Pages

Monday, March 29, 2010

Bermacam-macam kehidupan lepas ini :)



Pernah tak dari kecil simpan 1 angan-angan atau azam yang memang kalau tak buat rasa terkilan sangat?
disebabkan ada Ali dalam hidup aku sekarang
jadi rasa nak buat sesuatu dah tak terbatas lagi
tak terfikir nak pergi konsert ke, party or what-so-ever lah kan..
cuma fikir untuk berbakti kepada alam sekitar dan binatang
animals make me happy by seeing them happy..
sesetengah orang mungkin rasa gembira bila makan atau shopping
ok..it's not that i'm not happy with all that things
tapi kiranya kegembiraan yang fana adalah alam sekeliling dan binatang
tahu tak perbuatan manusia yang gemar buang sampah merata-rata menyebabkan 1 longgokan sampah sebesar Texas di antara Jepun dan California?
tahu tak hidupan laut lebih banyak mati akibat perbuatan manusia yang mengabaikan kebersihan?
aku tak faham kenapa wujud manusia yang suka buang sampah dalam sungai, laut atau longkang
even worst
ada yang buang sampah atas highway
next time kalau aku drive ada spesies manusia yang buka tingkap buang sampah atau plastik ke apa
aku memang hon kuat-kuat
lantaklah nak malu ke apa
manusia sebegini memang 7 keturunan pun aku rasa kesedaran memang tak akan timbul..
pernah tahu tak ikan paus jenis Beluga (correct me if i'm wrong) merupakan spesies ikan pertama yang disahkan dijangkiti kanser payu dara
gelaklah..siapa gelak tahniah terbukti anda bodoh
disebabkan kebodohan manusia buang sampah terutama bahan buangan plastik merata-rata lah ikan paus yang sepatutnya berenang bebas dalam lautan berpenyakit macam tu
(aku harap spesies manusia pengotor ni disumpah jadi plankton jadi paus ni boleh makan dorang!)

ok, jadi aku tak mampu untuk buat sesuatu yang bedar seperti Oprah atau Bono U2
tapi aku kira sedikit sumbangan boleh buat aku gembira
jadi aku telah mendaftar menjadi sukarelawan di Zoo Negara :) :)
aku pilih untuk buat kerja-kerja volunteer ini dari pukul 8.30 pagi sampai 1.00 petang setiap Sabtu
at least Sabtu aku diisi dengan kerja-kerja berfaedah :)
asalnya nak berkhidmat dengan binatang sampai pukul 5.00 petang
tapi fikir mungkin ada kecemasan ke kan..
perasaan?
macam baru pertama kali bercinta

next planning?
aku sedang mencari iklan untuk aktivis alam sekitar
dan juga rumah perlindungan kucing
tapi tak jumpa laa..
siapa tahu dekat mana perlukan volunteer untuk pusat perlindungan kucing, sila contact aku ye?
oh, mulai sabtu atau ahad bulan 4 ini
aku ingin berbasikal di bukit cahaya seri alam
di taman pertanian saja
sewa basikal pun rm5.00 je
sambil berbasikal sambil menikmati keindahan alam semulajadi :)
dah juga ingin cuba aktiviti baru
ATV!
sekali dah cuba hari tu
rasa gian lak nak cuba lagi
it's ok
one by one

aku rasa aktiviti sebegini buat hidup aku lebih bermakna
aku tak mampu untuk bagi derma yang besar untuk selamatkan alam sekitar
tapi aku cuba untuk selamatkan alam sekitar dan binatang dengan cara aku tersendiri
mungkin tak ditakdirkan untuk aku jadi Zoologist
tapi dengan menjadi Keeper Aide, sudah cukup buat aku puas

Go green!


0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com