Pages

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Dunia!!


Selamat Hari Raya Aidiladha!!!
mari kita makan rendang sampai muntah!!

Esok interview di Segamat
yaiyaiyaiyaiyai
buat masa ni tak terfikir untuk kerja di Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan luar Johor atau Melaka
hope everything will end up with smile and happiness tomorrow :)
kelakar kan sebab 2-3 hari yang lepas i interview untuk jawatan Eksekutif Pengiklanan di Melaka
kasihan mama dan ayah yang sanggup terpaksa pura-pura gembira dengan keputusan i untuk kerja dalam bidang luar dari engineering
tapi i kan degil + keras kepala
tapi akhirnya i tak berjaya pun
sebab mungkin jodoh i masih lagi kuat dalam bidang kejuruteraan
6 tahun kot i bergelumang dalam dunia ni
2 tahun di sekolah teknik muo (orang muo tak sebut muar sebagai muar ye..sekian)
4 tahun di UTHM
bukan i putus asa
tapi dalam hidup i, terlalu banyak yang i nak buat
and advertising is one of them
tapi at least i'm proud with myself because i'm not that type of person yang tak berani buat apa yang diimpikan (yayyy!!)

jadi, esok pergi sebagai bakal Jurutera Awam semula
kali ini, i serik mahu bekerja dengan bos india sebab kisah terdahulu
pengalaman selama 3 bulan sebagai Jurutera Projek memang banyak mengajar i berfikir dan lebih berhati-hati terutamanya dengan bos sendiri
jangan fikir bila bos baik dengan anda terutama perempuan, baik yang tiada makna
baik-baik sampai ambil kesempatan buat gangguan s*eksual ya..
pffttttttttt!
(mencarut)

jadi selepas ini,
i pergi mana memang i bawa duri landak lam beg i
gelak-lah!
but i'm serious
i adalah seorang perempuan berduri landak dan garang walau kecil
mungkin i bawak lebih banyak duri landak kali ini
langkah berhati-hati ya!


sementara menunggu nur kasih
i menonton dulu oprah winfrey's show
hasil kajian untuk rancangan "The Science of Sex Appeal" yang ditayangkan di Discovery Channel..
bau semulajadi lelaki adalah hancing dan perempuan adalah berbau seperti mentega basi
wow..
dan kajian menunjukkan bahawa suara perempuan ketika mengovum (datang haid) adalah lebih seksi dan menarik berbanding hari-hari biasa
dan sebenarnya perempuan dan lelaki mengeluarkan berjenis bau yang kita sendiri tidak sedar kita tertarik dengan bau semulajadi tersebut..
woww..
menarik kan?



p/s : kesudahan yang sempurna buat Nur :)




0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com