Pages

Wednesday, March 7, 2012

Rabu berkata-kata


assalamualaikum rabu :)
sebulan lebih lamanya terbiar belog aku ni
tuntutan kerja dan kemalasan yang makin menjadi-jadi buatkan aku lemau mahu menulis
awal tahun 2012 merupakan permulaan yang sangat-amat tidak peramah untuk aku terutamanya dari segi kewangan
semata-mata nak tukar nombor telefon baru akibat perpisahan dengan bekas kekasih, telah menyebabkan aku kerugian rm500.00 akibat tunggakan bayaran broadband
terketar-ketar aku nak keluarkan duit rm500.00 bagi percuma macam tu sahaja kan
tapi dalam hati aku niatkan untuk zakat sekali

moral of the story : tak payah mengada-ngada nak share line semata-mata nak dapat telefon free sama itu gf/bf sebab bila dah break-up, azab gila nak settlekan masalah, dan paling sedih kalau nombor yang dah bertahun-tahun guna, terpaksa kita tukar sebab yela dah break up, mestilah tak nak jumpa lagi kan untuk separate line telefon lebih-lebih lagi kalau dituduh kita yang cipta masalah tu bukan 'bekas' kita yang cipta, dah benci nor la katanya kan sampai semua benda mengungkit

walau bagaimanapun, aku bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang sesibuk mana pon dia, tetap bagi sokongan pembakar semangat ketika aku betul-betul tengah sedih memikirkan masalah kewangan aku ni
yela, sedih la, duit kumpul untuk roadtax tu kot
kadang-kadang aku rasa si dia ni dah macam suami aku la dari segi cara dia menjaga aku dan lindungi aku
macam kalau ada masalah, dia yang terlebih pening untuk aku dan berusaha selesaikan masalah untuk aku sebab tak nak aku pening-pening dengan masalah yang aku lalui sekarang
kemudian, tayar kereta aku bengkak hingga memaksa aku untuk menukar tayar baru untuk si hitam Ali (Ali adalah sebuah kereta Viva berwarna hitam)
berterbangan lagi duit aku, terbang melayang-layang dengan 'sangat gembira'
dan kemudian masalah pembayaran kad kredit pulak
haa, yang ni memang aku nak melenting sebab aku tak pernah apply kad kredit dari bank hitam kuning tapi sebulan selepas beli si Ali dari bank tersebut, dapat panggilan mengatakan kad aku dah siap
bila masa aku apply kad kredit ni?????
aku tak ambil kad kredit tu, aku biar je kan sampailah dak kakak tu telefon aku balik cakap tetap ada caj walau tak guna
dan aku pon ambil dan malangnya aku terjebak dalam kancah penggunaan kad kredit tu disebabkan dak kakak cakap 'cik,kalau cik guna rm150.00,dalam sebulan tu kalau cik nak bayar rm50.00 pun takpe cik,boleh je,saya selalu buat macam tu kalau bulan tu nak pakai duit, saya bayar sikit je'
maka dengan tak bertanya lebih, aku dengan senang lenang menggunakan kad tersebut untuk minyak keretadan tetiap bulan bayar rm50.00 (yang ni paling bangang la aku buat ikut je dak kakak tu cakap ape)
dan tup tup dan sampai riban-riban dan aku hampir disaman sebab dengan jayanya tak bayar selama 5 bulan sebab aku angin dengan bank tersebut dan konon nak protes
riban aku ni cumalah rm2000.00 sahaja
jadi aku ni mengalami tekanan perasaan apabila hampir setiap hari diganggu dengan lelaki berbangsa 'kaf lam ya nga' mengatakan aku akan masuk mahkamah dan harta aku akan disita kalau aku gagal untuk bayar hutang aku
sumpah aku takot gila apabila dia cakap rumah yang aku duduk akan disita juga sampaikan aku hampir bergaduh dengan mama apabila mama cakap 'rumah ni atas nama mama, kenapa pulak dorang nak sita'
ambil masa 2-3 hari juga untuk aku berfikiran waras semula dan cari penyelesaian
dan sekali lagi, terima kasih banyak-banyak tak terhingga kepada si dia yang tolong aku selesaikan perkara ni
dan aku pun sudah buat surat rayuan untuk bayar ansur-ansur dan telah dipersetujui oleh pihak bank,tapi selepas aku bayar bayaran minimum yang tertunggak itew
dan sekarang, muka aku yang keruh, kembali tersenyum sebab alhamdulillah, Allah mendengar dan menolong aku
semasa aku ditimpa kesusahan sedemikian, aku cakap dalam hati 'Ya Allah, sekiranya inilah antara balasan ke atas aku terhadap dosa-dosa yang aku lakukan, aku redha'
aku redha dan aku tawakal, dan Allah tunjukkan aku jalan
aku bersyukur sangat punyai seorang lelaki yang walaupun dia sendiri punyai masalah, tapi tak pernah tinggalkan aku keseorangan pada saat aku perlukan dia

dan semalam, aku baru sahaja habiskan duit aku dengan membayar saman DBKL sebanyak rm100.00
minta kurang, dak abang tu cakap 'ni dah bagi diskaun la ni'
eh, aku bayar on time ape, ada la ihsan sikit, sombong pulak tu!
dan betul, selepas hujan pasti terbitnya pelangi sekarang aku makin tenang dan mampu tersenyum
aku bangga dengan diri aku sebab aku tak lari dari masalah yang datang
tak macam dulu, aku lari-lari-lari dan lari
dan akibatnya, terjadi la macam awal tahun ni, datang balik dekat aku tapi dengan nilai yang berganda


moral of the story : jangan lari dari masalah, kalau lari memang akan tenang sekejap je, tapi masalah yang lebih besar menunggu di kemudian hari dan buat kita lagi pening, jadi tarik nafas, minta nasihat dari kawan-kawan rapat dan siapa-siapa yang baik dengan kita, jangan malu dan jangan simpan sorang-sorang sebab aku hampir gila hari tu sebab pendam sorang-sorang je segala masalah aku, thanks again to my close friends and special boyfriend for their never ending support

2 orang pengkritik:

Unknown said...

sabar dear.. dugaan akan lebih mematangkan kita.. patutla bersawang blog cik adik ni.. banyak beno masalahnya

Nur Suhaila said...

tula kak ayu, sue banyak belajar dari ujian yang datang kali ni, moral of the story : jangan cepat percayakan apa orang cakap..heee

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com