Pages

Saturday, November 19, 2011

.Pengalaman diragut ibarat badai semalam.



Assalamualaikum :)
lama sangat rasanya aku diam menyepikan diri
i've been busy with my never-ending-works nowadays *deep sigh*
dengan keadaan hidup yang boleh diibaratkan seperti badai..
dan dengan menaip kisah hidup dalam laptop yang terlampau uzur aku kira (bayangkan sambil menaip tiba-tiba skrin jadi kelabu kemuadian ok balik macam siaran astro terganggu)
tahap hidup dan tekanan emosi aku agak tinggi sebenarnya..tinggi la sangat kan
tapi aku masih lagi mampu menikmati setiap nafas dan kehidupan yang aku lalui hari demi hari terutama dengan insan-insan yang aku sayang :)


nampak tak aku italic perkataan badai tu?
ni excited nak cerita ni
pada 13/11/11 which is ahad yang lepas, aku dan Jenet saja menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya (bukan Istana Negara ye)
ok bukan saja menonton, agak teruja memandangkan novel Badai Semalam ni merupakan novel kedua yang aku baca selepas novel Salina, itu pun semasa nak pindah rumah terjumpa buku ni dalam stor dah kuning-kuning berbau buku lama
faham tak macam mana bau buku lama?
aku selak satu per satu muka surat dan baca dengan khusyuk setiap perkataan dalam novel ini
oh lupa pula, buku yang aku jumpa dalam stor memang sangat lama kiranya macam buku sastera makcik-makcik aku dulu ni
aku memang tertarik dengan jalan cerita dan garapan isi yang disampaikan oleh penulis novel ini
memang sampai 5-6 kali juga la aku ulang balik baca novel ni sampaikan aku boleh tulis balik jalan cerita Badai Semalam ni
berkenaan dengan kisah yang berlaku di Tanjung Puteri sekitar tahun 70-an (ke 80-an??) antara Mazni dan Karim
Karim anak orang kaya, Mazni anak orang gaji..bercinta dan berkahwin
sebelum berkahwin, Karim ni kaki kelab dan perempuan kaberet dan kaki minum
tapi selepas kenal Mazni, Karim berubah
tapi selepas berkahwin, Karim ulang balik tabiat lama dan nak jadikan cerita Karim belasah Mazni sampai Mazni masuk hospital
Mazni minta cerai..dan kemudian Karim kemalangan sehingga meninggal
ini aku summary kan saja, panjang lagi cerita dia ni
dan Karim dilakonkan oleh Aaron Aziz, kau fikir kenapa aku rajin menonton kalau bukan kerana Aaron?sumpah hensem tapi kalau Remy Ishak ok lagi ;)
dan Mazni pula dijayakan oleh Kakak Erra Fazira
selepas menonton teater, tunggu juga la kan Abang Aaron keluar kan, tapi hampa je kan..
overall,aku bagi 3/5 la teater ni sebab tak cukup garam dan ajinomoto lagi :)


kawan tercinta nama Mazni juga tapi panggil Jenet :)



dan pada 13/11/11 jugalah berlaku peristiwa hitam yang memang tak akan aku lupakan sampai bila-bila di mana aku telah diragut di hadapan rumah sejurus dari pulang menonton teater dan makan malam bersama teman
ye, aku diragut oleh 2 orang lelaki india yang memang kalau aku jumpa aku langgar banyak-banyak kali lepas tu luka da tu aku perahkan dengan limau kasturi..grrrr
aku baru sahaja keluar dari kereta dan menuju ke pagar rumah sebelum melihat kelibat 2 ekor iblis ni naik motor sambil tersenyum dekat aku dan menolak aku
apabila aku terjatuh, separuh dari handbag aku ada padaku dan separuh lagi dekat india keparat ni
tindakan spontan aku adalah aku menarik balik handbag yang seprauh lagi ni
dan aku dipijak serta ditendang di perut oleh india keparat anak iblis tak guna ni
lepas ragut anak iblis ni terus pergi dengan motor honda ex5, dan aku kejar
ye, aku kejar dalam keadaan sakit
dan jiran aku di mana seorang india yang baik hati, turut sama mengejar anak iblis tak guna ni
tapi, tak berjaya
aku memang amat terkejut sampaikan lemah lutut dan badan aku sampaikan aku tak mampu untuk berdiri sehinggakan dipapah oleh housemate-ku, Hani
aku menangis atau lebih tepat lagi meraung kuat sangat sebab sumpah aku sangat terkejut dan takut
aku terlalu takut untuk kelaur rumah balik untuk ke Balai Polis untuk buat laporan kejadian ragut ni
terima kasih kepada housemate yang sanggup bersusah payah teman aku ke Balai Polis Jalan Kenari, Puchong Jaya
selepas buat report, kami pulang ke rumah dan aku masih lagi takut dan terkejut dengan peristiwa itu tak mampu untuk lelapkan mata akibat trauma
alhamdulillah, aku cuma mengalami luka ringan sahaja di tapak tangan dan lebam di pinggul serta perut
2-3 hari jugalah apabila bercakap aku terpaksa menahan sakit di perut
aku memang tak pernah bayangkan perkara ini berlaku dekat aku
sekarang ni aku memang jadi sangat takut dan trauma untuk pergi ke mana-mana berseorangan
untuk turun dari pejabat tingkat 14 ke parking basement pun aku dah tak berani macam dahulu
aku perlukan teman untuk ke sana
aku nampak fire extinguisher dekat sebelah pintu selepas keluar lif pun aku terjerit kecil sebab tekejut
lagilah apabila aku nampak pekerja india highway litrak LDP betulkan kon oren dekat sebelah aku pun aku boleh menggigil dan menangis takut
berhenti dekat traffic light dan motor berhenti disebelah kereta pon aku jadi takut juga
apatah lagi kalau terpaksa balik kerja lambat dan sampai rumah sekitar pukul 8 lebih atau 9, mahu turun dari kereta pun aku takut dan kadang-kadang terpaksa minta tolong kawan aku, Mazel, tunggu depan rumah
ni merupakan pengajaran terbesar untuk aku agar jangan berani sangat keluar seorang diri di KL ni, bukan di KL sahaja, tapi di mana-mana
bagi aku, kehidupan di KL ni memang menakutkan
bayangkan sudah 2 kali cermin kereta aku diketuk oleh seorang lelaki yang aku rasa umur dalam lingkungan 40-an yang meminta pertolongan aku untuk betulkan kereta yang rosak
nasib baik akal warask mampu berfikir kenapa aku yang perempuan di cari?bukan pemandu lelaki di kereta hadapan atau belakang aku?
dan aku hampir buka tingkap untuk membantu sebab aku jenis cepat kesiankan orang lebih-lebih lagi pakcik
tapi, apabila pandang ke kiri, pemandu lelaki sebelah kiri aku menggelengkan kepala, so something must going wrong ni kan
aku cepat-cepat bunyikan hon dan pantas sahaja lelaki itu berlalu dan ke belakang, dan peliknya lelaki tu langsung tak ketuk kereta di belakang aku di mana pemandunya adalah lelaki
sumpah aku takut dengan keadaan sekarang ni

