Pages

Wednesday, July 14, 2010

Tips melupakan kekasih lama



Baca tajuk pon dah rasa macam doktor cinta pula aku ni
tapi kawan-kawan memang bagi gelaran doktor cinta sebab aku rajin nasihatkan mereka perihal cinta ni (konon-lah!)
seorang kawan minta aku tulis tips-tips untuk lupakan ex-bf, buang jauh-jauh dari hati
sebenarnya aku bukan pro sangat mahu bercerita dan menasihat hal-hal sebegini
tapi aku cakap apa yang aku lalui sahaja
yang tak betul, jangan ikut pula
karang cakap aku ni macam ketam, jalan pun senget-senget, ada hati nak ajar yang lain ;p

mungkin tak ramai tahu 4 tahun yang lalu, aku pernah mengalami kekecewaan hati tahap gaban
serius patah hati sangat sampai menangis tak henti-henti lebih-lebih lagi apabila soulmate sudah tiada untuk diceritakan penderitaan hatiku ini
setiap hari aku menunggu sms / panggilan telefon dari ex-bf tanpa menyedari dia sebenarnya tak ingat pun dekat aku lagi
seronok bersuka-ria
minggu yang pertama, masih lagi mengharap dan boleh dikatakan setiap hari aku sms / telefon dia (layan macam nak tak nak saja)
minggu kedua, masa ini memang hipokrit macam haram, konon dah boleh lupakan dia dan cuma ingin berkawan biasa sahaja
padahal dalam hati terseksa bilamana tahu ada gadis lain dalam hati dia kini
dengan penuh kebodohan sanggup untuk tunggu ni sebab rasa dia akan menyesal dan kembali semula
cett..pooddaacit
mana ada!dia dah seronok menggila, takkan nak balik dekat aku, tapi degil juga, akhirnya selepas sebulan lebih, aku makin perlahan pergi jauh dari dia
lama-kelamaan, dalam diam aku singkirkan dia dari hati, buang jauh-jauh tak mahu kenang
selepas hampir setahun, baru aku jatuh cinta dan bahagia ke dinihari :)
aku tak mudah untuk jatuh cinta dan lafazkan cinta
tapi aku mudah sukakan orang
ya, bagi aku, suka dan cinta itu lain, macam aku suka dekat Nicholas Saputra separuh mati, tapi tak cinta mati tau!
sebab itu aku pelik, kenapa mudah sangat sesetengah perempuan yang aku kenal, untuk jatuh cinta katanya berulang-kali
contohnya si perempuan bertemu dan bercinta dengan lelaki A, kata-kata manis mengiringi perasaan terutama di status Facebook
2,3,4,5 bulan kemudian, sudah berpisah, maki dendam pula di statusnya sekali lagi di Facebook
sebulan lepas itu, tup-tup sudah bercinta dengan lelaki lain
macamana pula boleh dikatakan cinta dengan lelaki A itu sebenarnya cinta?sedangkan sekejap sahaja sudah melupakan dia..
jadi nak bagi tips lupakan kekasih lama

1. awal-awal perpisahan, menangislah sepuas-puas hati, kalau boleh semasa mandi, sebab apabila dah rasa puas, akan rasa lega sedikit

2. tolonglah jangan buat perkara memalukan dengan sms ex-bf cakap kita akan tunggu dia sampai bila-bila, kau tahu tak yang dia akan cerita dekat gf baru dia?cakap sanggup dimadukanlah what-so-ever-lah..DON'T!

3. jangan stalk facebook / friendster / myspace / atau laman sesawang lain milik ex-bf, sebab nanti diri sendiri makin terluka kalau-kalau terbaca komen yang mengatakan hidup dia lebih gembira sekarang

4. tolong jangan nak mengampu atau tiba-tiba nak jadi bff dengan kawan perempuan / kawan lelaki ex-bf dengan harapan mereka akan pujuk ex-bf supaya pilih kau dan bukan gf baru.yang ni memang mengarut aku rasa-lah-kan sebab sebelum ini tak nak pula rapat / berbual dengan kawan-kawan ex-bf, tiba-tiba sibuk je, puhlisss jangan buat, sebab mula-mula kesian, lama-lama mereka naik menyampah

5. kalau ex-bf sudah ada gf baru, tak payah nak jadi bitch dengan mengacau mereka, sibuk-sibuk sms gf baru dia, sibuk-sibuk komen dekat page ex-bf dengan niat nak sakitkan hati gf baru dia, tak payah buat-lah, nampak kita terhegeh hegeh ok?


mampu letupkan ex-bf dari hati?


