Pages

Monday, September 26, 2011

Lelaki juga punyai perasaan


Assalamualaikum :)
tiba-tiba terpanggil untuk menulis entri berkaitan perasaan lelaki
perbualan dengan teman rapat ibarat 'wake up call' untuk aku yang selalu terlupa lelaki itu punyai perasaan halus seperti perempuan juga
betapa malunya aku dengan sikap dan perangai aku yang melayan lelaki terutama si dia tanpa memikirkan perasaannya
aku buat si dia rasa tidak dihargai dan tidak disayangi dengan sikap kuat dan cepat merajuk aku
lelaki,mereka ego tapi kenapa bila kita gaduh dengan si dia,cepat sahaja si dia jawab 'i mintak maaf ok?', kemudian kembali normal,walhal hati kita sakit lagi ni
sebenarnya mereka tak nak panjangkan pergaduhan ni sebab tak nak si perempuan sakit hati dan menangis
tapi perempuan,susah nak faham, mereka fikir si dia dah tak sayang lagi dah,sampai menjadi punca perpisahan
kenapa lelaki sanggup minta maaf dekat si kekasih walaupun mereka tak buat salah?jawapannya senang,sebab lelaki tu sayang sangat dekat si perempuan
dan sifat lelaki menelan apa yang dilemparkan dan memendam perasaan sakit mereka
sampailah suatu masa,mereka dah tak tahan,si perempuan ditinggalkan
si perempuan pula berfikiran mereka tak pernah salah
kenapa si dia nak cari lain pula kan?
kenapa perlu nak pendam?kenapa tak luahkan dekat si perempuan je kan?kenapa nak cari lain?
dekat situ si perempuan dah tersilap sebenarnya
macam mana lelaki nak luahkan apa yang mereka rasa,sakit hati yang mereka rasa sedangkan kebanyakan masa mereka memujuk si perempuan yang kerap merajuk dan terasa hati
lambat sikit, merajuk
tak jawab sms, merajuk
tak jawab panggilan telefon, merajuk
tak bawa keluar 'deting', merajuk
lambat jawab sms, merajuk
lambat jawab panggilan telefon, merajuk
keluar tengok bola dengan kawan-kawan, merajuk
ish, sepanjang masa nak merajuk dan terasa hati
aku tulis ni pun dah terasa annoyingnya perempuan boleh jadi!
lelaki perlukan seseorang yang boleh faham dia
apa yang dia suka,dia nak kongsi dengan kita dan harap kita pon suka
lelaki memang suka berkawan dengan ramai perempuan
tetapi dalam hati dia sentiasa ada seorang perempuan yang lengkapkan hidup dia
kenapa lelaki ramai kawan perempuan?sang kekasih seorang dah tak cukup ke?
haa,sebab lelaki nak tahu apa perasaan mereka dekat perempuan-perempuan lain ni, sama ke tidak dengan perasaan mereka towards his special women
kenapa kita nak hidup berpasangan?bagi aku,sebab aku nak bahagia dan gembira sahaja
jadi,buat cara nak gembira
tak payah nak fikir negatif mengenai pasangan kita
benda tak wujud pun kita wujudkan
kadang-kadang kita yang buat diri sendiri tak gembira,menangis,sedih
bukan orang lain yang buat
sebab selalu nak fikir benda yang buruk-buruk
benda yang tak betul
jadi perempuan-perempuan di luar sana,jom kita sama-sama buangkan perasaan takut dengan bayang sendiri
sebelum tidur jangan lupa muhasabah diri sendiri ok?
TTFN ;)

1 orang pengkritik:

Anonymous said...

sy skong 10000000000000000000x!!! terhadap post yang ni...dari lelaki yg kecewa....

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com