Pages

Monday, February 28, 2011

Kurus ke, gemuk ke, kita tetap cantik




Dear Cik Sambal,

Nampaknya permulaan tahun 2011 tidak menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan untuk diriku.
Satu persatu masalah dan ujian yang datang menimpaku tanpa ku pinta, tapi semua ini ujian dari-Nya mungkin dari kesalahan aku pada masa lalu? Siapa yang tahu bukan?
Bulan lepas sahaja, ALI meragam sampai memerlukan aku keluarkan sejumlah wang bagi memberikan kaki baru kepada beliau

Notakaki : ALI merupakan kenderaan rasmi berwarna hitam ;)

Dan semalam pula, telefon bimbit kesayangan hilang dari pandangan mata, tink!
Mungkin aku terlalu cuai sampai terhilangkan telefon tersebut.
Sesetengah orang mungkin akan ketawakan aku menangis akibat kehilangan telefon bimbit buruk tu, yela, butang # dah tercabut, kulit dah terkopek-kopek, siapa yang mahu bukan?
Tetapi telefon bimbit itu punyai kenangan yang amat mahal.
Hampir 4 tahun aku gunakannya, susah senang, dia sentiasa ada
kejutkan aku solat subuh, kejutkan aku bangun tidur, merdukan halwa telinga aku tatkala kebosanan,hurmmm :"(
Dan juga banyak gambar kenangan di situ, terlalu banyak.
Ada juga yang cakap 'Alaaa, be positive babe, dulu berat hati kan nak tukar guna blackberry / iPhone kan?Sekarang dah boleh beli'
Entah kenapa aku sedih betul, mungkin aku jenis sayangkan barang-barang aku
Takkan-lah semasa tingkatan 3, semasa jarum mengait aku hilang, aku menangis teresak-esak, dan semasa aku dalam darjah 6, kotak pensil aku hilang pon aku menangis macam orang mati laki (teringat Arwah Tokmak sebab ni ayat fevret dia)
Semalam pon dalam kereta, macam tahu-tahu je mendung hatiku ini, lagu yang diputarkan pon sedih-sedih, Since you been gone lah bagai, makin keruh hati aku ni
Tapi aku redha, walaupun rasa kecewa sebab aku cuai, tapi aku pasrah
'Kini akuuuuuuu pasrah, dengan segalanya' (nyanyikan dalam irama lagu Erra Fazira ye)





Tarik nafas dalam-dalam sebelum tukar topik sambil lap air mata, haihhh



Sejak 2 menjak ni, aku betul-betul malas mahu update apa-apa dalam ni
konon sudah berjanji mahu menulis banyak
entahlah, jin malas semakin banyak dalam diri aku ni, haihhh
tapi hari ini aku gagahkan juga disebabkan ada yang menegur kenapa aku dah lama tak menulis
Touching gak rasa sebab ingatkan tak ada orang baca belog ini, maklumlah, aku bukan rajin sangat update belog, aku pon takde bergambar dengan artis tempek muka di belog ni, aku pon tak fames nak kawan-kawan dengan orang fames, alaaa, follower pon 28 orang je pon, tak sampai 10k nak tempel-tempel dekat belog ni,
Tapi sebab aku rasa tujuan aku buka belog ni dulu pon sebab aku suka menulis, aku mahu salurkan rasa kecewa aku, rasa marah aku, rasa gembira aku dengan cara ini
Lagi pun aku dah lama menulis belog ini, sebelum semua orang kecoh-kecoh nak dapatkan duit guna belog lagi, aku sudah mula menulis, cuma kadang-kadang aku geli / benci baca entri-entri dalam belog ini, tu yang aku delete semua macam dalam ni
Tahniah juga aku ucapkan dekat blogger-blogger baru yang walaupon baru jengah-jengah ke dalam dunia belog ini, dah mampu mencapai bilangan follower yang ramai.
Aku?masih belajar merangkak sebab aku lebih sukakan kesederhanaan :)
Lagi pun aku tak terlalu fokus untuk menjadi glamer ni, nanti bila kena kutuk, melenting pula, baik aku berada dalam golongan sederhana sahaja



