Pages

Tuesday, October 13, 2009

penat + letih + rindu

kalau kau rasa kau betul-betul telah buat keputusan yang betul untuk masa depan kau..
kau fikir 2-3 kali..
jangan jadi macam aku
title : project engineer
pergi mana-mana orang tanya engineer..
wah gahnya..
tapi dalam hati tak tahu nama sahaja gah..
kerja macam kuli lebih-lebih lagi dengan bos yang bukan bangsa sendiri
aku bukan racist..
tapi dulu aku gelak bila cakap bangsa aku tetap akan tolong bangsa sendiri
tapi sekarang aku menangis sebab betul-betul menyesal
jadi sekarang
title sahaja tapi kerja macam kerani sampaikan bayar duit astro pun aku yang handle..
what the fuck!


serius aku banyak menangis..
aku letih
i need a break
and friday please la..i'm not in love anymore!

Wednesday, October 7, 2009

Akhirnya, aku berkesempatan juga untuk update blog yang tak berapa nak menarik ni

Firstly, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat.

Dan takziah aku ucapkan kepada penduduk Padang yang kehilangan keluarga atau orang-orang tersayang di dalam kejadian gempa bumi yang turut dirasai oleh segelintir rakyat tempatan di sini.

Keadaan aku di Kuala Rompin buat masa ini Alhamdulillah. Aku masih waras dan masih berada di peringkat belajar lagi. Terima kasih banyak kepada Sundram (Site supervisor) dan semua pekerja di sini yang banyak menolong aku walaupun aku baru sahaja bergelar seorang jurutera setahun jagung ni.

Perbualan dengan mama, si dia dan sepupu aku, banyak buat aku berfikir. Now, I really need to think about my future desperately. Aku fikir boleh aku mahu kekal menjadi jurutera, tapi aku akan lebih selesa bekerja dengan kerajaan. Jadi, aku mengambil langkah dengan melayari semua website kerajaan dan mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Ramai (lotsaaaaaaaaa) kenalan aku yang menasihatkan aku untuk mencari tempat di sector kerajaan disebabkan terlalu banyak benefit untuk aku seorang perempuan. Mungkin Cuma hanya mengisi boring s.p.a sahaja tidak cukup, tapi aku kena berusaha lebih supaya aku dapat apa yang aku inginkan. Jadi aku mula mengorak langkah demi langkah. Bersama doa dari mama dan keluarga, aku betul-betul berharap aku mendapat tempat di sector kerajaan. Memang aku boleh berada si sektor swasta, tapi aku tak mahu mama risau aku terpaksa pergi jauh (macam sekarang..i'm the only woman handle this project at Kuala Rompin). Hati mama tak tenang, hati si dia gundah gulana juga walau tak disuarakan. And I have to work at the middle of the night and wait for the low tied so that my workers can lay goetextiles easily. Bayangkanlah perasaan aku yang memang tahu site tu creepy dan berpenunggu. Tapi pesanan mama, ayah, adik-adik, si dia dan saudara mara yang mengambil berat supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berdoa meminta perlindungan dari Allah tidak pernah aku abaikan. Selalu tersemat dalam hati, dalam minda.
Oh, dan sekarang aku sedang bersabar menunggu loan untuk beli Viva Elite Ezi. Keep waiting.


Walau banyak dugaan, tapi aku bersabar. Dan masih lagi sedang mengambil lesen P kali ini. insyaAllah ,by the end of October, dah ada kereta (amin) dan dah boleh drive. Nasihat : semasa belajar dan banyak masa, WAJIB ambil lesen kereta and stop give some stupid reason that you don't have time to take a driving licence. Sangat sangat sangat menyesal sebab degil tak mahu ambil lesen sebab kawan baik aku meninggal sebab kemalangan dan buat aku trauma mahu drive dan ada lesen. Ok, aku tipu mama kata tiada masa mahu ambil lessen walhal aku takut. Tapi, sekarang menyesal tak sudah.


