Pages

Monday, January 24, 2011

Hari menghabiskan duit, bagus!

Sabtu yang lepas, aku, Nabila dan Ain aka Kusam berjaya membelanjakan duit dengan borosnya di Chic Pop Street Market 6, Jaya One Petaling Jaya
jangan cakaplah kami tiba di sana pukul berapa
12.00 tepat muka kami sudah terpacul di situ disebabkan ketamakan diri yang tak mahu terlepas beli barang kesukaan
ramainya fashionista yang aku jumpa di sana
mahu bergambar, tetapi kenapa aku semacam malas pula, mungkin akibat terlampau teruja mencuci mata dengan galaknya di sana (ehem, mencuci mata tengok baju dan kasut ye)
jumlah duit yang dilaburkan, syhhhh rahsia, tapi memuaskan hati sangat
dengan harga yang murah, aku berjaya grab baju + seluar + kasut kegemaran yang memang dah lama aku cari
balik sahaja ke rumah, kepala mula pening sebab baru tersedar dari pengaruh nafsu membeli-belah, hehe!
kenapa sakit kepala? sebab aku baru sahaja berazam untuk tidak ber'shopping mengikut nafsu
beli yang perlu sahaja
tapi aku rasa tapered pants dan harem pants itu keperluan..lalala
tapi betullah, kena menyimpan ni, aku nak kahwin wooo, kalau takde saving, tak ke naya tu jadi anak dara tua, haihhh simpang malaikat 44!
sekarang ni aku dah mula buat budget 2011
aku kena menahan diri dari godaan baju + seluar + kasut, kiranya macam drug addict la kan tak dapat dadah meleleh air liur, aku tak dapat shopping sampai rasa nak pengsan, ok tipu tak pengsan tapi pitam je






Tapi malam tu, bagi hilangkan kegusaran hati dan kesusahan untuk melelapkan mata,
aku kemas bilik aku yang agak berserabut tu
selendang aku gantung-susun cantik-cantik
baju aku sangkut ikut kategorinya (siap ada kategori kan)
tiba-tiba aku terfikir, kalau dah kahwin, suami aku bagi tak aku pakai sesetengah baju ni
aku rasa kalau dah menjadi isteri, aku mungkin akan pakai long skirt macam di atas (kena beli banyak-banyak ni), seluar yang tidak ketat yang menampakkan bentuk kaki, tapi masih lagi bergaya..belum apa-apa dah berangan
tapi aku sudah ada design baju pengantin sendiri, kad kahwin pun dah ada design-nya
yela, kena-lah buat persiapan awal kan, bolehlah tahu tetiap bulan nak menyimpan berapa hengget kan..
bagi yang tak tahu, umur aku sudah 25 tahun dah ni
tahun ni pula ramai bakal akhiri zaman bujang
aku macam tertampar juga la kan





nak saving katanya, haihhhh
segar mata memandang kawan-kawan baik yang tergantung ni


2 orang pengkritik:

Unknown said...

hello dear, hope you had fun at ChicPOP :) btw do you mind changing the link of Tapered Pants & Harem Pants to this: http://sputnik--sweetheart.blogspot.com/2011/01/loose-fitting-pants-hijab-friendly.html

coz takut readers tak jumpa pulak if i dah banyak update post nanti. Thanks once again for referring to it, sangat appreciate <3

Nur Suhaila said...

hai kak ami!
OMG!i'm sooooooooooooo happy to get your comment in my blog..love.love.love.love and so much love for you :)
how come i did't saw you at ChicPop?haihhh, bot so lucky-lah :(

orait, done it ami :)))

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com