Pages

Friday, March 19, 2010

Bitter heart bitter heart


I

Mungkin beberapa kemungkinan episod kesedihan beransur pulih
perpisahan yang bukan perpisahan
dalam kehidupan, aku diajar erti kemaafan dan peluang kedua
setiap yang lahir pasti tidak mampu lari dari kesilapan
manusia...sentiasa melakukan kesilapan
supaya ruang untuk memperbaiki diri sentiasa wujud dan pintu kemaafan sentiasa terbuka
kadangkala kita leka
leka dek nafsu dan kemahuan diri sendiri tanpa pedulikan mereka yang di sekeliling
jalan terbaik adalah muhasabah diri sebelum tidur
perpisahan sebenarnya bukanlah jalan terbaik
apa yang kita dapat dari situ ya?
sakit hati?
kecewa?
marah?
sedih?
jadi tak salah untuk sesekali mengaku kesalahan sendiri dan turunkan sedikit ego
pendapat peribadi aku sendiri dan pengalaman orang sekeliling
ada yang bercinta sampai 10 tahun dan berkahwin sehingga dikurniakan anak..
tapi cuma sempat melayari bahtera bersama-sama cuma sekejap mungkin
2 tahun sahaja
kalau rasa bercinta adalah masa ujian yang kuat
aku rasa salah di situ
melangkah ke alam perkahwinan lebih banyak ujian
jadi aku cuba letakkan diri aku sekali di tempat si dia
aku cuba berfikiran seperti seorang laki-laki yang menghabiskan masa di tapak projek sehingga hampir setiap masanya terpaksa memuaskan hati semua orang termasuklah aku
aku rasa kasihan
bukan pada dirinya
tapi pada diri aku sendiri sebab gagal fahami kehidupan dia
aku malu dengan diri sendiri
lantas aku mengeluh panjang dan menangis sepanjang petang sewaktu mandi
aku rasa kesal dengan diri sendiri
bukankah diciptakan seorang perempuan untuk menjadi tulang belakang seorang lelaki?
jadi kenapa seksakan dia dengan perangai keanak-anakkan?
ayat-ayat "Terima kasih sebab awak selalu ada dengan saya,kawan-kawan pun makin susah nak jumpa,cuma ada awak,tapi jangan cakap lagi mahu berpisah"
dalam hati rasa sayu, hiba
lelaki begini mahu aku kecewakan?
gilakah aku?
kemaafan aku pinta dari lelaki yang sayangkan aku lebih dari aku sendiri..
sama-sama kita berdua ya sayang?

(maaf entri kali ini teramat sensitif)




II

Aku bertudung bukan kerana trend
aku bertudung bukan kerana Yuna ya
bukan kerana hampir gangguan seksual
tapi hati aku rasa lebih tenang apabila bertudung..
sepatutnya sudah lama aku menjadi muslimah yang menutup aurat
cuma hidayah tidak sampai sepenuhnya
jadi aku manfaatkan sepenuhnya ilmu agama yang diajar untuk menjadi seorang Islam yang taat..
cukuplah zaman jahiliah yang amat
keseronokan memang tidak terkata
tapi
selamatkah aku nanti meniti Jambatan Siratulmustakim?
jadi aku lebih tenang sekarang
dan matang :)
ada juga segelintir kawan yang perli-perli
tapi aku anggap itu sebagai pembakar semangat untuk terus memakai tudung
dan aku perasan perbezaan pandangan lelaki terhadap mereka yang bertudung dan tidak
maka aku rasa selamat
:)


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com