Pages

Monday, March 2, 2009

Kalau mahu minum kopi sedap, pergilah ke stesen keretapi Kluang ;)


60 sen je parking, mane mahu cari


Akhirnya setelah beberapa kali terpaksa tunda untuk merasa kenikmatan kopi Kluang,
akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki di kedai tersebut..
first impression tengok kedai tu,
"macam ni je ke kedai dia, ingat kedai betul, yela, KEDAI"
tapi melihat orang ramai sanggup beratur menunggu (termasuk kami-lah tu) untuk masuk ke kedai tersebut..
aku mula merasakan aroma kopi Kluang menusuk masuk ke dalam hidungku..
tunggu
tunggu
tunggu
akhirnya dapat juga tempat duduk..
sarapan pagi? (sarapan untuk pengetahuan yang tak tahu = breakfast) ;p
mestilah kopi Kluang + bihun yang siap dibungkus + roti bakar keping..
haaa..yang menarik dekat kedai ni..
ada 2 jenis roti bakar..
roti bakar keping
roti bakar bulat (sumpah memang comel bila tengok kakak ambil order tu cuma lukis segiempat dan bulatan saja)
kesimpulannya, memang umphhhhhh!!
sedap kopi kedai ni..
memang lain kali kami datang lagi ye kakak :)




semasa makan, aku dengan jakunnya asyik-lah snap gambar je..
yela, cuba cakap dekat mana lagi boleh anda nikmati kopi + toast dengan berdebar-debar menanti ketibaan keretapi??
haaa..
tengah-tengah makan, ada keretapi berhenti..
waaaa..sekali lagi sangat jakun!
pertama kali naik keretapi semasa belajar di Matrik Arau..
pertama dan terakhir kali..
sebenarnya ada juga menyimpan angan dan sedar untuk merantau semenanjung Malaysia ni dengan menaiki keretapi..
cool kan?
insyaAllah kalau ada masa + duit yang banyak, akan aku tunaikan angan-angan tu..
heh!
(sebenarnya masa pertama kali nak naik keretapi, masa tunggu keretapi sampai, aku sejujurnya mengharapkan keretapi hitam yang guna arang datang ambil kami,tapi....)
hahaha..
si dia cakap "keretapi tu dah lama tak wujud..ish"
tolong buatkan satu untuk saya boleh?? ;p
haishhh!
semasa menunggu si dia ke bilik berehat (rest-room),
datang-lah seorang pakcik muda lagi minta sedekah..
dia cakap dia bekas penagih dadah dan ada HIV positif..
aku dengan kasihannya,
derma seikhlas yang ada..
tiba-tiba datang seorang pakcik tua,
"kenapa bagi dia duit, dia dulu hisap dadah"
percayalah aku cuma senyum sahaja..
dalam hati berkata,
"pakcik, bekas penagih dadah manusia juga, mereka berhak diberi peluang, sebab wujud segelintir orang macam pakcik yang tidak mahu langsung memberi peluang, maka jadilah mereka ke golongan asal mereka pakcik"
kan bagus aku betul-betul boleh cakap begitu :(
mungkin aku belajar dari pengalaman..
ayah aku bekerja di Pusat Rawatan Pakar Dadah..
jadi sedikit sebanyak akan diceritakan kepada aku..
aku tak salahkan pakcik tadi..
cuma aku kecewa..
ya, aku kecewa dengan kerajaan sebenarnya..
mereka boleh mengadakan kempen untuk membantu golongan sebegini..
mungkin iklan untuk menunjukkan betapa perlunya kita beri peluang kepada bekas penagih ni..
tapi..
mereka rupanya lebih gemar bergaduh ya..
hmmmm..


eyh..
dah lari tajuk..
selepas keluar dari bilik berehat tadi..
kami pun sempat mengambil beberapa keping gambar..
yang mana bila aku lihat balik..
aku rasa telinga aku macam elf..
betul ke?
haishhhh


encik,tunggu saya! (poyo)




0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com