6. tak payah letak dekat status facebook / friendster / mysapce / laman sesawang lain mengenai perasaan kita dekat ex-bf dan bagaimana kita sedih dan tak boleh lupakan dia dan seolah-olah menyalahkan dia. pernah terfikir tak kadang-kadang kita yang mulakan dahulu pergaduhan atau perpisahan?pernah terfikir tak dahulu kita pernah curang dan kecewakan hati dia dahulu?pernah buat dia macam sampah tak dulu masa kita curang dengan dia? (berdasarkan cerita kawan)

7. tetapkan standard kita sebagai seorang perempuan, jadi perempuan high-class dan jangan jatuhkan maruah diri sendiri disebabkan lelaki yang tak mengh
argai perasaan kita

8. ambil masa sedikit untuk tenangkan diri dan hati sebelum mula berjinak-jinak dengan cinta semula, sebab takut kalau-kalau percintaan baru tak menjadi, makin terluka hati yang sedia parah tu



seperti Oprah Winfrey cakap (Oprah lagi..huu), setiap perempuan akan diketemukan dengan lelaki, mungkin bukan sekarang, tapi akan datang
penantian itu satu penyeksaan kan?tapi kalau bersabar, mana tahu dapat lelaki yang lebih baik dari ex-bf
dan percaya, setiap kita diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan, jadi jangan terlalu memilih atau terlalu menetapkan tahap kesempurnaan lelaki untuk hidup dengan kita sebab kita pun takde lah sempurna sangat kan?
oh dan mesti tertanya-tanya kan samada ex-bf rasa menyesal atau tidak tinggalkan kita, well depends on him
dan untuk keadaan aku, ya
tapi aku sudah ada yang terbaik dalam hidup aku (En.Zulhilmi)
jadi tak rugi melepaskan yang lama sebab kalau bersabar, kita akan dapat yang terbaik mungkin 2kali ganda terbaik :)

dan, lepaskan ex-bf, biar dia hidup bahagia dan tolong jangan tamak eh nak 2 lelaki sekaligus..

mampu jadi macam marilyn monroe ni?
;)


45 orang pengkritik:

Anonymous said...

hihihi....best gak baca....coz mmg sm ngan diri ku dulu....2002 bercinta - 2007...tup tup....gantung xbertali....3thun menuggu n xbercinta....akhirnya 2010 mula terbuka pintu hati utk menerima lelaki lain....Alhamdulillah...11/12/2010 kami bertunang....insyaAllah tahun dpn kami bersatu...hihihi....YUSOF MOHAMAD

Nur Suhaila said...

waaaa..yeke..
congrats!
kadang-kadang Allah temukan kite dulu dengan lelaki yang salah sebelum jumpe lelaki yg betul2 sesuai untuk kita :)
moga berkekalan hingga ke anak cucu :)

Unknown said...

Salam....mmg best dibaca...dan mmg kena dgn kisah cinta sy...mula bcinta seawal 20 tahun (2006)...time tu ex sy pun student (beza tua 3 tahun dr sy) tp bile dia da bis blaja (2009) dan jd penjawat awam...dia mintak pts mcm tu aje..ats alsn "sudah tiada keserasian"...simple bukan??

