Pages

Tuesday, December 14, 2010

Yuna-Hana Life Fashion Love Music




Sebelum mula bercerita, sila tenung lama-lama gambar di atas sampai muntah hijau
rasanya tahun 2010 merupakan tahun yang paling terbaik dalam hidup aku
mungkin disebabkan Maysaa Event semalam?
ececece, cakap jela kan yang kau teruja yang amat dapat face-to-face dengan Yuna and Hana Tajima kan
ok, ok, kita cerita dulu aktiviti menggelapkan kulit di Jom Heboh di Bukit Jalil hari Sabtu lepas
disebabkan kegilaan terhadap susu cokelat dutch lady, maka aku merajinkan juga kaki ke pesta-lagha-jom-heboh di bukit jalil
fuhh, walaupon datang agak awal, boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang
tapi masih lagi nampak gerai-gerai sekeliling, tunggulah malam sabtu atau pagi/tengahari/petang/malam ahad, phewwww mesti pitam merentangi lautan manusia
sesudah puas membeli-belah susu untuk menambahkan ketinggian (in your dream Suhaila!), aku pusing-pusing lagi di sana dengan harapan bertembung dengan Remy Ishak
tapi, cuma mapu berdiri seiring dengan Tam (he was my childhood favorite's actor),elelele

sesuai tak jadi best couple of the year ;)




ok fine!
sebenarnya aku excited tentang event yang satu ini
yesterday, i went to the Maysaa Live Fashion Love Music organized by Hana Tajima and Yuna
like helloooo, Yuna and Hana ok??!!!
tapi sedikit kecewa apabila tidak dapat masuk ke dalam Black Box
terlepas 2 kali peluang!grrrr
tapi kekecewaan dapat ditebus apabila dapat bertentang mata dengan Yuna dan Hana
they are so gorgeous, stunning, and very nice
paling best semasa sesi bergambar, i was like very shy-nervous-excited and blank
but the best part is, the moment i step beside Yuna, suddenly she said 'ey hai, i really love your outfit'
ok, at that time i'm speechless..zip zip zip zip zip
are you kidding me????????!!
terus aku cakap, 'errr,thanks yuna, you are so beautiful and sorry i'm soooooooo speechless right now'
tapi dalam suara menggigil sampai snap gambar muka menggigil
cuba bayangkan macamana ye tu
seriously tak sangka Yuna akan cakap macam tu, memang malam tak boleh tidur, sambil bawa kereta menjerit gembira
ok, Yuna je kot maybe ada yang akan cakap macam ni, tapi dari awal masa Yuna tak popular macam sekarang ni, aku memang minat her voice and her style
so yeah, it's a best feeling ever!


she is so prettyyyyyy

nurulcakapcakap si comel yang amat


yuna!yuna!yuna
terpakse censored mata sebab kuyu amat-sangat, masih belom bersedia bergambar

this is hana tajima
dia adalah sangat cantik macam barbie doll
*faint*

Yuhana








and and and
jumpa boyfriend baru i
goodbye z, hello Q ;)











ehem, ok bye!

