Pages

Friday, June 25, 2010

Smile :)



Minggu ini aku rasa terlalu stress dan penuh dengan kesialan!
tapi Alhamdulillah
semakin banyak aku menelaah buku ilmuan dan agama..semakin tinggi kesabaran aku
tapi panggilan telefon dari teman rapat,
buatkan airi mata terhambur keluar dengan lajunya
kepadanya aku mengadu nasib menceritakan segalanya dengan nada keluh kesah
diakhir penceritaan aku
dia ketawa
ketawa mengenangkan perangai kebudak-budakan sesetengah manusia
lantas menasihatkan aku supaya bersabar
orang yang penyabar sentiasa ada ganjaran
terlalu banyak nasihat tulus dan bernas yang aku ingin kongsikan

I. Manusia sentiasa berubah, sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Tapi bagi manusia yang berubah ke arah kebaikan selepas melakukan keburukan di zaman silam (mengata, mengumpat,menghina.mengeji), sukar dimaafkan oleh sesetengah orang walau berjuta kali meminta maaf. Timbul dendam dan keinginan untuk marah dan buli semula manusia yang telah berubah malahan lebih teruk dari perangai lama mereka.

II. Jangan cepat mempercayai cerita dari sebelah pihak dan terus bersekongkol membenci orang yang dikeji kerana kita sendiri tidak tahu kesahihan cerita tersebut. Mungkin sebagai kawan kita akan menyokong apa sahaja yang dilakukan, tetapi sebagai seorang muslim, adakah betul cerita yang disebarkan?Mungkin betul dan mungkin salah, tapi pasti 100% yang disampaikan itu benar? Tanpa sebarang tambahan atau ubahan untuk menampakkan keburukan orang yang diceritakan?Keadaan itu sudah menimbulkan keraguan dan terjerumus kepada fitnah.Lebih teruk lagi kalau kawan yang mendengar hasutan si penghasut ini, sakan bercerita cerita yang tidak tahu kesahihannya kepada orang lain sehingga menimbulkan benci.

III. Jangan menjadi batu api kepada kawan sebaliknya jadilah air. Kata kawanku, sebagai seorang kawan, dia tak mahu menjadi batu api atas apa yang terjadi, menghasut aku membalas apa yang telah 'seseorang' itu lakukan. Tapi sebaliknya dia menenangkan aku dengan cerita dan Hadith para Rasul. Menjadi batu api sama maksudnya dengan Taghut. Tahu apa taghut?Iblis yang sentiasa menghasut manusia supaya lebih menjadi marah dan berdendam.Anda nak jadi Taghut?Aku minta dijauhkan dan meminta supaya aku menjadi air menenangkan siapa-siapa sahaja.

IV. Ada manusia yang gembira dan bahagia dengan kesusahan dan kesedihan orang lain. Kejatuhan kita, kebahagian bagi dia. Bersabar.


Jadi kesimpulannya,

I. Jangan ambil kisah pun walau sedikit orang yang mengungkit cerita-cerita lama dengan tujuan untuk bergaduh dan bukan mencari penyelesaian. Mungkin si pencari gaduh terlalu memikirkan perkara dah lama sehingga menimbulkan kejahatan di hati walaupun kita tak lagi bercerita mengenai dia.

II. Tak rugi hilang seseorang itu sebagai kawan kalau sudah mencanangkan kepada ramai orang mengenai keburukan kita.

III. Paling tak rugi hilang seseorang kenalan/kawan yang terikut hasutan si penghasut supaya tidak berkawan dengan kita. Sebab orang macam ini cuma tahu teremosi dengan cerita orang lain tanpa usul periksa. Ayat best kawan aku 'Bukan masa kita susah, mereka nak tolong pon.Tak rugi pon'

IV. Berdiam diri adalah lebih baik


p/s : Aku boleh menjadi lebih jahat dengan copy paste segala mesej yang engkau hantar kepada aku untuk tunjukkan kepada semua orang jenis macam mana kau ni. Untuk lebih jahat, aku print screen mesej kau tu, semua boleh baca :). Tapi aku memilih untuk diam sebab diam itu menambahkan pahalaku. Alhamdulillah sebab berikan aku pahala untuk ke Syurga dengan bercerita kepada orang dengan niat untuk jatuhkan aku. Alhamdulillah :)




2 orang pengkritik:

biskot said...

Sabar ye kawan...benda2 mcmni bleh rosakkn hubungan sedia ada klu dilayan. satu diam da cukup tuk menjadikan cerita tu mcm angin lalu~~
kadang2 kita perlu tau kenapa kawan kita seboleh mungkin cuba terangkan keadaan diri dia, cuba slhknn sana sini sbb dia x mau kehilangan kita, kawan dia juga. cuba nk cari ruang yg bleh membenarkan diri sndiri diterima. jd, sbgi kwn, kita anggap tu kesilapn yg x disengajakn dr seorang kawan. bak kata luqman hakim pd anaknya "berkawan biar beribu, bermusuh jgn satu"...cool beb! thats the way!

Nur Suhaila said...

thanks biskut for your advice..berdiam diri lebih baik dari melawan..selagi boleh bersabar..kita bersabar jela..:)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com