Mmg situasi frust tu sm..dan tips yg awk suh elakkan tu mmg sy xdpt elakkan...mmg hr2 menangis even time lecturer mgajar kat dpn pun air mata sy mengalir je teringat ex bf...

ade 2 org laki nk try msuk line..tp mmg xleh..rs cinta dan syg tlalu kuat tuk ex...tp ntah cmane...pmulaan 2010 ada teman yg mmpu mbuka dan mencuri hati saya..(bkwn lame sejak sy bhgia dgn ex lg..tp d alam maya 'tagged'..xpnh jmpe)

Pertemuan diatur (rumah kami dkt sbnrnye)...dan slps pertemuan pertama terus dia menyatakan hasratnya...(memandangkan sblm ni mmg da serasi di alam maya)..pertemuan yg kedua dia dtg bjmpe keluarga..dan pertemuan yg ketiga dia bwk keluarganya dtg merisik...

alhamdulillah...11 dis 2010 yg lalu sy sudah menjadi tunangannya dan insyaAllah bakal bersatu dlm pertengahan 2011 ni...

Hampir2 hr btunang hr tu ex sy crik sy blik d fb..dan menyatakan dia msh sygkn saye..dan dia menge'cop' sy gelojoh sgt..sbb tlalu cpt ade pganti... (ade aku kesah???)...hihihi...

Mudah2han hubungan kedua ini menjadi yang terakhir buatku...mujur aku menemui cinta lelaki yg blm pernah ada pglmn bcinta...(kire sy ni 1st love beliau)... ;-)

Nur Suhaila said...

wsalam
saya gembira sngat bila awak teguh hati utk mulakan hubungan baru :)
ex-bf memang akan sentiasa menghantui kita lebih2 lagi bila kita dah makin lupakan dia..ujian je kan semua tu
semoga hubungan awak dan tunang berkekalan sehingga ke akhir hayat
:)

lin said...

saya rsa lebih lega lepas baca nasihat akak untuk lupakn xbf kat cnie..hari2 sya buka blog nie..spya ada smngat untuk trs hidup dan kyakinan untuk lpakn xbf sya.

Nur Suhaila said...

kadang-kadang memang amek mase nak lupekan ex-bf,tapi sampai bila kita nak terseksa kan dik?jadi,kena ade inisiatif nak lupekan ex-bf,kena banyak sabar ok dik? :)

Ezrina Wana said...

best gak ekk bace tuuhh..
tp mmg susah arr nk lupakan org 2.. mcm ne arr??syg 2 mmg syg nk lupakan..hahahahahah..
bak hati hati. "I can try"
hahahaha..

Anonymous said...

sy rs lbh lega ble bc nie...sy pown de pgalaman ptus jgk...parah tahap gler2....cz da 6 thun couple sjk d bgku sek lg...tbe2 trse nk bke fb dye..tgk2 de syg2 ngn gurl..hampeh..aq pun bg peluang kt dye..msih trime dye cz syg sgt kn..pastu contact lg ngn gurl tu siap ber'abg2 lg..panas tu..pastu aq trus syp cm tu..tp hati tluka sgt2..hari2 ngis cm org gila..aq break ms hari maulidur Rasul 15/2/11...skrg da hampir 2 bln...msih lg tringt..sume kwn2 aq ckp aq tabah cz dpt lupekan dye cm tu jer...cool je katanya..tp lam hati Allah sje yg taw..terseksa...mybe de hikmah di sbalik pe yg blaku...aq nk buang semua hadiad dye bg,,pic2 die2..kad ryer dye...aq pown da mule trime org len walaupunn xde prasaan lgsg kt yg bwu..tp cz nk lpekan dye..aq time je...

Nur Suhaila said...

be strong ok?mesti rase sedih tu ade lagi memandangkan baru 2 bulan putus dengan ex-bf awak..tapi awak kena ingat,kalau awak nangis,sakit hati sangat-sangat,tak makan,takde semangat sebab dia,dia ada terfikir tak pasal diri awak..bila awak da fikir macam tu,insyaAllah awak boleh jadi kuat :)

Anonymous said...

macam mana kalau saya nak lupakan kekasih saya yang selalu menyakiti hati saya..tapi kami still lagi dalam perhubungan..saya tak sanggup lagi lalui semua ini..ada tips tak??

