampir nak korek keluar mata mak dia tu, lepas tu tiba-tiba jadi siuman balik
dalam Oprah dan website yang aku tengok, ada tunjukkan dia bercakap dengan kawan-kawan halusinasinya
1 video klip yang aku rasa seram, semasa umur Jani baru saja beberapa bulan, dia sentiasa pandang ke siling rumah atau pun ruang kosong dengan pandangan yang seram
so, dari situ parents Jani dapat detect something dark dalam pemikiran dan jiwa Jani ni
ibu dan bapa Jani terpaksa menyewa 2 buah apartment untuk asingkan Jani dan adiknya,Brodi, sebab Jani cenderung untuk cederakan adiknya sendiri akibat hasutan 'kawannya',400.
Jani juga diketahui penah cuba untuk membunuh diri beberapa kali, tetapi dihantar ke wad psikiatrik
doktor yang merawat Jani mengatakan Jani akan terus berkeadaan begini mungkin untuk seumur hidupnya..kesian
bagi mengawal keganasan yang dilakukan Jani tanpa disedarinya, Jani terpaksa mengambil pil Clozaril dan Lithium dengan dos yang tinggi
pil ini pernah dicuba oleh bapanya sendiri dengan membahagikan 1 pil kepada setengah untuk Jani dan setengah lagi untuknya sendiri
tetapi, bapa Jani hampir rebah manakala Jani pula aktif tanpa sebarang kesan
Jani pula semasa ditempatkan di wad Psikiatrik UCLA, sempat berkenalan dengan kawan baru yang bernama Bella yang turut menghidapi penyakit yang sama tetapi..haaa..ini yang seram ni..Bella ni kawan-kawannya terdiri daripada roh-roh jahat (weii..seram!!)
selepas menonton Oprah, aku terus kaji penyakit ni
penyakit ni kebanyakan datang pada manusia dewasa..
sebab tu bila ada pesakit kecil macam Jani dan Bella yang menghidap penyakit ni dari kecil lagi, dunia perubatan buntu sebab tiada rujukan spesifik untuk kanak-kanak..
kalau rajin taip dan baca pasal Jani ni, tengok video-video dia, takut tapi dalam masa yang sama rasa sedih
aku rasa kalau bawa Ustaz Harun Din ke, insyaAllah pulih sikit ni
sebab macam dunia hitam keliling budak ni..teka je
aku doa supaya dijauhkan dari anak cucu aku penyakit ni..amin

comel kan dia..tapi kalau kawan-kawan halusinasi dia datang..tengok mata dia..seram!

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com