Pages

Monday, January 7, 2013

.Azam azam azam!.


Assalamualaikum semua
Hari ni sibuk nak bercerita mengenai azam tahun baru memandangkan semua orang sibuk tanya apa azam tahun baru aku
Azam sudah ditetapkan semasa tahun baru Islam 1434 itu hari
Selepas tutup buku lama dan buka buku baru, aku juga tuliskan azam-azam yang ingin aku buat sempena tahun baru, inshaAllah


1. Rajin membaca Al-Quran.
- Aku harap tahun baru ini, aku memperuntukkan masa aku untuk membaca Al-Quran. Tahun lepas disebabkan taksub dengan kerja dan kerap pulang lewat, masa untuk dekatkan diri kepada Allah kurang, sebab itu hati susah mahu tenang. Tahun ini, macam mana pun aku akan cuba balik kerja tepat pada masa supaya aku dapat baca Al-Quran dengan tenang.

2. Faham dan hayati isi kandungan Al-Quran
- Kadang-kadang rasa teruk juga sebab aku tak tahu kisah disebalik setiap ayat yang Allah turunkan. Jadi aku nekad untuk belajar sikit-sikit supaya aku lebih hayati Islam ini.

3. Berusaha untuk kawal perasaan marah dan kurang sabar.
- Yang ini kadang-kadang terlepas juga rasa marah terutama kalau berada di jalan raya. Ya Allah, memang syaitan tu meloncat girang apabila darah aku menggelegak naik apabila ada kereta yang lalu jalan kecemasan la, masuk tak bagi signal la, potong suka hati la, himpit suka hati la, semua ni buat aku rasa marah, marah dengan sikap pemandu Malaysia yang walaupun masuk la tahun baru macam mana pun, tetap tak ubah sikap kurang ajar di jalan raya. Abang-abang, kakak-kakak, pakcik makcik, adik-adik, minta tolonglah ubah perangai buruk ketika memandu tu, kalau ya pun nak cepat, janganlah suka hati je langgar apa yang tak sepatutnya.

4. Berfikiran positif
- Bukan senang untuk kekal positif lebih-lebih kalau pulang ke rumah dan duduk berseorang sahaja. Masa tu la nak fikir itu ini. Benda yang tak buat pun fikir orang tu buat. Jadi itu kepentingan kena belajar sabar sebab dari sabar itu, kita mampun untuk kawal diri supaya sentiasa bersikap positif dalam setiap perkara

5. Bercakap perkara yang baik-baik sahaja
- Mengumpat, mengeji, mengutuk, semua tu wajib dibuang, samada bercakap perkara yang baik-baik sahaja atau terus berdiam diri. Bukankan berdiam diri itu suatu tindakan yang mulia?Mengutuk fizikal orang lain gemuk atau muka berjerawat atau gelap atau apa-apa sahaja yang buatkan hati kawan sakit pun wajib dielakkan. Aku memang benci gila dengan jenis orang yang suka mengutuk fizikal orang lain macam diri tu langsung takde cacat cela. Selagi kita ni manusia, jangan lupa yang asal kita ni dari tanah. Jangan lupa yang kita ni tak sempurna. Jadi, berhentilah mengutuk fizikal orang lain.

6. Banyakkan senyuman
- Muka aku ni, kalau pertama kali jumpa, orang ingat sombong sebab serius je muka. Tapi kalau dah mula bercakap, eh memang susah nak diam. Jadi aku akan selalu maniskan senyuman dan kurangkan bercakap. Kurangkan bercakap?Yela, tadi kan dah buat azam untuk bercakap perkara-perkara yang baik dan penting sahaja ataupun diam kalau takde apa nak cakap

7. Sebulan cuma sehelai sahaja baju/dress/seluar/kasut/handbag
- Untuk yang kenal aku, kelemahan aku adalah kalau jumpa baju-baju vintage berbunga-bunga ni, jadi sekarang ni untuk elakkan semua tu, aku kena gabungkan sikap sabar dan berfikiran positif, jadi setiap kali nak membeli kena ingat baju yang dekat almari tu ada banyak lagi yang tak pakai, kasut banyak dalam kereta yang elok lagi, kalau nak sangat beli pun, cuma sehelai sahaja. Kalau rasa nak beli lebih tu, silalah cakap 'Sabar sabar sabar suhaila, baju tu tak lari, berbulan-bulan ada dalam kedai tu'.

8. Banyakkan membaca buku
- Untuk sahabat yang betul-betul kenal aku, aku memang spesis ulat buku. Mesti tak percaya kan?Tapi realitinya aku memang suka sanagt baca buku. Aku boleh duduk dalam bilik sehari suntuk tenggelam dalam mana-mana buku yang aku baca. Jenis-jenis buku yang aku baca adalah novel, buku-buku motivasi dan buku keagamaan. Sekarang ni aku sangat addicted dengan buku-buku kisah Rasul, Sahabat Rasulullah, Kisah-kisah perang dan Yakjuj Makjuj. Kadang-kadang obses aku terhadap buku ni sampai buat aku larikan diri dari teknologi, lupa dah facebook, twitter, youtube, blog dan semua macamlah. Tapi tetapi itulah yang kadang-kadang buat aku rasa 'hidup' balik.

9. Backpackers
- Eeee, yang ini tak sabar tak sabar tak sabar nak pergi tempat-tempat yang sudah disenaraikan. Tak kira, tahun ni memang aku nak pergi juga jalan-jalan.

Jadi aku harap semua azam aku ni dapat ditunaikan sikit demi sikit. InshaAllah :)

2 orang pengkritik:

Badrulez Kent said...

^_^ ... hopefully semua azam awk akn trcpai ..

Nur Suhaila said...

amin,itu la,bertulis macam senang je,tapi nak laksanakan tu,payah je

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com