Pages

Monday, April 2, 2012

.Berjimat cara saya.

Assalamualaikum dan Hai untuk semua pembaca tegar belog akak ni (perasan please)
Pejam celik pejam celik sekejap sahaja bulan April datang menjengah kita
Dan aku rasa tahun depan pun sekelip mata je datang nanti dan memang aku tak sabar untuk menunggu ketibaan tahun 2013 *senyumsampaiketelinga*
Memandangkan masa berlalu dengan sangat pantas, segalanya pun harus dilakukan dengan cepat juga
Misalnya, aku ingin berkahwin pada penghujung tahun depan
Maknanya, aku wajib menyimpan duit dari sekarang dan mulakan merancang apa yang berkaitan dengan masa depan aku pada tahun ini
Dan simpanan juga bukan untuk berkahwin sahaja tetapi untuk kehidupan selepas berkahwin
Jadi,aku nak share sikit cara berjimat yang aku amalkan sekarang ni :)


1. Bawa bekal sendiri ke pejabat
- Sekarang ni setiap hari, 5 hari seminggu aku akan masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat. Kaedah ini memang jimat dan paling best tak perlu aku pening nak fikir untuk makan apa semasa pergi ke kedai makan di bawah pejabat. Nak jadikan aku lebih bersungguh untuk masak sendiri, aku beli tupperware comel-comel dan beg comel untuk isi bekas makanan aku (beli dekat Daiso,super comel). Jadi timbul rasa nak bawa makanan sendiri sebab bekas aku comel. Dan aku baru mengamalkan gaya hidup bawa bekal makanan sendiri ke pejabat pada awal bulan 3 hari tu, hasilnya, aku rasa kenapa duit aku dalam purse macam tak luak sangat, baki duit pun buat aku tersenyum lebar. Mesti ada yang cakap aku kedekut dengan perut sendiri, oh tidak jawapannya sebab kalau tekak aku ni rasa nak makan sedap-sedap dan mewah sikit, baru aku tak masak dan makan kfc ke,mcd ke,secret recepi ke,subway ke dan sewaktu dengannya, tapi nisbah aku makan makanan macam tu kiranya sebulan sekali sebab tak elok untuk kesihatan, eceh :p


2. Tetapkan berapa belanjawan untuk seminggu
- Aku tetapkan seminggu berapa peruntukan untuk aku makan. Dalam kes aku, aku peruntukan RM50 seminggu, jadi dalam purse aku cuma ada RM50 sahaja, dan memang cukup, siap ada lebih lagi. Beli ayam, ikan dan sayur tak sampai RM20 pun, kalau stok bawang dan cili dah habis, baru RM30 je. Jadi ada baki lagi RM30/RM20 dan baki itu aku simpan dalam kotak. Oh ye, senang juga untuk aku tahu aliran pengeluaran duit aku dengan mengamalkan kaedah ini. Dalam purse memang ada RM50, tak lebih dan tak kurang. Hari Jumaat aku akan check balance duit dalam purse aku, kalau ada lebih, aku tersenyum puas, kalau tiada, jadi aku akan fikir ke mana pengeluaran duit tu pergi. Contohnya aku beli sabun basuh baju ke atau barang keperluan lain. Pokok pangkalnya, pandai-pandai la aku hidup dalam masa seminggu dengan RM50 tu.


3. Beli baju,handbag,seluar,kasut apabila perlu
- Percayalah, tak mudah untuk aku laksanakan kaedah yang ini memandangkan aku sangat suka shopping. Tapi aku tetapkan, aku akan keluar beli baju sekiranya baju,seluar,handbag atau kasut aku sudah rosak atau koyak. Kiranya sekarang ni 3 bulan sekali baru aku keluar shopping. Dan aku motivasikan diri aku dengan keadaan orang lain yang lebih susah dari aku macam 'Suhaila, perlu ke kau nak beli baju setiap bulan, setiap minggu, sedangkan baju yang sedia ada pun tak terpakai dan cuma pakai sekali sahaja, orang dekat luar, nak beli baju pun menangis sebab takut nanti nak makan duit tak cukup'. Haa, itu cara aku psiko diri aku ni.


4. Keluar bersosial apabila perlu
- Aku cuma keluar tengok wayang apabila pelakon atau jalan cerita movie tu best dan berbaloi. Dan aku juga akan keluar dengan kawan-kawan apabila aku rasa dah lama tak bercakap face-to-face dengan kawan-kawan aku. Kiranya aku sekarang ni dah malas untuk keluar berjalan-jalan kalau tiada hala tujuan. Mesti ada yang tanya tak bosan ke duduk rumah kan?Terima kasih kepada buku-buku bacaan jiwa yang buat aku leka dengan dunia sekelilingku :)


5. Cuba kurangkan/limit penggunaan perkara yang tak perlu
- Aku dah cancel broadband aku memandangkan masa aku di pejabat lebih lama di rumah (weekdays) dan handphone aku pun dah ada internet, jadi tak perlu membazir. Dan aku kurangkan limit line telefon aku jadi tak terbeban aku nak bayar setiap bulan


6. Buar car boot sale-
Aku jual baju-baju dan seluar yang aku tak boleh nak pakai lagi atau aku tak mahu pakai lagi. Setakat ini aku buat aktiviti menjual ni di pejabat dan tak sangka sambutan sangat menggalakkan sampaikan setiap hari kakak-kakak ofis tanya bila aku jual lagi. Dan aku memang ada simpan niat untuk jual pakaian sebab aku suka pakai cantik-cantik dan aku nak orang lain nampak cantik, jadi aku nak jual dengan harga yang mampu dibeli orang semua orang. InsyaAllah, masih lagi dalam perancangan dan masih lagi simpan modal.



So far, itulah cara-cara aku berjimat dan honestly aku amat bangga dengan diri aku sendiri memandangkan selama ni aku tak pandai langsung nak manage kewangan sendiri dan banyak membazir dari menyimpan.
Sekarang ni, aku masih lagi boleh tersenyum apabila melihat baki akaun aku hujung bulan.
Walaupun tak banyak, walaupun cuma RM150 sahaja pun, tapi itu tetap duit, dan kalau aku mampu untuk kekalkan rentak hidup macam ni, masa depan aku insyaAllah terjamin sebab aku mampu untuk berfikir untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun gaji aku mampu untuk beli baju mahal, kasut mahal, tapi aku tak terfikir untuk membazir ke arah ituEntah, kalau beli handbag pun, aku lebih suka ke bazar vintage, cari beg vintage, dan bag second-hand yang masih lagi dalam good condition pun aku beli
Sorry to say, aku tak minat dengan Guess ke, Gucci ke, LV ke, sebab nanti aku mati tak boleh bawa masuk kubur pun benda-benda tu semua
Nanti aku fikirkan cara lain untuk berjimat lagi, tak sangka seronok rupanya kehidupan aku sekarang ni berbanding kehidupan tak tentu hala bershopping sepanjang masa, bersosial tak tentu arah dahulu


'No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be thankful for life. Someone, somewhere else is fighting to survive'

2 orang pengkritik:

...miSS fAi... said...

cayok-cayok!!! jgn tergoda dgn anasir-anasir luar... *pesanan utk diri sendiri.. ngeehhh

Nur Suhaila said...

cayok cayok cayok!memang mula-mula susah tapi aku tahan je,sekarang ni dah boleh tahan godaan sikit-sikit..heee

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com