Pages

Saturday, November 19, 2011

.suami idaman.


Assalamualaikum :)
hari ni sampai 2 entri menunjukkan yang aku memang gian untuk menulis
lama nor tak menulis luahkan perasaan, sorry diari maya
i sibuk sangat dengan kerja yang memang tiada sudahnya
tengok, asyik bercakap pasal kerja je kan
kahwinnya bila kan? eh tiba-tiba je kahwin, bukan apa, bulan 12 ni ramai pula yang bakal melangsungkan perkahwinan
jadi yang anak dara ni terkena la tempias sekali kan
tapi kenapa aku macam tak kisah sangat ye?
patut ke aku risau?
mungkin ya, mungkin tidak

sebab aku rasa definisi kahwin sendiri meluas
kahwin bukan sebab mahu halalkan yang haram sahaja
kalau duduk berjauhan, macam mana aku mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dari jauh?
tak kan nak telefon sahaja "Abang dah makan?Abang sihat?
Jumaat ni lepas kerja i balik tau,masakkan yang sedap-sedap untuk abang"
kalau boleh tak nak la macam tu kan
sedih kot..
aku kalau boleh, selepas penat-penat bekerja, balik rumah je, suami ada di sisi aku
tak pernah jemu melayan celoteh aku yang aku kira memang cair tahi telinga suami aku nanti..
jumaat malam sabtu sambil makan popcorn buatan sendiri sambil menonton filem The Notebook, tak pun Dear John, tak pun Love Happen..tak pon P/S I Love You dengan suami tercinta di sebelah




bangun tidur tengok suami tolong buatkan breakfast..eh comel gila macam ni
hari sabtu, masak menu baru sama-sama, belajar sesuatu yang baru..tak pon isteri masak, suami tolong basuhkan pinggan..alaa sweetnya



buat manicure dan pedicure sama-sama
buat facial sama-sama
pergi salon rambut sama-sama
naik ATV sama-sama
berbasikal bersama


berkayak bersama
naik bukit sama-sama
mencandat sotong sama-sama
gaduh-gaduh rumah nak cat warna apa



gaduh-gaduh nak susun pasu bunga dekat mana
gaduh-gaduh siapa nak cuci sangkar arnab dan kucing
tolong jalinkan rambut, minyakkan rambut, cucikan rambut
sama-sama sidai baju..


sama-sama mop lantai rumah
sama-sama tukar cadar katil
sama-sama berus bilik air
eh dah berangan sampai ke situ kan..
dan ini bukan kisah dongeng ye, dan aku tahu ramai yang akan cakap, perkahwinan tak semudah yang difikirkan
bagi aku, berkahwin itu senang tapi mahu kekalkan perkahwinan sehingga mati memang susah kalau sepanjang masa nak makan hati dengan suami/isteri..
dan tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru untuk kekalkan kemesraan tu
dan aku mahu siapa pon jodoh aku tak kira lengkap atau kurang ilmu agamanya, aku terima dengan hati terbuka sebab aku juga manusia biasa yang kadang-kala tak lepas dari melakukan kesilapan
sekiranya pilihan aku, kurang ilmu agamanya, sembahyang pun ada rongak, tak mengapa
bukan sebab cinta itu buta, bukan, tapi aku rasa alangkah indahnya selepas sah menjadi suami isteri, perkara pertama yang dilakukan adalah cuba untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah
belajar dan mendalami ilmu agama bersama sebab tahu masing-masing kurang lagi ilmu di dada
solat berjemaah berdua bersama diimamkan olehnya
mengaji Al-Quran sama-sama dan betulkan tajwid yang salah
pergi surau bersama-sama untuk dengar kuliah agama apabila kelapangan
yang jahat itu tak semestinya kekal jahat dan yang baik itu tak semestinya kekal baik tanpa cacat cela
aku pilih untuk bahagia dan gembira dengan lelaki yang aku sayang dan mampu buat aku tersenyum walau sibuk macam mana pun si dia, tapi dalam masa yang sama aku mahu kami sama-sama perbetulkan diri masing-masing dikit demi dikit
walau siapa pun pilihan kita, tak kira seburuk mana pun dia, jangan pernah sesekali berputus asa dengan pasangan tu
bagi perempuan yang memiliki lelaki yang lebih ilmu agamanya, Alhamdulillah, hikmahnya mungkin Allah mahu perempuan tu menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelum berkahwin
bagi perempuan yang memiliki lelaki yang kurang sedikit ilmu agamanya, Alhamdulillah, mungkin Allah mahu mereka sama-sama perbaiki kekhilafan diri
jadi, jangan pernah pertikaikan pilihan pasangan hidup seseorang itu walaupun memang akan sentiasa ada manusia yang bercakap
ibarat pesan salah seorang teman rapat 'kalau itu pilihan hidup kau,just go for it babe,kalau kau pejam mata dan nampak masa depan dengan dia,then Bismillah dan tawakal,jangan toleh belakang lagi'
after all, yang nak hidup itu kita dan pasangan, bukan pandangan kawan-kawan atau kenalan
manusia boleh sentiasa bercakap, tapi kita yang akan lalui susah senang kehidupan dengan pasangan masing-masing sehingga mati :)
mama pesan apa-apa yang kita buat, kena jujur dengan diri sendiri, jangan sebab fikirkan orang lain, sanggup ketepikan kebahagiaan sendiri
renung-renungkan dan selamat berhujung minggu :)

1 orang pengkritik:

Unknown said...

Cik Sue sudah diTAG

http://bila2akurajin.blogspot.com/2011/11/cik-ayu-udah-kena-tag-lorrr.html

salah le pemberitahuan 1st tadi

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com