Pages

Sunday, November 29, 2009

Act like a lady..think like a man


Hari ini aku nak kongsi sesuatu yang aku rasa wajib aku kongsi dengan semua perempuan
bagi sesiapa yang terlepas menonton Oprah Winfrey's Show malam tadi dan tengahari tadi..
aku rasa rugi sebab topik ini betul-betul buat aku tersedar dari tidur yang panjang
tapi tidur yang selalu tak nyenyak dan buat aku sesak..
Steve Harvey yang merupakan penulis buku "Act Like A Lady, Think Like A Man"
he was so awesome!
sampaikan minda aku betul-betul terbuka
buat aku terfikir standard hidup aku selama ini


Women should have a title or standard

maksudnya sekiranya kita menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki tidak kira-lah untuk jangka masa yang lama atau baru sahaja terlibat dalam hubungan tersebut..
kita mesti ada "title" dari lelaki tersebut
tunang, isteri, kekasih
sedangkan dalam hidup kita seharian, kita ada pelbagai gelaran seperti adik, kakak, sepupu
tapi kenapa kita tak punya gelaran pula apabila kita menjalinkan sesebuah hubungan kan?
kata-lah seorang perempuan telah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang dia rasa "he's the one for me" selama bertahun-tahun
tapi kita diperkenalkan kepada umum (kawan-kawan dan keluarganya) sebagai seorang kawan..
dan lelaki memberi alasan masih lagi dalam peringkat "kawan" sebab masih lagi mengenali hati budi masing-masing..
jadi sebenarnya di situ, kau kena lebih hati-hati dan serius mengenai tindakan kau samada mahu meneruskan hubungan ini atau tidak
dan feedback dari yang menonton di studio atau di rumah
majoriti mengambil langkah memutuskan hubungan..


Mummy's son

tak salah kalau mahu ada hubungan dengan lelaki yang memang merupakan anak emak
yang menyayangi emak lebih dari kekasih atau isteri sendiri
tapi sebelum mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan lelaki tersebut
kita mesti menetapkan standard atau tahap kita sendiri
dan jangan merendahkan tahap kita disebabkan lelaki yang kita sendiri tak pasti samada dia mampu memberikan komitmen yang sama dengan kita
dah tentu aku tak mahu lelaki yang setiap hari akan menelefon emaknya sebanyak 50x manakala aku cuma 1 kali sahaja
dah tentu aku tak mahu lelaki yang samakan aku dengan ibunya
tiada perempuan yang mahu
tak salah mahu sayang emak
dan kalau ada yang berfikir "alaaa..dia boleh berubah bila kahwin dengan aku"
you are totally wrong women!
kita akan tetap salah selagi kita tak berbincang dan menetapkan tahap untuk diri sendiri
tak salah aku rasa kalau berbincang dengan lelaki yang kita mahu jalinkan hubungan yang lebih jauh dari sekarang
berbincang yang lelaki tersebut perlu hormati diri kita dan dalam masa yang sama masih lagi menyayangi ibunya..
hormat adalah kata kunci untuk kejayaan sesebuah hubungan


dan..

sebelum mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan seseorang lelaki
wajib bertanyakan 5 soalan ini


1. what is your short term goal?
2. what is your long term goal?
3. what is your view in a relationship?
4. what do you think about me?
5. what do you feel about me?


pendapat peribadi aku sendiri
dalam sesebuah hubungan perlu ada komunikasi dan persefahaman
tapi apa yang penting adalah rasa menghormati
kenapa perlu menjalinkan hubungan kalau diri sendiri tak mampu untuk berikan komitmen
bagi aku, jangan bagi alasan bodoh kalau betul-betul mahukan hubungan ini berjaya
kalau betul mahukan aku, kalau betul serius dengan hubungan ini
tunjukkan diri kau betul-betul mahu..
ada effort..
bukan kau cume cakap "dah macam-macam buat dah"
apa yang kau buat selain menyakiti hati pasangan kau?
dan sekarang
aku dah mula sedar dan mencari tahap diri aku sendiri
aku mahu kawan-kawan aku juga sedar mereka juga ada tahap dan standard dalam hidup
stop hunting your love
Allah tidak akan mencipta Hawa tanpa Adam..
dan kau juga tidak dicipta untuk bersendirian..

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com