Pages

Thursday, March 22, 2012

.Kota Neraka Duniawi.


Kehidupan di Kuala Lumpur untuk jangka masa 2 tahun bagi seorang perempuan seperti aku, amat memenatkan dan penuh dengan kecelakaan
aku rasa 2 tahun di Kuala Lumpur adalah seperti hidup di neraka dunia
dan aku tak pernah faham dengan sesetengah manusia yang bangga hidup di neraka jahanam ini
kenapa neraka jahanam?
aku benci keadaan manusia di sini
sibuk kejarkan hal masing-masing tanpa menoleh kiri kanan melihat kesusahan dan kesengsaraan orang lain
hidup di kota ini, kota yang serba asing dan mementingkan diri sendiri, buat aku tersedar betapa manusia di sini (sesetengah) sudah semakin hilang sifat bertimbang rasa dalam diri masing-masing
bermula pada awal tahun 2010, aku berhijrah ke kota ini
bayangkan kota yang selama ini sangat gah, rupa-rupanya tersimpan 1001 rahsia apabila tirai malam melabuhkan sayapnya
jauh di satu sudut kota, aku pilih untuk menetap di sebuah tempat yang aku kira aman dan tenang buatku iaitu Putrajaya
Putrajaya aku kira tempat yang sangat sesuai untuk membesarkan anak-anak dan memulakan hidup berkeluarga
tapi sering kali pula dicemari dengan pemandangan luar biasa terutama di jambatan berhampiran PICC
pemandangan pada waktu malam di sini memang terlalu indah dan cantik tapi sayangnya terdapat cacat cela dari segi perlakuan sesetengah umat manusia yang tanpa segan silu melakukan maksiat dan perkara jijik tanpa pedulikan masyarakat sekeliling
bercumbuan berpelukan tanpa segan silu
ada juga yang melampau hinggakan sanggup melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta berhampiran Masjid Besi
ya, aku menyaksikan perlakuan terlampau pemandu kereta Myvi berwarna oren yang sedang asyik dinoda dosa dengan diberi tepukan pujian oleh Syaitan pemusnah umat Adam dan Hawa
terlalu asyik sampai aku rasakan aku dah berhentikan kereta bersebelahan kereta tersebut dan bunyikan hon tapi langsung tak menoleh
dan di jambatan berhampiran PICC juga pasangan kekasih berpelukan erat seperti belangkas untuk menyatakan cinta nor la sangat terhadap pasangan masing-masing
sedap sangat ke kakak duduk di dalam kelengkang kekasih kakak tu?
rasa disayangi sangat eh kakak?
apabila aku lihat, sambil berdehem-dehem, dijelingnya aku ni kemudian terus berjalan menyorok di bawah jambatan
yang pengunjung lain beragama dan berbangsa lain, senyum mengejek
takde la pulak aku tengok dorang sibuk nak bermesra depan orang lain
tolonglah ye, kalau dah sayang sangat pon, tak perlu untuk buat macam tu
kalau tak malu dengan masyarakat sekeliling, malu dengan Allah, malu dengan malaikat kiri-kanan pencatat dosa pahala

kemudian aku berpindah ke suatu tempat betul-betul di tengah kota
ini paling teruk dan hina dalam hidup aku
aku diragut dan ditendang oleh peragut bangsat berbangsa kal lam ya nga
minta maaf sebab kasar bahasa tapi aku masih lagi marah dengan bangsa itu
ditolak dan dipijak, mana perginya nilai murni dalam masyarakat kita?
mungkin harga barang semakin meningkat, kos hidup di sini yang kadang-kadang tak masuk akal,membuatkan manusia bertindak lebih dari binatang
air suam pun 50 sen, 50 sen tu kalau orang yang anaknya 9 orang,gajinya cuma rm240 sebulan, kau rasa cukup tak?
memang aku tak boleh terimalah perlu ke air suam 50 sen?rm1.00 pun ada juga rasanya
mengarut dan sampah!
aku juga 2 kali diketuk cermin kereta sewaktu pulang dari kerja di kawasan berdekatan Jaya33
ya Allah, ini sumpah aku takut!
bayangkan kau penat bekerja dalam keadaan otak 1/2 berfungsi, seorang lelaki yang aku rasa umurnya 40 tahun, mengetuk pintu keretaku sambil cakap 'tolong,tolong,kereta saya rosak,tolong buka cermin ni,kereta saya rosak'
aku ni ikutkan hati memang aku buka, tapi apabila terfikir kenapa Pakcik tu ketuk tingkap kereta aku dan bukan kereta di hadapanku yang mana pemandunya seorang lelaki dan kereta di belakangku yang pemandunya juga seorang lelaki
pemandu kereta di sebelah memberi isyarat supaya aku tidak membuka tingkap keretaku
memang jantung aku hampir nak meletup sebab aku terlalu takut
dan selepas hampir 5 minit aku buat muka tak faham, Pakcik tersebut berlalu begitu sahaja
aku lihat side mirror samada dia melakukan perkara yang sama dengan kereta lain,dan aku terkejut Pakcik tersebut langsung tak ketuk pintu mana-mana kereta
dan sebulan selepas kejadian, Pakcik yang sama mengetuk tingkap keretaku lagi dan alhamdulillah,lampu isyarat hijau dan aku terus berlalu pergi
dan di tempat yang sama juga, kereta di belakangku, di mana ketika itu huan rintik-rintik, dan malangnya perempuan di dalam kereta belakang, buka sedikit tingkap keretanya
dan tiba-tiba datang 2 orang lelaki membonceng motosikal, terus sahaja masukkan tangan dalam tingkap kereta dan meragut handbag perempuan tersebut
ya, si perempuan menarik balik sehinggakan peragut tersebut terjatuh
tapi agaknya memang terdesak sangat, peragut tersebut bangun dan dengan sekali rentap, terus dapat handbag dan pecut motosikal mereka
aku ni yang saksi kejadian, dengan sangat takut, aku menangis teresak-esak sebab trauma diragut datang balik
sampaikan aku takut untuk turun dari kereta
macam-macam perilaku manusia zaman sekarang ni yang buatkan aku takut sangat untuk keluar ke mana-mana
aku lebih sanggup menghabiskan hujung minggu aku di dalam bilik sambil menonton Nigella Bites atau Food Paradise dari keluar dari kepompong kecil

