Pages

Friday, March 16, 2012

.Senduk Suhaila!.


Sejak dua tiga menjak ni kan, aku perasan yang kekerapan aku untuk masak sendiri adalah dalam seminggu pasti 7 kali aku masak sendiri lauk untuk anak tekak aku ni
ye!
aku sangat rajin memasak (sambil kembangkan hidung)
menu wajib adalah sup ayam,sayur rebus air,ikan panggang,kuah singgang,tomyam putih,ayam masak kicap dan malam semalam untuk pertama kalinya aku cuba masakan ayam masak merah
dan bukan nak puji diri sendiri, tapi tak sangka sedap
thanks mama for the recepi!
ada juga aku pernah cuba untuk masak asam pedas, turn out asam pedas aku sangat cair dan tak menjadi
1 lagi yang aku perasan, aku cukup suka makan ikan goreng dengan budu
budu aku ni telah diubahsuai sikit hasil tunjuk ajar kawanku iaitu Maxelina
mula-mula aku rebus dulu ikan, aku selalu guna ikan kembung yang kecil je
kemudian apabila ikan tu betul-betul dah lembut, aku keluarkan isi dia, aku tumbuk sekali dengan cili padi
lepas dah lumat, aku campurkan sedikit dengan budu, gaul sampai sebati dan letak sikit je air suam
lepas tu makan dengan timun, tak pun lobak rebus, tak pun makan dengan ikan goreng
memang sedap sehingga menjilat jari la!
mula-mula aku ingatkan budu ni cuma ada dijual di Kelantan dan Terengganu sahaja sampaikan setiap kali ke sana, aku mesti akan beli stok untuk balik Kuala Lumpur ni
tapi semalam, semasa tengah sibuk cari serai di Giant Shah Alam, aku terpandangkan budu di satu sudut rempah
aku punya senyum ni, memang sampai ke telinga sambil jerit 'budu!yey budu!' sampaikan orang senyumkan aku ni
yey, lepas ni tak payah susah payah beli budu dekat pantai timur lagi dah, beli dekat giant je :)
aku punya gila dekat budu ni sampai makan ayam KFC pun dengan budu
sampaikan aku ni nak bawak budu pergi kerja jadi nanti tengahari pergi makan, boleh makan apa-apa dengan budu
si dia pun agak pelik dengan tabiat aku ni memandangkan si dia asal dari Kemaman, takde la gila budu macam aku ni kan
tolong salahkan Maxelina sebab kenalkan budu dekat aku sepanjang aku tumpang di rumah dia sepanjang bulan puasa 2011

sekarang ni pun setiap hari aku bawa bekal ke pejabat kalau aku tak berpuasa pada hari tersebut
selain jimat, aku rasa puas dapat makan masakan sendiri dari masakan mamak
kadang-kadang aku fikir nak makan apa selama 20 minit dekat kedai mamak tu
selain tu, aku dapat juga mengasah hobi memasak aku ni
sekarang ni praktis siap-siap dulu
bukan apa, tak nak la dah kahwin baru aku nak telefon emak aku sibuk tanya macam mana nak masak itu ini
dulu aku memang pemalas sangat nak masak
tapi sekarang dah jadi makin seronok lak masak
macam-macam resepi aku google, esok nak cuba masak ayam masak lemak cili padi *joget-joget*

selain dari suka memasak, aku sekarang ni giat belajar Al-Quran
khatam Al-Quran 3 kali, tapi apa yang tertulis dalam Al-Quran tu, aku tak pernah hayati
sekarang ni aku sedang dalam proses membaca dan memahami serta menghayati keindahan ayat-ayat Al-Quran tu
dan tadi aku google, dan aku terjumpa Al-Quran Pelangi ni
cantik sangat, aku rasa ini adalah salah satu kaedah untuk mengajak dan menarik minat anak-anak muda untuk belajar Al-Quran
tapi ingat, jangan beli sebab cantik lepas tu simpan, tapi beli dan hayati keindahan di sebalik kitab pelangi itu





nak!nak!nak!
sumber gambar : belog Dian Pelangi :)


1 lagi hobi yang aku nak buat selalu
sebelum tidur, mesti si dia telefon aku, dari berbual kosong, aku nak baca bedtime story dekat si dia
dan bedtime story itu adalah kisah-kisah tauladan Rasulullah dan para sahabat
ada 1 buku ni, aku suka baca, tajuk buku ni 'Ketika Cinta Berbuah Syurga' oleh penulis Habiburrahman Al-Shirazy



buku ni memang banyak sangat kisah tauladan yang boleh kita contohi
aku memang suka hasil penulisan Habiburrahman Al-Shirazy ni
membaca karyanya buat aku masuk ke dalam dunia yang lain, buat aku berfikir dengan keindahan Islam itu sendiri
ye, sekarang ni aku cuba berubah menjadi muslimah yang lebih baik
aku mahu menjadi bakal isteri yang solehah kepada lelaki yang aku cinta iaitu Khairul Izzuan
seterusnya menjadi ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah
jadi aku perlu merubah diri aku sendiri sebelum aku perbetulkan orang lain :)


3 orang pengkritik:

Cik Ayu said...

sama la..skang lebih prefer bwk bekal dr beli mknn yg ntah apa2 je rasanya.. mmg penat tp puas hati. lauk sardin je pun da cukup sedap kan

mazelina punye bLog said...

erkkk aku lak yg slah...tp sedap kn budu...ko mest sgt berterima kasih kt aku sbb knlkn ko ape itu budu...hahahaha...waaa kecik da ade hobi memasak...nk raseeeeee..."senduk2 suhaila" (bace gaya ala2 fifi)...ok bai...=p

Nur Suhaila said...

kak ayu : memang pon,sebab bile kita masak, memang kena dengan tekak dan selera kita, sambal sardin pun sedap,tambah dengan telur dadar!

mazelina : dulu memang aku tak makan budu ni, kalau tak duduk rumah kau, memang tak merasa betap nikmatnya budu ni, nak rase datang rumah aku!eeee fifi suka fifi suka!ok bye!

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com