*Long sigh*


sangat penat bekerja..hmmmm

Monday, September 14, 2009

makin cinta..maaf bukan macam kris dayanti

The best and beautiful things in the world cannot be seen, nor touched..
but are felt in the heart




:)



untuk suatu perasaan ini kekal dan suci
banyak yang perlu dilakukan
semoga hingga ke akhir hayat-ku









p/s : thanks a lot to the anonymous ;)

dari sudut hati yang luka


“mulut diam..jantung diam..hati diam”


terlalu banyak yang terluka..

aku dia semua..

jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja

dia inginkan kebebasan

dengan hasrat menyatakan aku tiada hak untuk menghalang..

aku rasa hati aku sendiri faham apa yang cuba disampaikan

aku rasa tempoh masa hampir 3 tahun

belum cukup lagi untuk betul-betul memahami diri kami berdua

kata-kata yang aku rasa tidak disengajakan terlalu banyak buat aku luka terlalu dalam

mungkin aku cuma perlu kunci mulut dan mungkin hati

sedih bila orang yang kita rasakan sebahagian dari hidup kita

rupa-rupanya bukan dari separuh itu

mungkin jalan yang terbaik cumalah diam

syhhhhh

:(

:(

:(


kadang-kadang untuk suatu tempoh masa yang lama, kita rasa kita cukup untuk mengenali seseorang

tapi tanpa kita sedar, semakin kita mengenali dia, semakin kita jauh dari dia

mungkin silap aku kerana sukar mahu mempercayai

hari ini, aku menangis, menangis untuk diri sendiri kerana aku selalu, banyak kali sebenarnya menasihati orang supaya pegang prinsip percaya dan mempercayai

tapi aku?mungkin betul, aku takut dengan bayang-bayang sendiri

mungkin sejarah yang pernah berlaku sebelum ini buat aku takut

takut untuk terlalu sayangkan seseorang

takut menjadikan seseorang istimewa dalam hidup aku

kemudian satu hari dikhianati

mungkin aku takut keadaan itu berlaku dalam hidup aku

sering kali bila aku betul-betul gembira dan selesa dengan suatu perhubungan

di akhirnya, aku juga kecewa

aku tak mahu lagi berasa kehilangan

cukup aku kehilangan orang yang betul-betul memahami aku 3 tahun lepas (Al-Fatihah)

dan aku tak mahu lagi satu kehilangan

tapi aku mahu, diberikan aku waktu..masa untuk memahami semua ini

mungkin sebab pertama kali berjauhan dan masing-masing sedang cuba berada di satu tahap yang lain..

mungkin sebab itu aku terasa jauh dan berganda-ganda sensitif


*long sigh*

Ya Allah, sesungguhnya aku Cuma hamba-Mu yang lemah. Engkau berikanlah aku kekuatan

Saturday, September 12, 2009

rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari

makan malam gemuk-gemuk kenyang-kenyang
paha lembu + kambing salai + satay + bubur lambuk + ice cream + ABC..
damn..banyak lagi!




owh..aku nampak gelap sedikit..
hasil duduk di rompin selama 1 minggu..hmmm..dan pulang semula ke rompin selepas ini


selamat kembali ke pantai hiburan!



p/s : terima kasih banyak kepada sepupu terbaik saya yang sudi ikut saya menggemukkan badan di restoran seri malaysia tempoh hari :)






Tuesday, September 8, 2009

23 tahun rupanya aku

Happy birthday to me

Happy birthday to me

Happy birthday to Nur Suhaila
Happy birthday to me!

alhamdulillah..
hari ini genap 23 tahun aku hidup di bumi ciptaan Allah dengan keadaan yang sederhana..
sesungguhnya aku bertuah dilahirkan di bumi nan indah ini..
Ya Allah..engkau panjangkan-lah umur aku supaya dapat membalas segala pengorbanan kedua-dua ibu bapaku..
Amin

terima kasih kepada kawan-kawan yang masih ingat hari tua aku ni ;p
terlalu ramai untuk dicatatkan (takut kalau aku tulis..ada yang tak dapat aku ingat berkecil hati)
tapi aku yakin you know who you are right?
sayang korang semua!!
x0x0!!!!

II

perasaan aku bertambah semakin senang..
mungkin kerana aku sudah mempunyai 2 orang house-mate yang aku rasa memang sangat gila!
kalau aku tak 1 rumah dengan mereka..
boleh gila aku fikir duduk di Kuala Rompin ni..
thanks a lot to farah and nuh!

