Pages

Monday, February 7, 2011

Tips hubungan jarak jauh

Mintak ampun maaf sebab lama menyepi
langsung tak berbelog-walking disebabkan konflik dalaman yang semakin menjadi-jadi
but life must go on no matter how stress you are..
seseorang bertanyakan kepada aku mengenai cara untuk kekalkan hubungan jarak jauh..phewww
berdebar-debar nak jawab ni
jadi, mari kita tengok senjata apa yang diperlukan untuk peperangan mental emosi berjauhan dengan pasangan anda ;)




1. Percaya

- ini paling-amat-sangat penting dalam sesebuah perhubungan, sebab kalau kepercayaan tiada, maka hilanglah kemesraan dalam perhubungan, eceh..yelaa, kalau asyik gaduh sebab tak percayakan pasangan kita, telefon bergaduh, mesej bergaduh, harmoni ke tu? tak kan?
- jadi, sebagai perempuan, walaupun kita sentiasa mencurigai pasangan kita (memandangkan ramai perempuan perampas zaman sekarang), kadang-kala kita perlu tunjukkan yang kita cool dan rilex untuk buktikan yang kita ni percayakan dia, trust me, kalau kita gelabah asyik minta mesej 24 jam sampaikan nak pergi ke toilet pon si dia perlu mesej ' sayang, i nak pergi toilet ni, i tinggal hp tau, kejap je', percayalah, kalau lelaki tu jumpa perempuan lain yang buat dia lebih selesa, tak mustahil kita ditinggalkan, jadi ingat, PERCAYA + rilex


2. Komunikasi

- komunikasi ni penting juga, jangan disimpan di dalam hati, kalau simpan-pendam-diam sahaja, lama-lama keadaan akan menjadi lebih teruk apabila anda tidak mampu lagi untuk pendam perasaan ketidakpuasan hati anda terhadap pasangan anda
- memandangkan hubungan antara kita dan si dia yang jauh nun di sana lebih-lebih lagi untuk pasangan yang telah bekerja, perbualan mengenai aktiviti seharian juga perlu tetapi kadang-kala masalah di tempat kerja, perlu kita pendamkan sahaja, bayangkanlah kalau kita dan si dia masing-masing stress di tempat kerja, si dia pula telefon kita untuk tenangkan hati yang celaru, kita pula membebel masalah kita, tak ke makin tertekan pasangan kita kan? jadi, bercakaplah hal-hal yang menyenangkan, simpan dahulu perihal masalah di tempat kerja, dan tunggu masa yang sesuai untuk luahkan masalah kepada si dia




3. I Love You

- walau sesibuk mana pon anda, luangkan sedikit masa 1 minit untuk hantar mesej ringkas 'i love you' kepada si dia, tak susah kan? benda-benda kecil macam ni sebenarnya meninggalkan suatu perasaan bahagia dalam hati si dia (yang lelaki pon kena la buat perkara yang sama ye)


4. Kurangkan merajuk

- bab-bab merajuk memang bagi dekat aku..dulu-dulu rajin juga merajuk, asyik-asyik merajuk, lepas di pujuk, merajuk balik, memang Queen of 'merajuk'..lama-lama si dia jadi bosan dan malas mahu melayan, NO NO NO! jangan amalkan tabiat buruk ni, buruk bebenor laa rupenya..tips untuk hilangkan perasaan merajuk : minta si dia MMS gambar muka paling hodoh kepada kita, jadi bila rasa nak gaduh, nak merajuk, sila tenung lama-lama gambar tu, mesti tak jadi merajuk tetapi sebaliknya terus ketawa dan memperbaiki keadaan yang hampir tegang


5. Something sweet about me

- kan dah susah nak jumpa si dia kan? apa kata kalau dapat peluang berjumpa, seminggu sebelum tu, buat kad atau surat cinta kepada si dia..surat cinta ni minta pula si dia baca selepas pulang ke rumah, atau pun buatkan cookies atau hadiahkan sesuatu, tak perlu mahal-mahal, yang penting datangnya dari hati yang ikhlas


