Pages

Friday, December 24, 2010

Dengan kuasa bulan,datanglah!


Dulu-dulu aku memang sangat gila menonton anime channel
setiap hari pagi ke malam duduk menghadap televisyen sampai kalau hari raya sanggup tak nak ikut beraya semata-mata layan kartun ni
ini aku senaraikan rancangan kartun kegemaran aku dari kecil sampai ini hari umur mencecah 24 tahun (ok, sedar dah tua untuk melayan kartun)



1. Sailormoon

Tipu kalau kata tak layan sebab bila aku buka je OST Sailormoon, semua orang ikut nyanyi termasuk lelaki, ok comel. Dulu sebab Sailormoon, cita-cita aku pon mahu jadi macam Sailormoon, boleh tak macam tu?Tapi sebab kartun ni, aku temui cinta pertama aku iaitu Mamoru (Tuksedo Bertopeng), memang macam budak-budaklah pemikiran aku masa tu. Penuh emosi setiap kali aku tengok Sailormoon ni sampai menangis bila cerita ni dah habis.


dengan kuasa bulan, datanglah!!!!!!

oh, Mamoru ;)


mari nyanyi lagu tema Sailormoon ramai-ramai!


Maafku tak pernah berterus-terang
bukan ku tak mempercayaimu
namun sebelum ku berganti rupa
ingin aku menemuimu
ku kan bermandi cahaya bulan
yang cemerlang di malam yang cerah
memang telah lama ku rasakan
ingin menolong yang lemah
tiba-tiba keajaiban terjadi
kekuatan muncul di diri
untuk melawan semua kejahatan
kekuatanku harus digunakan
menegakkan segala kebenaran
ini keajaiban alam
aku mempercayainya
ini keajaiban alam





2. Barney

Wajib menyanyi sambil menari depan TV sambil nyanyi lagu 'I love you, you love me'. Nanti kalau aku ada anak, cerita ni wajib aku suruh anak aku tonton sebab bagus untuk belajar bahasa Inggeris. Ok sekali lagi, mari kita nyanyi lagi 'I love you' tanpa muzik.


you are shooo cute, i wanna bite your head, aummmm!




3. Sesame Street

Sebab utama tonton rancangan ni adalah Elmo!Watak kartun merah berbulu yang sangat aku gemari sehingga ke hari ini sampaikan aku terima banyak koleksi elmo pelbagai rupa dan bentuk. Aku rasa-lah kan, antara penyebab aku jadi talkative adalah mungkin dari pengaruh Elmo (?). Ok cuba bayangkan aku menyanyi Elmo song dengan nada yang sangat annoying, kalau yang tak familiar sangat dengan lagu elmo ni, sila cari sekarang juga!


This is the song
La la la la
Elmo's song
La la la la la la la la
Elmo's song



tahu tak dekat mana boleh cari t-shirt elmo yang cantik-cantik?




4. Tomatoman

Tomato tomato tomatoman, tomato tomato tomatoman (ulang sampai muntah), ok bai!





itulah rancangan kartun kegemaran aku masa kecil-kecil
rindu zaman kecil-kecil
tak payah fikir nak kerja, bayar sewa rumah, bil telefon, bil air, bil elektrik
tapi, takkan nak kecil je sepanjang masa kan
kalau tak, macam mana nak kahwin
ok gatal, bai!

7 orang pengkritik:

Anonymous said...

+ kegemaran ku ... TOMATOMAN!!! wah!!! +

Nur Suhaila said...

hehehe
tomatoman kelakar sangat lagu die!

afzan said...

tomatoman memang klasik :)

Nur Suhaila said...

tomatoman memang best :)

AsmidarTodt said...

salam perkenaln,
blogwalking n tetiba tertengok entri tuh trs teruja...seronok kan bl dpt blk masa ni..those were the days!!! ♥

Nur Suhaila said...

hye todt,thanks singgah jap dekat sini :)
tu laa, rindu betul zaman kecik-kecik ni
tetiap ari kartun best-best

Sury Aurora said...

Ohhh.. saya pun suka tengok sailormoon time kecik2 dulu.. :)
btw, i've followed you, follow me back k. cheers.. ;)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com