Pages

Friday, January 27, 2012

.Dari sudut hati bahagia.



8 tahun setengah lepas
Aku lihat dia ketika hari pertama mendaftarkan diri di Matrik Arau,Perlis
dengan rambutnya sedikit kerinting,mukanya yang putih sebiji macam orang Jepun dan stailnya yang selamba,buat aku terus jatuh cinta pandang pertama


dan bermula hari itu aku bagi dia gelaran 'unta'
ye unta,sebab cara jalannya yang tak jejak sangat ke bumi =.='
hari berganti hari, minggu berganti minggu, aku cuma mampu lihat dia dari jauh je dalam dewan kuliah
nak dijadikan cerita, kami mula kenal apabila secara kebetulan 3 kali memakai baju kurung/baju melayu yang sama warna dan material apabila menghadiri jamuan rasmi di matrik
dan bermulalah episod suai-kenal, dan tanpa dia sedar, aku telah pun jatuh hati dengan dia
hari yang cerah tak sentiasa terang,atas sebab-sebab tertentu,kami putus sahabat selama hampir 2 tahun
setelah hampir 2 tahun tidak berhubungan langsung, pada hari lahir aku yang ke-21, si dia memberanikan diri untuk menelefon aku
hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu
tapi sayangnya, aku sudah dipunyai oleh seseorang
hari,minggu,tahun,panas,hujan silih berganti dan kami tetap menjalankan kehidupan seperti biasa
dia dengan kehidupannya, aku dengan kehidupanku
dia dengan pasangannya, aku dengan pasanganku
cuma ambil tahu hal masing-masing dengan stalk friendster 1 sama lain (untuk bahagian aku)lama kami diam, lama kami tidak bertegur sapa kecuali ketika hari lahir masing-masing
dan diam kami itu sehinggalah tamat hari terakhir kami bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi di universiti masing-masing
pertengahan tahun 2009, aku mulakan kehidupan sebagai seorang jurutera projek di salah sebuah syarikat di seri kembangan dan dihantar ke Rompin untuk projek di sana
ketika pulang cuti hujung minggu, nak jadikan cerita, tiket bas balik ke Rompin dari Pudu telah habis dijual
yang tinggal cumalah bas ke Kuantan
hampir menangis aku mengenangkan esok aku kerja dan bakal dimarahi bos sebab tiada siapa di tapak projek Rompin
dan aku cuma terfikir seorang sahaja iaitu si dia
pantas tangan aku dial nombor si dia untuk minta tolong ambil aku di hentian bas kuantan
dan untuk pertama kali sejak kali terakhir aku jumpa dia pada tahun 2005, aku dapat lihat semula muka cina yang paling aku rindu selama ini
dan kami berhubungan kembali tetapi cumalah sebagai seorang kawan sahaja memandangkan masing-masing sudah punyai hubungan dengan teman istimewa
sekitar tahun 2010, aku bekerja di Putrajaya dan si dia bekerja di Batu Pahat
aku bekerja di Kementerian Kesihatan sebagai klien dan si dia bekerja sebagai kontraktor yang membina hospital =..='
dan kali ini, aku larikan diri dari si dia semula
aku hilang macam tu sahaja tanpa sebab
pada tahun 2010 juga si dia langsung tak wish hari lahir aku disebabkan kami perang besar ketika itu
memang lama jugalah masing-masing bawa diri
pada tahun 2011, aku bekerja di MN*S sebagai Koordinator Projek di Kerteh
dan tahu-tahu sahaja si dia sudah pun berhenti kerja di Batu Pahat dan bekerja di Kemaman
dalam hati cepat aku tangkap 'Jodoh ke ni?', tapi aku pendamkan sahaja sebab ketika itu aku serius menjalankan hubungan dengan seseorang
pada bulan puasa tahun 2011, dan ketika hati aku sedang terluka untuk sebab peribadi yang aku rasa terlalu sulit untuk aku ceritakan di sini, si dia datang semula dan buat perasaan yang dah lama hilang dulu, datang berputik kembali
aku cuba buang jauh-jauh perasaan itu dan tidak melayan hasutan hati yang mana hari demi hari buat aku rasa semakin bahagia
aku cuma ikut sahaja apa yang telah ditetapkan, just go with the flow
kami tak pernah langsung membincangkan mengenai hati dan perasaan masing-masing
apa yang kami lakukan adalah cuma bertanyakan khabar dan perihal kerja
tapi aku tak terburu-buru buat keputusan
lama aku berada dalam keadaan keliru lebih-lebih lagi aku dalam keadaan terluka ketika itu
aku berfikir adakah betul apa yang berlaku dalam hati atau pun aku ikutkan nafsu dan perasaan?dan aku buat keputusan, keputusan sendiri tanpa fikirkan siapa-siapa tapi untuk diri sendiri
hari yang aku lalui, sentiasa dengan solat istikarah tapi tidak ku temui mimpi sebagai petunjuk tapi lebih kepada gerak hati
and on one fine day, i close my eyes and suddenly i saw him and his family smiling at me
tiba-tiba aku dapat bayangan tentang hari-hari yang akan aku lalui dengannya kelak
from that moment, aku tak toleh ke belakang lagi, dan dengan lafaz bismillah aku terus pegang dan genggam erat tangan si dia dan terus melangkah ke hadapan


