Pages

Tuesday, January 10, 2012

.Terukir di bintang.



Assalamualaikum semua :)
lamanya rasa tak adakan luahan perasaan secara maya di sini..eceh
yelah, selalunya telinga kawan baik aku-lah yang sanggup mendengar luahan jiwa aku ni ;)
permulaan 2012, ada khabar suka dan duka
yang pertama, bebanan kerja makin meningkat dengan pertukaran jawatan baru
*cough naik pangkat*
maka dengan ini, memang aku selalulah turun ke site die sekitar Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu :)
dan awal tahun baru-baru ini, aku sudah ke Terengganu dan Pahang
paling tak percaya, aku drive alone by myself ke 2 negeri tersebut selama seminggu
*mendabik dada*
dan paling best aku drive ke Terengganu tanpa lesen, maksudnya di situ lesen P aku dah tamat
nasib baik pagi tu tanpa berlengah-lengah selepas sarapan nasi dagang ayam bakar, aku ke JPJ Gelugor, eh ke JPJ Chukai entah untuk hidupkan lesen
dan dan dan, alhamdulillah, dah tamat lesen P woo dan sekarang aku sudah dapat lesen besar maaaa
3 hari aku di Kemaman memang sangat heaven sebab dibawa makan nasi dagang + tomyam + roti tempayan
owh i love food, food makes me happy, sebab tu rasa heaven di sana, elelele
aku dapat bayangkan kehidupan aku sebagai orang sana, tetiap pagi sarapan nasi dagang, eh tiba-tiba je
tapi aku lagi suka jadi orang Muo sebab pagi-pagi boleh makan satay :)


tahun ni juga kalau boleh aku nak kahwin
kalau tak kahwin, nak bertunang
kalau boleh tak nak bercinta lama sangat sebab nanti bertambah dosa aku yang sedia ada ni T_T
bercakap macam nak kahwin tu senang je kan?tapi agak terasa sebab kawan-kawan ramai yang dah berkahwin, tak pun bertunang
makin terasa semua macam tengok aku ni tak layak je untuk kahwin
sumpah sedih *kesat air mata*
aku rela tunggu untuk 1-2 tahun lagi, tapi jangan la sampai 3-4 tahun lagi kan
umur pun makin meningkat, 26 tahun ok??!!!
tapi badan je kecil, tak tinggi-tinggi
tapi berat maintain 45kg je
tapi, kalau boleh, aku nak kami stabil dahulu, kahwin ni bukan untuk setahun 2 tahun, tapi aku nak bakal suami pimpin tangan aku sampai ke syurga
dah tua pon makan suap-suap, pimpin tangan ke hulu hilir
hidup bersama, mati berdua (tapi yang mati berdua ni ketentuan takdir)
aku pun tak nak ulang perangai lama yang asyik kuat merajuk, berfikiran negatif, kuat cemburu, aku cuma mahu tenang sahaja ikut ketentuan Allah
tapi apa yang penting, aku mahu layan dia dengan penuh kasih sayang supaya dia rasa dihargai dan penting dalam hidup aku
untuk bakal suami, di mana pun awak berada, kalau awak terjumpa atau terbaca belog saya ni, tak kira-lah awak kurus keding, rupa awak macam apek cina mata sepet ke, tinggi awak tak sampai 170cm ke, saya nak awak tahu yang saya berjanji akan jadi isteri paling taat, paling setia (kalau awak hargai saya), paling pandai masak, paling comel, paling penyayang untuk awak
sebab you deserve to be treated like a king :)



dan tahun ini juga, aku mahu menghindarkan diri dari sebarang unsur tenaga dan aura negatif daripada mengalir masuk dalam fikiran aku ni
aku mahu kekal positif
kekal kuat, kekal bersemangat!
dan aku mahu menghargai setiap hari yang aku lalui walau sekuat mana pun tekanan yang sedang aku lalui

2 orang pengkritik:

Unknown said...

wahh..naik pangkat.. tahniah.. moga tercapai hajat nak kawin tahun ni. aminnn

Nur Suhaila said...

heee..thanks kak ayu
doa-doakan la ye :)

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com