Nur Suhaila said...

ehmmm..kalau sakitkan hati tu,kena tengok dari segi apa,kalau jenis marah-marah,maki-maki,cari perempuan lain,saya rasa saudara/saudari boleh fikir sendiri baik buruk perhubungan itu pada masa depan..tapi kalau sakit hati dari segi cara layanan,cara percakapan,pada pendapat saya,kena duduk berbincang dan cuba luahkan apa yang kita rasa..dari pengalaman saya sendiri,kadang-kadang sakit hati juga dengan si dia,tapi apabila fikir balik,saya selalu pendam dan biarkan si dia buat apa saja yang dia suka tanpa fikirkan hati kita..jadi saya rasa dalam hal ni, kena fikir sendiri samada sanggup atau tidak untuk hidup dengan pasangan kita sampai bila-bila, kalau boleh betulkan lagi, betulkan dahulu, tapi kalau tak mampu, jangan paksa diri :)

Anonymous said...

cmna ngn aku pulak?ditinggalkan kerana terpaksa?

Nur Suhaila said...

emmm..macam mane tu ye ditinggalkan kerana terpaksa?

Anonymous said...

faktor sekeliling le..org ketiga n 'pihak atasan' y mendesak...

Nur Suhaila said...
This comment has been removed by the author.
Nur Suhaila said...

kalau macam tu,awak kena redha dan anggap jodoh tak panjang,tapi mungkin ada hikmah lain berlaku prkara ni :)

Anonymous said...

damn =(

Nur Suhaila said...

kalo betul sayang lagi dekat si dia, buktikan yang awak betul-betul boleh jaga dia, buktikan awak yang terbaik untuk dia :)

Anonymous said...

dekat 6 bulan dah putus... kami sama2 salah.... bila pikir2 balik saya yg salah.. sbb sy lelaki.. sy yg guide relationship nih... die pun buat salah jgak... tapi die x nak mengaku kesalahan die... sampai sy pun die hilang hormat... mcm mane tuh...? sedangkan sy bleh hormatkan dier.... biasa klu putus,sehari dua mesti sambung blik.. abis kuat pun sbulan aje.... nih dah berkali2 sy cuba pujuk... tapi still alasan sama jgak... tak der feel.... mungkin dier dah ader org laen dalam hati die... so better sy leave.... tapi mcm sbelum2 nih jgak... klu putus dgn xgf,mesti amik masa 2 tahun.... bru jumpa org laen.... sy tak minta penganti sapa2 isi ruang kosong hidup sy.... sy cuma nak lupakan xgf sy saja.... dan sy x nak mulakan ape2 relationship dgn sape2 pun lepas nih,Insyaallah.... sbb dah x larat nak frust nih... so sorry... sy cite nih sbb sy tak der tempat nak luah ape yg sy pendam slama nih.. sbb bila kwn2 frust... dieorg cari sy utk tempat mengadu.... bila sy frust... pada sapa sy nak mengadu...? :)Bob CR-X www.facebook.com/swipesx

Nur Suhaila said...

emmm..dulu saya pon selalu rase sorang je..bile susah kawan sume bagi alasan macam-macam..tapi bile saya selami diri sendiri..saya pon kadang-kadang penntingkan diri sendiri gak..tapi kite kena selalu ingat yang Allah sentiase ade dekatg sisi kite..tak pernah jauh..mengadu pada Allah akan buat hati tenang sangat :)..saudara kena ingatkan diri sendiri..dalam hubungan tu..bukan semata-mata cinta je kena ada..tapi kena ade hubungan emosi..perempuan ni saya tak nafikan kadang-kadang melampau juga emosi kami ni..tapi pasanganlah kena bentuk dia ni secara perlahan-lahan..tegur apabila dia buat salah..takpe laa..at least sebelum mulakan rltnship baru..saudara boleh enjoy hidup single dan kenal diri snediri :)

Anonymous said...

saya mai..suatu masa dahulu aku pernah putus cinta..frust tahap gaban tak lah jugak..tapi hati memang sakit..dalam bab cinta aku tak pernah serah kan hati 100%,...50-50 je,sebab aku tahu cinta itu memang sakit kalau terluka,,perit!!!aku jenis yang tak suka mempamerkan perasaan sendiri..boleh di katakan wanita keras hati..kalau aku rasa nak nangis,waktu tengah malam sebelum tidur,aku akan nangis sepuasnya sambil dengar lagu celine dion/shania twain..cam babak drama tu...bila bangun pagi je,,aku rasa lebih ok,relaks sikit kepala otak..tapi aku akui,hati ini sunyi...

