Pages

Monday, September 14, 2009

dari sudut hati yang luka


“mulut diam..jantung diam..hati diam”


terlalu banyak yang terluka..

aku dia semua..

jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja

dia inginkan kebebasan

dengan hasrat menyatakan aku tiada hak untuk menghalang..

aku rasa hati aku sendiri faham apa yang cuba disampaikan

aku rasa tempoh masa hampir 3 tahun

belum cukup lagi untuk betul-betul memahami diri kami berdua

kata-kata yang aku rasa tidak disengajakan terlalu banyak buat aku luka terlalu dalam

mungkin aku cuma perlu kunci mulut dan mungkin hati

sedih bila orang yang kita rasakan sebahagian dari hidup kita

rupa-rupanya bukan dari separuh itu

mungkin jalan yang terbaik cumalah diam

syhhhhh

:(

:(

:(


kadang-kadang untuk suatu tempoh masa yang lama, kita rasa kita cukup untuk mengenali seseorang

tapi tanpa kita sedar, semakin kita mengenali dia, semakin kita jauh dari dia

mungkin silap aku kerana sukar mahu mempercayai

hari ini, aku menangis, menangis untuk diri sendiri kerana aku selalu, banyak kali sebenarnya menasihati orang supaya pegang prinsip percaya dan mempercayai

tapi aku?mungkin betul, aku takut dengan bayang-bayang sendiri

mungkin sejarah yang pernah berlaku sebelum ini buat aku takut

takut untuk terlalu sayangkan seseorang

takut menjadikan seseorang istimewa dalam hidup aku

kemudian satu hari dikhianati

mungkin aku takut keadaan itu berlaku dalam hidup aku

sering kali bila aku betul-betul gembira dan selesa dengan suatu perhubungan

di akhirnya, aku juga kecewa

aku tak mahu lagi berasa kehilangan

cukup aku kehilangan orang yang betul-betul memahami aku 3 tahun lepas (Al-Fatihah)

dan aku tak mahu lagi satu kehilangan

tapi aku mahu, diberikan aku waktu..masa untuk memahami semua ini

mungkin sebab pertama kali berjauhan dan masing-masing sedang cuba berada di satu tahap yang lain..

mungkin sebab itu aku terasa jauh dan berganda-ganda sensitif


*long sigh*

Ya Allah, sesungguhnya aku Cuma hamba-Mu yang lemah. Engkau berikanlah aku kekuatan

1 orang pengkritik:

Anonymous said...

babe,
falling in love is easy but to stay in love, it requires so much work: understanding, toleration as well as trust lagi lagi bila you in a long distance relationship.
just let him free to do whatever he wants, kalau dah mmg he is your destiny, sooner or later, things will be fine as u wish 2b. ok?

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com