Pages

Wednesday, November 2, 2011

.Jaga rambut untuk perempuan bertudung macam saya.


Assalamualaikum :)
hari ini terpanggil untuk buat entri berkenaan penjagaan rambut
memandangkan aku sudah bertudung hampir 2 tahun lebih (alhamdulillah), aku sebenarnya leka sedikit perihal penjagaan rambut ni sebab aku fikir rambut aku siapa yang mahu tengok kan
oh my oh my oh my..
silap besar di situ
sebenarnya apabila sudah bertudung-lah, penjagaan rambut itu amat penting ye
mula-mula memang alpa dan malas, padahal masa
zaman free-hair dulu kemain rajin lagi menjaga rambut ibarat menatang minyak yang penuh ;)
jadi suatu hari, seorang Hamba Allah menegur rambut aku kelihatan semakin menipis dan jarang walaupun panjang mengurai
jadinya aku terus cuak sebab tak nak jadi botak kan
esoknya terus beli conditioner dan hair vitamin
untuk syampu dan hair conditioner,aku pakai Sunsilk Hair Fall Control
selepas mandi dan keringkan rambut, sebelum tidur, aku letak Ellips Hair Vitamin
kesannya?guna jari pun boleh iollss
selepas seminggu mengaplikasikan vitamin bagai ni kan, rambut memang wangi dan mudah diurus terutama sekali aku suka ikat rambut belit-belit jadikan siput kan, buka je tudung, kalau dulu kusut masai, tapi sekarang lembut yang amat
langsung takde rambut yang terbelit-belit macam dulu
memang sangat berpuas hatilah dengan kerajinan aku menjaga rambut, tak perlu mahal-mahal pun
aku paling suka letak hair vitamin sebelum tidur sebab bau rambut yang teramat wangi sampaikan lena tidur aku kan..
rambut pun makin cantik :)
jadi,walaupun sudah bertudung,jangan sesekali lupa jaga rambut yang diibaratkan sebagai mahkota wanita ni
untuk siapa juga kan nanti,bakal suami atau suami gak kan..ok gatal




0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com