6. Bertolak ansur

- kalau dah bergaduh, silalah masing-masing jangan ego ye, kalau perlu tenangkan emosi, tenangkan sebentar, elakkan mesej atau telefon semula si dia sehingga reda perasaan marah dan sedih..lepas dah tenang..cepat-cepat dial nombor si dia minta maaf, tak payah nak lama-lama gaduh, apa yang kita dapat? sakit hati + pembaziran air mata lagi ade la! haaa, jadi walaupun perempuan ni ingin selalu dimanja dan dipujuk, sekali sekala kena juga kite memujuk hati si dia kan ;)


7. Jangan nak merengek tak tentu pasal

- please please please, kamu jangan nakal, eh, please please puhlisssssssssssss, jangan merengek-rengek menangis-nangis minta si dia datang jumpa kita, setiap minggu nak jumpa, setipa bulan wajib jumpa, kadang-kadang si dia ada juga masalah sendiri dan perlukan masa untuk bersama dengan kawan-kawan dan keluarga..selagi kita hormati hak privasi si dia, si dia insyaAllah akan rasa selesa dengan kita dan sayang mahu tinggalkan kita yang memahami kehendak si dia



aku rasa setakat itu sahaja yang aku mampu fikirkan, mungkin lepas ini ada Part II kan..heeee
tapi aku rasa untuk menjalinkan hubungan jarak jauh dan kekal bersama, memang terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan..
tapi kalau difikirkan, sebenarnya hubungan jarak jauh ni ada hikmahnya
ialah, bila tak berjumpa, tidaklah kita menambahkan lagi dosa keluar berdua-duaan kan?
duit pun boleh berjimat sikit kan?
sabar sedikit dalam perhubungan ni, tetapi, janganlah 1 pihak sahaja yang ada effort, 1 pihak lagi duduk buat tak tahu sahaja..
bagi aku, dalam perhubungan, perlu ada kesungguhan walaupun terlalu banyak dugaan yang datang
kalau kita bersungguh-sungguh mahu hidup bersama si dia, tetapi si dia buat sambil lewa, tak guna juga kan?
sama juga kalau si dia bersungguh-sungguh tetapi kita tak sanggup mahu menunggu si dia atau pasang skandal 2-3 orang, tak jujur dengan si dia, tak guna juga aku rasa
apa-apa pun ingat, biarlah pehubungan itu berlandaskan kepada agama islam :)



7 orang pengkritik:

Anonymous said...

bagus punya tips nie....
*ai dah lama usha blog u nie. br harini ai perasan rupanya kita asal dr daerah yg sama n kita punya minat pd haiwan yg sama...

Nur Suhaila said...

thanks selalu usha belog saya ni :)
orang Muo gak ke?Muo bahagian mane?

Anonymous said...

saya dah cbe . tp , die msh xnk maap kn saya . mcm mne tu ?? ape yg prlu saya buat ??

Nur Suhaila said...

emmmm..kalau sayangkan dia dan hubungan tu..usaha lagi..tapi kalau dah takde peluang lagi..kena pasrah..mungkin ade hikmah

yik@ said...

eka ngan dia mmg duk jauh..
Eka duk Ipoh n dia lak duk kt Johor..
kalo nk berjmpa pon..mybe setahun skali je.
sbb masing2 sibuk,Eka blaja n dia lak bekerja.
Eka harap hubungan Eka ngan dia berkekalan..
doakan kebahagian kami..

Nur Suhaila said...

insyaAllah,yang penting tolak ansur dan percaya 1 sama lain,saya doakan jodoh Eka dan Si Dia kekal ke akhir hayat..amin :)

umieqaseh said...

hai!nice tip here :) sangat betul apa yg awk ckp tu.hehe.:)nk share di blog sy ye cik suhaila ..

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com