Nur Suhaila said...

emmmm..cube mai kalau rse sunyi..cube buat something yang mai betul2 suke mcam membace ke..macam saya..saya buat-buat sibuk dgn bela arnab..automatik jadi leka..terubat sikit hati tu :)

Munirah Zac♡ said...

nice. :D saya setuju dengan kamu. jadilah wanita yang high class. jgn merendahkan diri kita hanya kerana seorg lelaki yg tataw nak menghargai diri kita. mungkin lebih ramai lagi yg akan menghargai kita. :)

wanita yang baik untuk lelaki yg baik. begitu juga sebaliknya :) peace ._.Y

Nur Suhaila said...

betul..wanita yang baik untuk lelaki yang baik..memang pedih nak terima kenyataan dah putus tu, tapi percaya ada hikmah semua tu :)

Nur Suhaila said...

hehehe..malu lak saya awak cakap boleh jadi doktor cinte :)..saya tulis berdasarkan pengalaman yang memang sakit sangat dulu..harap bile ade orang yang bace entri ni..kurang sikit rasa patah hati tu :)

Anonymous said...

thx cz bg nasihat..sy bru je ptus cnta..suma gara pras rupa die..die jg smbong dn bongkak gila..xtaw nk cita dh mcm mna..lpas ptus dgn die,esknya sy dpt bf bru(kwn lma)..die mmg dh lma tgu sy..sntiasa msg ngn mama utk tnya ttg sy..sbb sy dh pnh warning die supaya jgn gnggu lg..nmpknya die sorg yg memahami sy..jd sy terim..die sorg laki yg sgt baek..mslahnya skrg,xbf ttba mnjelma blik..dn bt seolah2 kmi xpnh ptus..msih mnggunakn pngilan syg2 apabila selisih dgn sy..omg!sy sgt sedih taw x..mmg sy dh ade org laen..tp sy ada org laen sbb sy xdpt tnggung lg kpedihan yg die dh bg..die gntung sy xbtali..sy xblh lupakan die..kwn2 semua bg smngat..baek laki ataw pnpuan..supaya tnggalkn die..die blh d ktakn llaki idaman di dlm kolej sy..dn sy sllu d gelar ratu kolej..bkn nk bngga tp stiap laki yg memandang,mst akn gelarkn sy model..tp sy xpnh hairan dgn smua 2..sy tolak smua mentah2 dmi die..rupa2nya bru sy sdar bhwa sy cuma cntakn rupa die,.bkn diri die..lupa nk bg taw,die ala2 aron aziz..tnggi mcm model n body yg sgt tbaek..sbb 2 la bongkak!.. :) lpas nie law anda suma nk cri bf,jgn la pndang pda rupa..tolong lahhh..dn tolong lahh...syg dri anda..ikut ckp sy..biar skit d mta,snag d hati..salam.. :)

Anonymous said...

thanks

Nur Suhaila said...

emmm..saya setuju sangat dengan nasihat awak berkenaan rupa..rupa bukan segalanya..yang penting lelaki tu hormat dan pandai jaga kita..selain tu biarlah orang lain pandang si dia biasa-biasa je,tapi di mata kita dia-lah yang terbaik dan kacak/cantik untuk kita :)

Anonymous said...

Saya suka degn tips awak..memamng byk membantu..Thanks (^,<)v akan ada lg org yang lebih baik unntuk kita..love!

