Pages

Monday, September 5, 2011

.Selamat Hari Raya ke Tujuh.



Assalamualaikum semua :)
Acane raya tahun ni, meriah ke idak? (*nota kaki = acane singkatan untuk macam mana)
perut makin memboyot tak agaknya penuh dengan kuih tart nenas, almond london, ketupat 6 biji, kuah kacang, rendang ayam, kari daging dan kuah lodeh? (eceh, padahal cakap dekat diri sendiri kan)
sebenarnya cuma mau bercerita yang malam sebelum raya kan, semasa tengah excited sangat iron baju 1 family, nak dijadikan cerita kan, semasa iron seluar baju melayu ayah, aku dengan tak sengajanya telah buat seluar ayah terbakar, teruk gila sampai tak boleh nak pakai..
menggigil sangat dah nak cakap dekat ayah ni, tapi nasib baik mood ayah baik, ayah cuma tersenyum (dalam hati lega sangat), kesian ayah pakai seluar slack je pagi raya tu
masa mintak ampun maaf, aku mintak maaf juga sebab terbakarkan seluar ayah, sebak juga rasnaya kan..
paling aku tak boleh lupa, perasaan sebak semasa menunaikan solat raya, tak tahu la kenapa aku sedih sangat
terkenangkan dosa-dosa silam yang tak terkata banyaknya :"(
balik rumah dengan keadaan sebak terus makan ketupat dengan penuh berselera
tapi raya tahun ni aku gembira sangat sebab dah lama tak berkumpul 1 keluarga besar makan-makan, borak-borak, lepak-lepak
pada raya ketiga dengan penuh kemeriahan, kami semua BBQ di rumah Mak Ngah
konon kenyang sangat tapi aku kalah juga dengan udang black paper bakar, kupang rebus cicah sambal..peh sedap
kemudian bawa ke kedai kopi sampai ke 3 pagi
esoknya bangun awal tolong mama kemas rumah pula
memang aku seronok sangat raya tahun ni walaupun sedikit terkilan tak dapat beraya dan bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang lain pada tahun ini akibat masing-masing punyai komitmen dengan keluarga dan sanak saudara
tak mengapalah, raya kan 30 hari..
raya tahun ni, aku banyak pakai jubah, sebab rasanya aku mahu kekalkan pemakaian jubah ni kot
ok, belek puas-puas gambar dekat atas sampai aku dapat idea baru tulis entri yang lain
ok bai!



0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com