Pages

Thursday, March 17, 2011

Update kurang laju

Ok, kita sambung berkenaan cerita semalam
pagi-pagi lagi dah mengadap Tan Sri, phewwww, lega rasanya sebab 1 kerja dah habis
tinggal 2 lagi kerja yang memang aku pulun nak buat sebelum minggu ini habis
ok ok, mesti ramai tertanya-tanya apa kerja yang aku buat sampai perlu cat muka sebegitu rupa
mula-mula aku mahu bercerita mengenai pengalaman menjadi volunteer di Zoo Negara
sumpah aku memang dah lama tunggu nak bersihkan kandang-kandang di Zoo Negara, dan paling menarik, memang aku tak pernah jejakkan kaki ke Zoo Negara, memang salah satu impian aku adalah untuk ke Zoo Negara dan impian dimakbulkan!
jadi pada 4/4/2011, aku dan beberapa rakan kerja telah melawat ke Zoo Negara sebagai salah seorang volunteer sebelum majlis pelancaran anak angkat TM diadakan pada keesokan harinya
kiranya macam kami ni pergi untuk training dulu la..
aku memang malam tu tak boleh nak tidur sangat sebab excited yang amat!
keesokan paginya tu, aku bangun sambil tersenyum lebar sebab tak sabar nak berkhidmat untuk binatang :)
sampai sahaja di zoo, tak sangka kena bersihkan kandang singa..SINGA OK?sin ya nga alif (eja Jawi cepat!)..Lion..memang terbeliak anak mata sebab terlebih teruja perasaan aku ni
sebaik sahaja kaki kanan jejak ke kandang tersebut, terdengar bunyi singa sedang mengaum, for real ok, 10kali bertambah keterujaan aku ni
apa lagi kan, teruslah tukar ke but getah, ambil sarung tangan dan terus masuk ke exhibition hall
note : exhibition hall adalah tempat pengunjung melihat binatang, yang ada sungai, kayu-kayan untuk mereka berehat


posing dulu sebelum bersihkan kandang ;p

aku rasa aku bersihkan dengan bersungguh-sungguh kandang singa tu sebab aku tolong fikirkan perasaan singa tu, maksud aku, yela, kita pun tak suka kan kalau bilik kita kotor, bersepah-sepah, mesti rasa nak marah je, jadi untuk buat singa gembira, aku bersihkan kandang dengan bersungguh-sungguh
oh, ada 4 ekor singa, Malai + Kani + Kinta + Anon (sebab terlupa nak tanya apa nama singa yang seekor)
sambil bersihkan kandang, singa-singa menghendap melalui lubang-lubang di celah pintu, 'gulppp, awak lapar ye singa?' kata suhaila di dalam hati sambil pura-pura fokus buat kerja


terjumpa pula tulang besar semasa sedang menyapu, gulp kali kedua, tapi terus hilang fokus sebab nak kaji tulang tersebut, ecehhh
sebelah kandang singa, ada si Tapir, seekor nama Tuah, seekor lagi Tisi, jadi korang boleh tahu kan mana satu jantan betina kan
sebagai tanda pengenalan, si Tuah kencingkan aku ok, tapi kami dipisahkan dengan pagar la kan
selepas merehatkan diri dan makan untuk dapatkan tenaga yang cukup, kami bersihkan pula kandang kedua di mana singa-singa akan ditempatkan di sini pada waktu malam, kira macam bilik dia la ni, yang exhibition hall tu kira ruang tamu la ;p
masuk je kandang pertama, di mana bersebelahan dengan kandang kedua, aku memang teruja gila sebab singa di kandang kedua tak dilepaskan akibat masalah kesihatan, jadi sambil cuci kandang pertama, mata memang tak lepas tengok singa dalam kandang kedua
besar sangat singa rupanya, selama ni tengok dalam tv tak nampak besar, tengok dekat Zoo Melaka dari jauh je pon, kali ni depan mata, ya ampun, besar yang amat!
tapi mahaf la ye, tak mampu nak tempel gambar singa dan tapir, nanti kena saman ok..




pada 12 dan 13 haribulan 3 tahun 2011 pula, kami ke Tanjung Tuan pula untuk Raptor* Watch 2011
apa dia Raptor* Watch bagi yang tak berapa nak tahu sangat, raptor* watch adalah aktiviti pemerhatian penghijrahan burung-burung pemangsa ye adik-adik seperti burung helang, burung hering, burung hantu, kiranya macam burung yang ada kuku tajan, karnivor dan paruh yang tajam ok?
kenapa burung-burung pemangsa ni suka sangat pergi Tanjung Tuan ni? sebab Tanjung Tuan ni la daratan pertama yang burung-burung ni jumpa selepas dah terbang merentasi Selat Melaka, jadi kira pit stop la untuk cari makanan dan berehat
dekat Tanjung Tuan ni, yang lalu dekat situ adalah burung helang sahaja, rasanya
kalau nak tahu, bukan ratus, tapi puluhan ribu burung yang dapat kami spot, terbaik!
dan helang ni banyak spesis kan, kalau kita tengok burung terbang, nampak sama je kan dari bawah, tapi sebenarnya banyak jenis burung yang terbang
kakak maya karin pon ada juga sebagai duta Raptor Watch kami ni, memang setiap tahun beliau ada bersama kami walaupon cuma sekejap sahaja, tahun ni tak dapat bergambar dengan Maya Karin, al-maklumlah, aku jadi guru mengajar kanak-kanak buat layang-layang..elelele
sebelum terlupa,berkaitan dengan gambar dalam entri sebelum ni, sebenarnya aku mahukan lukisan Barn Owl di muka, tapi selepas semua tak dapat cam spesies burung apa aku ni termasuklah Bird Expert, sampai nak down dah, akhir sekali datanglah kanak-kanak panggil aku 'Acik Pingu', tengok, kanak-kanak juga yang dapat tengok muka aku spesies apa ni
terus semua orang belek-belek balik dan setuju aku bukan Barn Owl tapi sebenarnya Penguin Madagascar, yeyyy!!
paling kelakar, ramai juga la budak-budak kecil yang nangis kan tengok aku, aku dah senyum secomel yang mampu tau, tapi tetap takut, haihhh
Acik Pinggu ni la sangat sibuk mengajar kanak-kanak yang datang buat layang-layang, paling best dapat ajar kanak-kanak dari Scotland, Kanada dan England buat layang-layang dan mereka semua teramat teruja dapat belajar layang-layang bentuk kelawar
sepanjang hari lah aku dengar orang panggil aku Acik Pinggu, comelnya budak-budak ni!



Acik Zirafah, Acik Pinggu, Acik T-Rex

konon-konon nak buat gaya burung


aku rasa ini pertama kali aku terlibat dengan aktiviti ini, dan aku memang rasa puas hati dapat libatkan aktiviti yang melibatkan alam sekitar dan binatang
my life getting better everyday, alhamdulillah, walaupun kadang-kadang stress dengan bos, huuu
tapi aku cuba untuk nikmati hidup sepuas-puasnya, after all, life is too short too complain about how stress you are at the working place, just take a deep breath and try to smile :)

p/s : aku sarankan kawan-kawan semua daftarkan diri jadi volunteer di Zoo Negara atau mana-mana Zoo berdekatan, percayalah, dengan buat semua tu, kita akan lebih nikmati hidup dan hargai apa yang ada, tak rugi dan tak perlu keluarkan duit, berada berhampiran dengan binatang buat semua tekanan aku hilang

0 orang pengkritik:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com