Nur Suhaila said...

glad you love it :)

Anonymous said...

tips akak bguna sgt...sy couple 2 tahun...tp last2 clash sbb org ketiga...mmg susah nk lupakn sidia...tp setelah mbaca tips akak,sy hampir bjaya melupakn dia

anne said...

kak suhaila... sy anne. apa fb akak?.. sy teringin nak berborak dengan akak tentang ni. :)
ini link name fb sy. :)
atau, akak boleh email fb akak di email sy : stormd@rocketmail.com....
boleh ye kak.. sy teringin nak minta penjelasan dan nasihat akak direct tentang ni. =.="

Anonymous said...

sy baru je putus cinta dlm sebln lpas..kami da becinta 4thn..ni ex bf sy yg nk putus..dye ckp dye nk single xnk ade hubungn dgn prempuan..dye ckp dye da bosan..tp dye still nk bekawan dgn sy..pd awalnye sy bekwn dgn dye tp sy rase sy jd makin sakit hati..sy rase xboleh nk bekwn dgn dye..sy pujuk dye balik tp dye xnk.ex sy ni seorg yg peramah n diminati ramai prempuan..tu yg buat kami slalu gado sb dye slalu kluar dgn prempuan len..sy ckp sy terima dye suka bekwn ng permpuan..asalkn dye sygkn sy.tp lepas tu dye confess yg sbenrnye dye ade dua awek..dorg da becinta 3thn..sy sgt tekejut dgn kenyataan ni..baru sy sedar selama ni dye mmg byk tipu sy..dye curang.tp dye ckp dye da putus jgak dgn awek dye yg lg sorg hari yg sama dye putus dgn sy..sb dye xnk sape2..dye nk single.sy xtaw ape yg dye pke..dye xde rase besalah langsung..dye ckp pd sy tepulang la sama ada sy nk terima atau x..sy sgt sedh sb sy xdpt lupakn dye..sy setia pd dia..sy xpenh kluar dgn laki lain..cume pd dye je tmpt sy begantung tambh2 bile sy ade masalh..tp skrang dye da xpedulikn sy lg..sy rase sgt kehilangn..sy btol2 sygkn dye..tiap hari sy menangs sb ingtkn dye..knape dye lyn sy mcm ni..dye ckp dye lebh sygkn sy dr awek yg lg sorg tp dye xle nk komited dgn perasan dye tu skrang..sy mmg nk kn dye n pke nk tgu dye tp ble sy pke dye curang,sy xle nk terima..sy xtaw ape yg perlu sy lakukan..

Nur Suhaila said...

emmm..macam ni la pesanan saya,sebagai perempuan,kita kena letak harga diri kita dulu..maksudnya apa-apa pun fikirkan berbaloi tak kita nak sayangkan laki tu lebih-lebih sedangkan dia sendiri pun tak pernah hargai kita..sekarang ni awak kena berdikari dan jangan tunjukkan yang awak ni lemah kalau dia takde sebab nanti dia makin ego sebab tahu awak tak boleh hidup tanpa dia..awak kena kuat..dan cuba untuk tak contact dia lagi..kalau dia sayangkan awak,dia cari awak balik

anastasia90 said...

sya xtahu nak mula dari mana...dh 3tahun kami bersama tiba2 ex gf dia cari dia balik..dia dh terus terang kat sya yg dia slama ni bjumpa ngan girl 2..dia syg kat sya tp dia syg kat girl 2 juga..apa yang boleh sya lakukan?adakah sya patut undur diri atau pun tnggu kputusan dari dia??sya mmg syangkan dia sangat....

Nur Suhaila said...

dear anastasia,

yang pertama, tanya diri awak samada awak sanggup atau tak untuk teruskan hubungan awak dengan si dia, awak tahan ke tidak untuk berterusan rasa sakit tu?awak tahan atau tak kalau ex-gd dia sentiasa menghantui awak?

yang kedua, kalau dia pilih awak, apa jaminan yang dia boleh bagi dekat awak untuk buat awak percayakan dia balik, trust me darling, untuk percayakan si dia lepas dia buat macam tu adalah amat susah, akan sentiasa rasa paranoid

yang ketiga, memang rasa sayang sangat, tapi masa ini lah awak patut bagi peluang untuk diri awak berfikir baik buruk, ke mana hala tuju hubungan awak dengan dia, jauhkan diri dari dia, buat dia terfikir juga samada dia boleh hidup tanpa awak atau boleh, bagi dia rasa kalau awak takde dalam hidup dia, macam mana keadaan dia, yes memang susah, tapi awak perlu jugak buat macam tu