dan benda yang paling aku benci dan meluat sekali duduk di Kuala Lumpur ni adalah menghadap dan mengharungi kesesakan lalu lintas
read my lips 'TRAFFIC JAM'
aku benci traffic jam!
aku benci pemandu yang kurang ajar!
aku benci pemandu yang tak pandai bagi signal untuk masuk, sayang betullah, kereta besar tapi signal rosak, kereta mahal-mahal tapi tak periksa signal tu berfungsi ke tak, rugi je (ayat sinis ye ni)
aku benci juga dengan pemandu yang suka sangat potong barisan, macam dia seorang jela nak balik rumah kan, tengah panjang-panjang tunggu turn nak lepas tol, elok je datang himpit kereta kau kan? aku selalu assume manusia spesis ni masa mereka sekolah dahulu, selalu langgar peraturan sekolah
tak pakai name tag, lepas tu suruh beratur tak reti nak beratur, beli makanan dekat kantin potong barisan, memang alergik dengan manusia spesis ni
satu lagi aku perasan perangai hasad dengki busuk hati sesetenah pemandu ni
kalau kita dah bagi signal nak masuk lorong tu, dari dia bawa kereta perlahan je, terus pecut sebab dengki tak bagi kita masuk lorong tu, kita pun lajulah nak masuk kan, dia boleh seiring dengan kita
lepas tu kita tak jadi masuk, kita steady je dekat lorong tu, dia sambung balik bawa perlahan, kita terus ambil kesempatan masuk lorong tu, amboi marah sampai hon, tapi dia bawak slow macam kura-kura
bila dia angin, dia potong kereta kita, sambil jeling
read my lips 'Like i care kau nak potong'
ada juga spesis macam ni kan?
busuk hati sangat please
tak perlu nak busuk hati atau dengki sangat, buatnya dekat depan nanti awak kemalangan ke apa, awak rasa ada orang nak tolong awak ke sebab perangai awak macam samseng jalan?
tak salah kalau bagi lalu, atau bagi signal, tak patah pun tangan tu
setahu saya sepanjang 2 tahun pandu kereta dan bagi signal, tak pernah pun tangan saya kurap atau kudis sebab bagi signal, muka saya pun tak sopak sebab saya senyum setiap kali orang bagi saya lalu dahulu

kesimpulannya, aku tak suka duduk kota neraka ni
dan aku selalu mencari peluang bekerja di Muor atau sekarang ni giat mencari kerja di Kemaman memandangkan bakal suami orang sana
aku benci keadaan di sini, ke sana ke mari perlu lalu tol, tapi pagi-pagi menteri lalu, kena juga bagi laluan padahal aku bayar roadtax kot
aku rasa dah tak boleh terima lagi dah keadaan di sini
aku rasa sesuai la lagu Kaka dan Zizan - Bawa ku pergi untuk gambarkan keadaan aku yang sudah menyampah dengan gelagat sesetengah manusia di kota ini
bosan aku dengan penat, enyah saja kau pekat, seperti berjelaga jika ku sendiri

2 orang pengkritik:

oya zihanee said...

+ penggunaan ayat yg seronok untuk dibaca.. ringan dan jelass...

biasalah, kadang-kadang ape yang kita tak mahu itu, sentiasa ada depan mata. benda tu semua supaya kita belajar ape yg baik disebaliknya..

tenang dan sabar.

Nur Suhaila said...

terima kasih kak oya :)
bila hati dah terlalu penat, macam ni la kak oya, rase tak tahan je, tapi nak tak nak kena kuat gak, kalau lemah nanti kena tindas

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com