Pages

Tuesday, February 8, 2011

Saya sayang mama saya, ayah saya dan adik-adik saya..titik!



Cuti 4 hari dirasakan terlalu singkat untuk aku yang duduk di Kuala Lumpur pulang ke Muar dan menghabiskan masa dengan keluarga tercinta
padahal Kuala Lumpur - Muar 2 jam, tetapi disebabkan mahu berjimat sempena hari lahir Ali pada bulan 3 ni, jadi aku tak boleh suka-suka balik Muar macam dulu (sabar-sabar sampai bulan 3 je)

nota kaki : Ali adalah encik viva kesayanganku :)



Muar, syurga makanan ;)


hari pertama dimulakan dengan makan segala adik-beradik seafood di kedai kegemaran
sudah tentulah kedai ikan bakar mama dan ayah tersayang :)
ikan pari bakar sambal, cencaru bakar cicah sambal kicap, sotong goreng tepung, kerang bakar / rebus, asam pedas dan baaaaanyak lagi!
ehem promote sikit
kalau datang Muar, silalah singgah di Medan Ikan Pakar Parit Karang
sedap hingga menjilat jari di Kedai No.2
mungkin mama masak dengan penuh kasih sayang sebab memasak memang hobi utama mama dan kebanyakan masakan mama dibasuh bersih dan dimasak bersungguh-sungguh sepenuh hati
memang dah lama mama inginkan sebuah kedai ikan bakar
diam tak diam, 2 tahun sudah bertapak di sana
santau? syaitan? jin? macam-macam sudah dihantar kepada mama, tapi alhamdulillah, Allah pemberi rezeki dan rahmat dan maha pelindung, sentiasa melindungi mama dari gangguan syaitan..
setiap hari aku pesan supaya bersabar, insyaAllah ganjaran orang yang bersabar ini besar :)
tapi jangan takut nak makan di sini cuma nak pesan, nak makan jangan sesekali lupa baca doa makan ;)




hari kedua di sana, kami ke rumah kawan baik arwah Tok Pak iaitu Ah Tun
dulu-dulu Ah Tun ni buka kedai roti bakar
sedap sangat, bakar pakai arang, potong jadi segiempat tepat, sapu kaya buatan sendiri dan marjerin (meleleh air liur terbayangkan betapa sedapnya roti bakar ni)
masa kecil-kecil memang tak tinggal roti bakar ni, rajin ikut arwah Tok Pak pergi minum kopi ni
tapi selepas Tok Pak meninggal, kedai roti bakar pon ditutup
sekarang ni Ah Tun dah senang, anak-anak semua dah berjaya, setiap tahun apabila tahun baru cina mesti dia buat rumah terbuka dan setiap tahunlah muka kami anak-beranak ni ada dekat rumah dia, hahah!
setiap tahun juga aku tanya soalan yang sama 'Uncle, u don't have roti bakar meh?'
memang bila nampak muka aku je, aku tak sempat nak tanya, dia dah jawab dulu
walaupun roti bakar takde, tapi disebabkan ada sate sebagai hidangan utama, dapatlah aku mengubati kedukaan hati lara kempunan nak makan roti bakar

nota kaki : orang Muo pagi-pagi memang sarap (breakfast) sate, tu yang pelik tapi benar :)



duduk Muo ni aku memang tak boleh tertahan-tahan nafsu makan
balik-balik makan, al-maklumlah kan, masakan emak :)
tapi adik yang seorang ni kalau dia balik sekali, memang rajin buat berjenis-jenis kek
tapi paling kegemaran aku, kek coklat, gulp (telan air liur)
terbaik dari baka En.Ahmad dan Pn.Norlela!
terus dapat idea nak buat bisnes kek raya tahun ni, tungguuuuuu





jadi ingat, jangan lupa datang kedai ikan bakar emak kesayanganku
pertama kali datang kalau cakap kawan Suhaila, mesti mama bagi diskaun
tapi jangan datang atas pukul 9 sebab ada karoke yang bakal pecahkan gegendang telinga anda
sabar jela berjiran dengan manusia macam ni, bila tegur, makin menjadi-jadi
cuma diminta jangan apa-apakan keluarga aku, kalau jadi apa-apa, siap aku bakar semua kedai dekat situ *muka garang
sekian sahaja untuk hari ni, bye!

2 orang pengkritik:

kak ayu said...

dkt ngn umah aunty i kt tmn mulia tu

Nur Suhaila said...

yeke..datang la situ..hee ;

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com