Anonymous said...

salam...sy da bcinta dgn dia slama 2 taun lbh..bmcm2 pngorbanan yg dah sy wat tuk dia..stp kali gadoh msti dia minx clash lagi2 kalo bpunca dr sy..sy merayu n pujuk dia kmbali..taun lpas dia kantoi ngn sy,dia ad 4 org awek lain,dia kta dia da brubh n da tgglkn diorunk sume n sy pcaye kt dia n trime dia kmbali..xlma pas tu dia kntoi ag,sy da xtaw nk wt pe..da 5 taun dia ngn gurl tu tp dia bektaw sy yg gurl tu yg hegeh2 kt dia..sy xpuas ati n sy cntct ngn gurl tu..kbnaran amat pahit,mereka da merancng tuk kawin bln 6 taun dpn..sedih sgt n dia still nafikn sume ni..baru2 ni kami gado ag,dia hina n minx clash ngn sy,tp sy terlalu syg n cintakan dia..sy xnk lpaskn dia sbb da bmcm pngorbanan sy lakukn tuk dia tp dia nekad tuk tgglkn dia..nape sng sgt tuk dia lupakan sy??kwn2 n fmly stp ari suh sy tgglkn dia tp sy xblh..ssh sgt nk lpakan dia.sy akn cbe gnakan tips ni..doakan sy bjaye..

Anonymous said...

semoga kamu tabah n sabar untuk melupakanya.....kata org sesuatu yg pahit akan betukar sesuatu yg manis kelak......satu masa nanti pasti ada cinta yg muncul jauh lebih baik dr sebelumnya...percayalah...bila masa kamu temui cinta yg lebih baik,tentu kamu bersyukur berakhirnya cinta sebelumnya itu..

Anonymous said...

tq ya..cuma nak tnya pndpt.. logik ke klau ex-bf mintak putus smata2 nak berubah??

Nur Suhaila said...

jodoh itu rahsia Allah, kalau betul jodoh kita dengan dia, inshaAllah kita jumpa dia balik, mungkin dalam tempoh perpisahan tu, masing-masing perbaiki diri dan berusaha jadi lebih baik, selalu berfikiran positif ye :)

Nur Suhaila said...

assalamualaikum, bagi saya ada 2 kemungkinan. Yang pertama mungkin betul niat dia berpisah untuk berubah, jadi dia mintak berpisah supaya dia dapat betulkan apa yang salah dan segala kelemahan dia, jadi mungkin dalam tempoh berubah ni, dia tak nak awak terasa hati atau merajuk dengan perubahan diri dia, mungkin dia rasakan takut sekiranya dia berubah, awak tidak dapat terima perubahan tersebut, mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian. Yang kedua, mungkin alasan itu cumalah salah satu cara untuk melepaskan hubungan antara awak berdua. Jadi dia menggunakan alasan tersebut supaya awak pun tidak menyalahkan dia kelak. Tapi awak lebih mengenali ex-bf awak. Jadi dalam tempoh ni, awak mula berfikiran positif balik dan bertindak dengan rasional :)

Anonymous said...