alhamdulillah pertemuan pertama dengan seluruh ahli keluarga si dia berjalan dengan sangat lancar
aku rasa seperti berada dalam keluarga sendiri dan langsung tak rasa seperti orang luar
berbual dan gelak ketawa ibarat sudah bertahun lamanya kenal
dan aku kena ingatkan diri sendiri yang aku sebenarnya berada di dalam rumah si dia dan bukan di dalam rumah aku atau saudara-mara aku memandangkan aku terlalu selesa dengan ibu dan adik-adik perempuannya
paling aku rasa sebak ketika nenek si dia peluk erat dan cium pipi aku sebanyak 3 kali memandangkan aku sudah lama tiada nenek, dan ye, aku sangat selesa berada di rumah nenek si dia, mungkin disebabkan terlalu banyak bunga orkid dan bunga kertas yang membuatkan aku rasa seperti berada di rumah arwah tok mak dan tok pak
dan sebenarnya aku lalui semua ini tanpa si dia di sisi memandangkan si dia bekerja pada hari tersebut
orientasi aku dan seluruh ahli keluarganya dilakukan aku sendiri, i'm so proud of myself!
penting untuk aku rapat dengan ahli keluarga si dia terutama ibunya sebab bagi aku, katalah kalau aku berkahwin, takkan aku nak berkepit je kan dengan suami aku, ibu mentua nak letak mana?jadi aku anggap ibu si dia sebagai ibu aku sendiri
aku nak berkahwin bukan dengan dia sahaja tapi dengan ibu dan seluruh ahli keluarga si dia juga
dan alhamdulillah, aku rasa sangat dialu-alukan dan aku boleh bayangkan masa depan aku dan si dia
dan sampai ke hari ini, aku masih lagi terasa seperti mimpi yang aku sudah pun bertemu dengan keluarga si dia
lama aku renung muka si dia, betul ke tidak ni
paling rasa hampir tak percaya, inikah lelaki 8 tahun lepas yang aku jumpa di matrik Arau dan lama terpisah, kejap ada kejap tiada ibarat chipsmore?
setiap hari bangun tidur aku doa supaya anugerah yang satu ini dari Allah tidak ditarik dari aku
dan walaupun aku ada kecewakan hati ramai orang, aku tetap melangkah dengan bahagia
perasaan sayang dan cinta itu satu anugerah dari Allah yang kadang-kala kita sendiri tak pernah terlintas akan bersama dengan seseorang itu
dan sekarang, aku hargai hari-hari yang aku lalui dengan si dia tanpa rungutan
sekiranya jodoh aku dan dia tidak panjang (minta dijauhkan), aku masih lagi boleh tersenyum lebar sebab diberikan kesempatan untuk bersama dengan si dia
tapi aku doa supaya jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga kerana aku mahu dibimbing dan membimbing sebagai seorang isteri
mungkin ramai yang tak faham dan tak mengerti kenapa si dia yang menjadi pilihan aku
ada juga salahkan aku tak menghargai yang seorang lagi
but i don't owe any explanation to anyone
sebab orang boleh nampak dari luaran yang aku bahagia dahulu, dalam hati orang pernah cuba untuk lihat?
aku menangis hampir setiap malam sebelum tidur, ada orang nampak?
dan aku tak perlu bagi penjelasan kepada setiapa pun tentang tindakan aku kecuali teman rapat susah senang aku yang selama ini berkongsi suka-duka bersama aku
dan aku sedikit pun tak pernah menyesal dengan keputusan aku
cinta dan sayang satu angerah Allah, terpulang kepada diri sendiri untuk hargai dan baja dengan lebih subur
sesetengahnya apabila sudah dapat, sudah rasa mencukupi tanpa lakukan sebarang usaha lagi
tapi mereka tak sedar Allah juga boleh menarik balik rasa cinta tu apabila kita tidak lagi hargai anugerah terindah dari-Nya, dan ya, untuk kekal sampai ke syurga bukan perlukan sekadar cinta tapi perlu seiring dengan agama
dan aku pilih untuk seimbangkan kedua-duanya, cinta dan agama
agama boleh ditambah, disemai dan dipupuk dengan lebih mendalam lagi
lebih indah kalau sama-sama belajar mendalami ilmu itu sendiri
dan setiap hari tak pernah aku lupa untuk berdoa supaya hati kami sentiasa bersama-sama berada pada landasan yang diredhai Allah
terima kasih Ya Allah untuk kurniaan ini
:)

2 orang pengkritik:

aienurz shuhaimi said...

*thumbs up*

ingatkan ada gamba dia..
:)..
hehehhe

Nur Suhaila said...

gambar exclusive la awek
tunggu gambar kahwin terus ;p

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com