III

agaknya-lah kan..
tak sah kalau duduk site ni..
kalau tak ada lelaki yang gatal miang macam tak pernah nampak perempuan barangkali..
lebih-lebih lagi yang dah tua bangka..!
ayat-ayat macam "eyh..anak-anak macam mana..tak rindu kat mak ke?"
owh..ayat pancing nak tahu kalau-kalau aku masih bujang atau sudah berkahwin..
owh..
aku paling rasa sangat teramat annoying duduk site ni..
bila ada yang menggatal!
panas aku tak kisah
bosan aku boleh dengar lagu
kena marah aku boleh tahan (balik nangis la puas-puas!)
tapi..memang aku menyampah geli dengan orang menggatal ni..
contohnya situasi aku hari ni sewaktu sedang main kucing
adalah hamba Allah dari 1 consultant ni

"eyh..you suka kucing ke?"
"emm.."
"tapi i tak suka kucing"
dalam hati "(?????)"

pesanan untuk si dia tercinta

"sayang..jangan risau..saya tetap setia dengan awak..pinky promise ok?making you sad and hurt is the last thing i ever want to do in my life cuz u mean the world to me"
oh Tuhan ku cinta dia..berikan-lah aku hidup..takkan ku sakiti dia..hukum aku bila terjadi..

Ya Allah..aku bersyukur kerana di kurniakan sebuah keluarga yang memahami dan menyayangi aku di sebalik kekurangannya..
Ya Allah..aku bersyukur di kurniakan kehidupan yang sederhana namun penuh dengan limpah kurnia dari-Mu..
Ya Allah..aku bersyukur memperoleh kerja yang sempurna dan baik untuk aku dan cukup untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapaku
Ya Allah..aku bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat dan memberi nasihat kepadaku di atas setiap kekuranganku
Ya Allah..aku bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang baik dan menyayangiku dengan seikhlas hatinya di sebalik ketidaksempurnaan diriku..aku rasa cukup bertuah memiliki lelaki yang aku rasa cukup sempurna di mataku..
Amin..

Saturday, September 5, 2009

saya cuba dan terus cuba


hari ini genap 2 hari aku di sini..di kuala rompin.........bersendirian..
rata-rata aku pergi..
kedai
bazar
market
tapak projek..


soalan yang sama..

"duduk sorang je ke?"
"ya makcik/pakcik/akak"
"kesian awak sorang-sorang je berbuka puasa kan..mesti awak sedih jauh dari keluarga..aku memang kuat"

anguk

tapi dalam hati..Allah sahaja yang tahu
setiap malam sebelum tidur aku menangis..
berdoa agar Allah berikan aku kekuatan untuk hidup selama 41 hari kemudiannya dengan penuh keberkatan..
untuk apa aku di kuala rompin?

kerja..

bukan untuk diri sendiri sahaja
tapi untuk keluarga
untuk minat yang dah lama terpendam dalam diri ni..
aku cuba untuk enjoy di sini..
ya..aku enjoy..
di sini punya penduduk yang ramah tamah yang buat aku semakin tenang walau berseorangan..
insyaAllah aku akan hadapi semua ini dengan lebih bersemangat


dugaan sebelum pergi ke sini memang kuat
macam-macam cerita aku dengar..
dari aku bersemangat jadi kurang sedikit
tapi semangat dah datang balik..yay!


owh..dan bagi kawan-kawan yang tidak dapat hubungi saya di talian maxis..maaf ya..
coverage maxis bila masa nak raya memang macam ni (bak kata akak kedai telefon)
jadi..ini nombor celcom saya..0137598546..
selepas raya mungkin akan kembali ke nombor biasa
tapi..nombor maxis tu tetap nombor utama..
buat masa di rompin sahaja susah nak guna..



dan aku lakukan dengan penuh bergaya ;)






Ya Allah..Engkau berikan-lah aku kekuatan untuk menempuhi segala kesulitan dan dugaan yang Engkau turunkan..Ya Allah..lindungi-lah aku dari sebarang kesulitan dan musibah..pelihara-lah keselamatan diriku..hanya kepada-Mu aku mohon..Amin






p/s : teramat rindukan keluarga di muar..dan zulhilmi :((
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com