Salam semua..thanks dktr cnta.cewah..kat cni pown sy nk kngsi mslh dgn smua..sy bru lg pts cnta,tp kalo blh sy nk esok jgak sy lpakn dia.sape2 yg tau tips bg cpt lpa kn seseorg,tlg bg tau sy ye.sye dh x kuat nk lalui bnda ni..knape sy ble bcnta,slalu sngt kna tngl..sdangkn sy dh hbs jujur dan stia thadap dia.tp knapa blasn ni yg sy dpt..kalo dh btl xsyg sy,knape nk tngu smpai sthun dua bru nk nk tngl..dh btl2 pcye kn dia,sume sy buat untk dia..tp ni jgk sy dpt..tp dia xpnah mgaku ksilapn dia..lg pown dh 5x pluang sy bg untk dia brubh,tp tetp sme..besar kuman pown xbrubh,sy bg pluang kt dia,sb sy sygkn dia,ksian kn dia,tkt nti ble sy tngl dia,dia dpt pganti yg smata mta nk mainkn hdup dia..tp dia xpnah pk sume 2,yg dia pk cme nk skt kn ati sye je..trus trang sy ckp,mkwe sy memg cntk..nk bnding ngan sy memg jauh panggang dr api..mane2 laki tngk memg skt ati,memg diorg akn ckp sy ni jns laki bnyk duit,.tp slama 1 thun sy knl,dia xpnah kikis sy,wlaupn sy tdesak,dia jgak bnyk bntu sy...ex sy ni memg dresup mcm arts,trus trang ckp,sy xpnah ske dia dresup mcm 2.nampk beria..bpe kali sy tgur dia,tp xpnah dgr.kdang duit dia hbs untk alat makeup dia je...ape yg sy tgur lnsg x ambk gna...tp skarang 2 sume dh tngj knangn,kajo blh skrang,sy x nk lg pganti dia,cme sye nk cpt2 lupakan dia je.tlg la sye...dkat mlot ni,mcm2 ckp,tp ati hnya tuhan je tau,memg sush nk buat..

Unknown said...

salam,hai dokte cinta,hik3

ingt lg dgn ksh cinta sy?alhamdulillah,kini sy betul2 bhgia dgn tng sy tu yg da upgrade jd suami plak pd 20.11.2011 yg lalu.hik3.

Kisah cnta bsma ex sy memang xdpt dilupekan hga kini,krna ianya penah menjadi sbhgian dlm episod hdp kite kan..tp xbmkna kte msh mahukan ex kte yg penah lukakan ht kte thp gaban tu..kini sy dan ex sudah bkwn biase d alm maya meskipun jrg skali berchating.Ex sy pun sdh brkhwin. Tp kngn lalu xkn mgkin luput dr ingtn.

Wlw ape pun sy syg sgt suami sy,cinta kedua ku slps ex ku itu.Kami bhgia kini dan tlh dikurniakan seorang puteri pd 26.9.2012 yg lalu.

Moga kbhgiaan ini bkekalan hga hjg nyawa kami..amin ;-)

Unknown said...

salam,hai dokte cinta,hik3

ingt lg dgn ksh cinta sy?alhamdulillah,kini sy betul2 bhgia dgn tng sy tu yg da upgrade jd suami plak pd 20.11.2011 yg lalu.hik3.

Kisah cnta bsma ex sy memang xdpt dilupekan hga kini,krna ianya penah menjadi sbhgian dlm episod hdp kite kan..tp xbmkna kte msh mahukan ex kte yg penah lukakan ht kte thp gaban tu..kini sy dan ex sudah bkwn biase d alm maya meskipun jrg skali berchating.Ex sy pun sdh brkhwin. Tp kngn lalu xkn mgkin luput dr ingtn.

Wlw ape pun sy syg sgt suami sy,cinta kedua ku slps ex ku itu.Kami bhgia kini dan tlh dikurniakan seorang puteri pd 26.9.2012 yg lalu.

Moga kbhgiaan ini bkekalan hga hjg nyawa kami..amin ;-)

Anonymous said...

sy pun mengalami hal yg sama tiap kali bercinta sy d tinggalkn...... gadis ni sy kenal tahun lalu,....kenal time keja.... mula2x memang tiada hati kat dia.... tapi lama2x saya dah syg kn dia.... boleh d katakn cuma sy yg rapat dgn dia..... akhirnya kami bercinta...... sy tak penah menduakan dia spanjang perhubungan... klu gaduh sy akn slalu mengalh,.. apa dia ckp suma sy ikut...... sy dah terlanjur syg gila kat dia.... tp dia mcm tak hargai sy langsung..... satu malam tu sy p tmpt keja.... cr dia sbb rindu dan ksian dia kena keja mlm smpi pg..... tapi dia halau sy pulang.... dan sms sy dia nak putus sy..... sakit nya hati sy..... dia kata kami tak sehaluan... mama dia tak restui kami...... sy kcewa sngt byk2x pompuan sy bcnta dia yg paling sy syg.... smpi skrg sy susah nk lupakn dia....... sy btul2x mkn hati

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com