ramai yang sarankan aku kahwin cepat-cepat supaya ada yang menjaga aku dan protect aku apabila dilanda kesusahan
*saya memang nak kahwin dengan dia tapi nanti kena berjauhan saya tak sanggup jauh-jauh tak boleh tengok muka dan mata dia*..eh tiba-tiba gatal kan
apa yang aku mampu buat sekarang ni adalah setiap kali sudah sembahyang, berdoa dijauhkanlah perkara-perkara tidak diingini dan diberi perlindungan
keluar rumah bawa senjata sendiri (pepper spray ke, payung ke, duri landak ke)
mudah-mudahan dijauhkanlah dari manusia keji dan kejam macam ni lagi..amin



dan sebenarnya aku kecewa dengan tindakan pegawai polis di Jalan Kenari, Puchong Jaya yang mana kawan aku sendiri terdengar dialog antara polis A dan polis B

Polis A : aku dah roger unit peronda lain inform kes ragut ni tapi takde feedback apa-apa pun
Polis B (perempuan) : takpe, kita dah jalankan tugas kita dekat sini, ok la tu

ok, takde la sama macam apa polis tu cakap tapi lebih kurang macam ni la
apa punya sikap ni?dah la masa nak buat report polis ni boleh ketawa-ketawa dan macam tak serius je
ingat main-main ke?
aku faham polis tu tak nak aku stress dan takut sangat tapi TAK PERLU macam ni
kalau kena dekat batang hidung sendiri atau ahli keluarga korang yang lain macam mana?
korang nak respon macam ni ke?gelak-gelak, tak serius
dan sepanjang di Balai Polis tu, memang banyak la sikap sambil lewa sesetengah pegawai polis ni aku dapat tengok
baik aku panggil Abang Long Kawasan pergi tangkap anak iblis india tak guna tu kan?
tapi terima kasih juga dekat Inspektor Lai sebab tolong aku hari tu :)

kepada wanita di luar sana, berhati-hati dengan keadaan di luar sana
kalau boleh keluar jangan berseorangan sahaja..
kalau terpaksa bawalah senjata untuk tujuan perlindungan
zaman sekarang terlalu ramai manusia kejam yang memang tak fikir perut kau sakit atau lebam apabila mereka pijak-pijak kau macam kau ni anak patung
dan ramai lelaki pervert..ok bye!


2 orang pengkritik:

aienurz shuhaimi said...

err..speechless gila..
gila sangat ko..
imagine kalau ko tgh preggy, lepas tu si-lahanat tu main sepak2 perut ko macam safee sali sepak bola..
perghhhh~
siyes, ngeri nak bayangkan..
huhuhuhu..

manusia sekarang ni dah jahat sangat..
binatang yang takde akal pun takde perangai macam tu..
:(

tapikan.. klo bwk pepper spray, lepas tu letak dlm beg pun macam xmembantu jugak..
takkan tyme ko kene attack,tyme tu terhegeh2 nak cari pepper spray dalam beg kan?
so, ak sajes, gantung pepper spray buat rantai..
siyes ni weyh~
bukan saja nak buat main2..
takpun, everytyme keluar,kene letak pepper spray dalam poket seluar..
:)

Nur Suhaila said...

aku terfikir letak dalam kocek seluar..
standby banyak-banyak pepper spray..
dalam kocek ada, dalam handbag pun ada, dalam dashboard pon ada..
ko jage diri elok-elok tau..jangan pergi mana sorang-sorang
peragut ni bukan kire orang pregnant ke, orang cacat ke, yang penting dorang dapat duit tu..

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com