Pages

Monday, March 12, 2012

.Kahwin ikut cara saya.


Hari ni tiba-tiba mood nak bercerita pasal kahwin ni teramat la tinggi
sebab apa?
sebab ramai kawan-kawan yang bakal bertunang, sudah bertunang, bakal bernikah dan sudah bernikah
jadi ini adalah masa untuk aku berangan-angan sekejap je


setiap wanita di dunia ini pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang cantik dan meriah kan
tapi majlis impian aku mungkin tidak sebesar atau seramai orang lain
aku cuma mahu tunaikan yang wajib sahaja
jemputan aku mungkin seramai 200 orang sahaja atau paling ramai adalah 300 orang
dan tetamu jemputan terdiri daripada keluarga terdekat, kawan rapat yang rajin keep-in-touch, kawan baik mama dan ayah serta kawan pejabat dan bekas kawan pejabat yang rapat dengan aku
bagi aku, perkahwinan ni suatu perkara terindah yang terlalu peribadi untuk aku
jadi aku decide untuk berkongsi hari bahagia aku ni dengan orang-orang yang rapat dengan aku
pagi akad nikah di masjid, dan malam harinya aku buat jamuan makan di dewan atau restoran
aku bayangkan decoration dalam dewan/restoran penuh dengan bunga/lampu/lilin
aku sangat obses dengan lampu/lilin
kehidupan seharian di rumah dan bilik selepas balik dari kerja pun, wajib aku pasangkan lilin wangi



mungkin aku suka pada waktu intim aku dan katil dan bantal di rumah bertemankan bayang-bayang diri sendiri
dan bunga/pasu bunga kecil juga amat penting memandangkan aku terlalu sukakan kehijauan
dan ketika berlangsungnya majlis makan tersebut, aku dan suami akan ke meja demi meja dan menyapa setiap tetamu yang hadir pada hari bahagia kami
sebab aku nak rasa dihargai dan menghargai setiap tetamu yang sudi hadir pada majlis aku pada hari tersebut
bukan apa, kadang-kadang majlis yang aku pergi tak kira dekat atau jauh, datang susah payah, tapi langsung tak dipandang oleh rakan-rakan
aku faham rakan-rakan terlalu sibuk, mana kan nak bergambar lagi, makan beradab lagi, duduk bersanding lagi kan
so, i try to break the rules and do it with my own style
yes, no pelamin KECUALI diminta oleh mama, itu pun cuma untuk bergambar sahaja
dan pelamin aku buat sendiri sahaja dengan decoration yang comel-comel dna aku tahu aku mampu untuk buat sendiri decoration untuk majlis aku memandangkan aku jenis yang suka habiskan masa buat benda-benda comel
beramah mesra dari meja ke meja
makan dengan penuh nikmat, tak nak la terpaksa tahan perut untuk makan dihadapan tetamu, kita makan sama-sama
majlis aku pasti akan penuh dengan gelak ketawa
bercerita berkenaan majlis soon-to-be ini pon buat aku tersenyum sumbing sebab sudah dapat bayangkan macam mana konsep majlis aku tu
untuk makanan, boleh tak nak request mama sendiri yang masak?eh memang tak dapat lah kan sebab mama awal-awal dah cakap dia nak rilex je
ok mama,fine!tapi at least cari seseorang yang boleh masak asam pedas ikan tenggiri yang rasa sebiji macam masakan mama


alang-alang dah bercerita pasal konsep majlis, kita bercerita sekali pasal menu
ini bab yang paling super excited sebab aku suka makan!
okay, rasanya nak makan nasi putih + asam pedas ikan tenggiri + sotong goreng kunyit + sayur campur + ayam goreng berempah + ikan masin + air bandung soda
ya Allah, tulis pasal menu ni pon perut aku terus berbunyi, eh sedap!
tak pun, makan nasi minyak
atau makan yang ringan-ringan sahaja macam semua jenis mee dan bihun
bihun hailam, bihun sup, mee bandung, mee goreng, eh semua jenis masakan mee dan bihun la
air wajib ada, air bandung soda Tok Cu, tebu, air soya bus-stand pagoh (peh terbaik!), air jagung bus-stand pagoh (meleleh air liur)
wajib ada roti bakar 434, putu mayam dan murtabak singapura (makanan favorite ni)
kejap kejap, mana boleh tertinggal yong tau fu muo ni!wajib ada juga!
tengok, kan dah gelojoh sangat bercerita pasal makanan
semua aku nak makan, jenuh la macam ni kan
tapi boleh je kan kalau nak makan semua ni, konsep majlis enjoy and rilex, jadi makan la sampai habis semua hidangan tu


mesti ada yang fikir konsep majlis aku memang sedikit ala-ala konsep mat saleh kan?
bagi aku tak salah kalau nak ikut majlis sederhana tapi meriah macam dorang sebab aku rasa lagi jimat kos
lagi tak membazir dan insyaAllah semua pihak berpuas hati
lagi pun ambil konsep yang elok, yang tak elok kita tinggalkan jela
basically, macam tu la majlis impian aku
memang aku tak harap majlis besar, buat dekat hotel semua
itu pilihan masing-masing kan, semua orang ada impian majlis kahwin sendiri
yang penting, kita ikut yang wajib dan tak membazir
bagi aku kehidupan selepas berkahwin lebih penting berbanding perkahwinan yang gilang gemilang itu sendiri
selepas berkahwin lebih banyak duit yang nak pakai untuk set-up hidun berdua ni dan kemudian bakal bertambah 3,4,5,6 dan seterusnya
jadi aku lebih titik beratkan kehidupan selepas akad nikah dan hari pertama bergelar suami isteri :)


dan itulah impian majlis kahwin aku kelak
bila tarikhnya?
insyaAllah ada jodoh umur panjang, terjalinlah ikatan sah aku dan si dia :)

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com