Pages

Wednesday, March 14, 2012

.Hotel murah dan cantik.



Pernah terfikir tak untuk larikan diri sebentar dari kesesakan hidup di Kuala Lumpur?
larikan diri dari hiruk pikuk suasana bising di bandar besar?
kiranya macam weekend getaway, drive kereta to the middle of no where, ok takde la no where, somewhere la kan
dan kemudian mesti nak menginap dekat hotel yang murah tapi selesa kan?
kalau dulu memang susah nak cari hotel yang murah, selesa dan bersih
lebih-lebih lagi kalau tersilap duduk hotel, silap hari bulan kena ketuk dengan Jabatan Agama Islam, opsssss!
tapi sekarang ni, aku rasa trend Boutique Hotel makin melambak-lambak dekat Malaysia ni
kalau yang tak tahu apa itu Boutique Hotel, kiranya macam hotel yang sangat cantik dan selesa dengan kemudahan macam hotel bertaraf 5 bintang ye
aku tahu kewujudan Boutique Hotel ini pada hujung tahun 2011 sebab masa tu tengah survey nak pergi jalan-jalan di Melaka
aku tengok ramai yang suggest stay dekat Boutique Hotel ni memandangkan harganya yang berpatutan dan keadaan bilik itu sendiri yang selesa
boutique hotel pertama aku duduk ialah di Kemaman iaitu di In-Trend Hotel
hotel ni bos aku yang suggest sewaktu aku pertama kali ditugaskan untuk outstation di Terengganu
pertama kali masuk hotel ni terus jatuh cinta dengan suasana dan decoration hotel tu
staf dekat hotel tu semua peramah dan boleh dikatakan setiap kali aku ke sini, staf di sana ingat rupa aku, ini baru first kerlasss okay
range price untuk hotel ni adalah antara rm88-rm128
kalau datang ramai, ambil la family room, agak besar juga dan paling penting selesa


lobi hotel memang comel dengan kerusi macam ni kan


istimewa dekat hotel ni ialah tang shower room dia, haaa kalau masuk jawabnya 1 jam la duduk dalam tu


hotel kedua adalah Wan Loong Hotel di Pontian kalau tak silap aku
hotel ni pon sangat selesa dan makanan dekat situ memang terbaik
sedap hingga menjilat jari okay!



dekat atas tu kiranya macam ada taman mini bagi siapa-siapa yang minat kehijauan macam aku ni, memang puas hati sangat dengan servis di sini


hotel seterusnya ialah Rest Inn Hotel di Kota Tinggi
yang menariknya di sini, setiap bilik mempunyai wallpaper yang berlainan
mana aku tahu?sebab semasa menginap di sini, kami bertiga
jadi aku rajin-rajin jenguk ke bilik bos (bos aku perempuan ye) dan bilik kawan pejabat yang lain



sekarang ni, setiap kali outstation, misi kami adalah cari Boutique Hotel memandangkan keadaan hotel tersebut yang sangat selesa
kadang-kadang tu, hotel je mahal, tapi servis kurang, keadaan bilik pon tak selesa dengan bau bilik air lama, faham tak macam mana bau kepam tu?
jadi apa lagi, aku memang support kewujudan hotel comel dan murah macam ni
now everyone can rest and rilex, eh dah macam iklan air asia pulak


2 orang pengkritik:

Cik Ayu said...

wa..salin kulit ye.. lebih cepat loading compare yg sebelum ni..

Nur Suhaila said...

tula terfikir nak salin kulit, asyik kulit lama je, bosan tu yang tukar

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com