Walaupun aku jarang update belog aku ni, tapi aku tetap rajin menonton Oprah
Tak pernah terlepas, maklumlah kan, dah last season (sedih sikit)
Tapi aku rasa aku nak menulis kepada Oprah lah, nak minta beliau datang Malaysia (heh, berangan je kan, macamlah Oprah nak layan surat aku ni)
Alang-alang dah sebut nama Oprah ni, aku nak kongsikan 1 Episod berkenaan diet dan berat badan
Aku suka betul dengan intipati dan mesej yang mahu disampaikan
Serius, aku seorang yang sangat obses dengan berat badan
Kalau aku makan banyak sehari tu, memang banyaklah senaman yang aku buat
Mungkin aku dikelilingi dengan manusia yang pantang kalau-kalau badan kecil aku ni mahu membesar sedikit dengan sihat, mesti ada sahaja mulut-mulut ringan menegur 'Ish, gemuk dah kau ni sekarang'
Apa lagi, terus aku diet bermati-matian
Lagi pun dahulu, berat badan aku dalam 32kg dengan ketinggian 150cm, sihat ke idak tu?Idak la kan?
Apabila rasa nak gemuk sikit, dah mula makan banyak sikit, nak gembira sikit, ada sahaja yang cakap aku gemuk, macam gemuk yang wajib aku join The Biggest Loser Asia
Sampaikan kawan-kawan aku yang bersaiz normal tegur 'Celah mana gemuk Suhaila oi, kalau kau gemuk, kami ni obesiti-lah ye'
Tapi selepas menonton Oprah, aku sedar yang tafsiran mengenai bentuk badan dan cantik itu sangat subjektif.
Aku baru sedar yang tak kisah-lah macam mana bentuk badan kita, apa yang penting kita rasa selesa dengan diri sendiri dan cara pembawakan diri kita ketika berhadapan dengan umum.
Mula-mula sakit hati juga kalau ada yang suka perli-perli cakap lengan kita besarlah, peha kita kembanglah, tangan kita chubbylah
Tapi end up dengan aku berfikiran positif dengan menganggap bahawa yang suka memerli kita ni, sebenarnya cemburu dengan kejayaan dan kehidupan kita, jadi, disebabkan mahu menutup kelemahan dan kekurangan diri sendiri, mereka ni kutuklah orang lain.
Jadi siapa sebenarnya yang kalah?
Selama 25 tahun ni, aku belajar untuk kekal kuat dan positif untuk kecapi hidup yang bahagia
Walaupun kadang-kadang menitik juga air mata apabila ujian melanda, tapi aku masih lagi kuat untuk berdiri dan teruskan bergerak dan maju ke hadapan
Jadi, apa yang penting, kita berperangai cantik, selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif, maka orang tengok pun, tak kelip-kelip mata mereka, eceh



Notakaki : Kalau badan besar, kaki besar, perut buncit, semua boleh diubah dengan amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam, tetapi kalau mulut jahat / bau longkang, basuh dengan Fabuloso pon tetap bau busuk, ouchh!




p/s : semalam terserempak dengan Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) di Charles & Keith dengan seseorang, sejuk mata memandang terpancar keimanan, sampaikan seorang teman rapat blushing mukanya (haha!)

6 orang pengkritik:

AsmidarTodt said...

suka part yang sederhana tu.. :) well LESS IS MORE!

Nur Suhaila said...

yes, less is more, jangan terkurang atau terlebih kan?anyway, thanks sebab sudi singgah di sini :)

Unknown said...

jgn la sedih su..i da jd follower u yg ke-29;-P

Nur Suhaila said...

heheheheehehe..u ni buat i ketawa je tau, mane jumpe belog i ni?

Unknown said...

u kn guna pc i.. ofcos la rete karun u sume ade dlm nih. i baru nk berjinak2 berblog nih. saya budak baru belajar

Nur Suhaila said...

hehehehe, takpe2, nanti lame2 u lebih teror dari i ;)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com