Friday, December 10, 2010

Asyik-asyik membazir, balik-balik shopping






dear alam maya,
aku rasa ketagihan terhadap aktiviti menghabiskan duit ke arah penimbunan baju-baju dalam almari semakin menjadi-j
adi
ok, i know i'm a big spender
homai homai, untuk apa bekerja kalau langsung tiada simpanan
aku memang jenis cepat sangat tertarik dengan binatang comel seperti arnab, kucing, sugar glider and guinea pig
bulan lepas sahaja, jantung aku hampir
tercabut disebabkan terlalu excited duduk lama di pasar malam Putrajaya melayankan arnab dan guinea pig
memandangkan housemate tak benarkan aku bela sebarang binatang, ok fine akak! aku duduk lama-lama dekat kedai binatang untuk puaskan hati!
beside animals, my major weakness adalah aku sangat-amat suka shopping
clothes, pants, shoes, handbags, accessories, shawl etc..pffttttt grrrrr
sampaikan aku buat hipotesis 'Semakin banyak shawl seorang perempuan, semakin banyak duit yang kerap dihabiskan'
ok, maybe aku seorang je yang boleh gunapakai hipotesis ni sebab semalam aku kira bilangan helaian shawl aku dan sungguh mengejutkan kerana menghampiri angka 100..wow!
pening tak pening fikir kenapa aku boros sangat
perempuan memang macam ni ke, kalau nampak sale 70%, walaupon tak pakai sangat pon barang tu, tapi tetap nak beli juga
semacam penyakit aku rasa
so starting from today, aku kena mendisiplinkan diri supaya sentiasa tak lebih berbelanja
ada masa aku boleh tahan nafsu aku, tapi kebanyakannya memang gagal-lah lebih-lebih lagi apabila dah jejakkan kaki
di Sunway Pyramid..haih
jadi sekarang ni, aku cuma aku shopping baju 2 bulan sekali
menggigil ni nak buat macam ni
kalau tak menyimpan, bila nak kahwin?
kalau takde duit, macamana nak travel 1 dunia selepas kahwin?
mungkin aku kena kerja semula di tempat-tempat yang tiada shopping complex
banyak duit dapat simpan hokeh uols
harap-harap misi kali ni berjaya sebab dah banyak kali berjanji untuk saving ni
susahnya!!!!!!!




macam mana ni nak saving dengan jayanya??!!
ggrrrrrrrrrrrrrr




Lari aku lari



Aku telah di tag oleh seorang kakak yang aku kira sangat cantik dan lemah lembut
kiranya kakak ni aku ibaratkan macam watak Heliza dalam cerita Syurga Cinta :)
ok, enough puji lebih-lebih, nanti kak Oya marah
actually masa kena tag ni, blur gila aku tak faham kena buat apa
3-4 kali juga aku baca apa sebenarnya ni
forgive me for being blurry ;)


ok, mari kita tengok step by step

1. mula-mula letak banner dan link belog berlari-lari ni..





2. next step kena-lah follow belog larian ini..

- wajib hokeh kak neng

3. kemudian, lengkapkan slogan ini 'Saya suka berkawan dengan Nur Suhaila sebab .........'..eceh, tipu je, jangan jawab ok slogan ni, tapi slogan ni 'Saya suka berblogwalking kerana .......' (tidak melebihi 30 patah perkataan ok uols)..ok ok, jawapan i ialah

'Saya suka berblogwalking kerana saya suka melihat blog perempuan-perempuan cantik dan bergaya dan mendapatkan inspirasi daripada mereka. Blogwalking juga berjaya buatkan stress kerja saya hilang lebih-lebih lagi kalau terjumpa belog yang kelakar'

4. tag 3 orang rakan atau lebih, emmm..siapa ye yang rajin

- belog cik Faizura
- belog cik yani (jawab yani, kau banyak hutang tag dengan aku..hehe)
- belog bakal kakak ipar (kak elly)..lalalala
- belog jah
- belog cdomp

5. beritahu kawan anda mengenai belog larian ini

- kawan-kawan, sila jawab tag i hokeh, klik je dekat link yang i bagi, nanti i komen dekat page uols terangkan ye

6. ok, last sekali masukkan dan link entri yang anda buat ni dalam komen belog larian tau

- hokeh, dah masukkan dah even mod cakap under maintenance :)


Monday, December 6, 2010

Hye, i'm Suhaila, 'Berangan' nama kedua i



we are enemies 4 years ago
but then turn into greatest friendship ever
i love you darlings!



i really like my outfit
sometimes i hate being so small and short
yeah, i'm 150cm tall
whenever i go, people will staring at me like i don't have money to buy an expensive clothes
so, i have to change my style to make me look 24 years old instead of 16 years old
i'm not trying hard to be in a famous hijab community
i just enjoy being me







p/s : my colleague said that i look very 'selekeh' during office hour, but turn to Cinderella after 5.00 o'clock
ok, kelakar ni uolsss
sebabi pergi kerja just pakai baju kurung and selipar
mungkin jadi perhatian sedikit dengan cara aku betudung
a bit different
sebab aku rasa as a goverment servant, aku tak suka sangat bergaya berlebihan sebab aku bukan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
1 lagi, trust me, gaya tudung pelik aku pun sudah menjadi bualan dan jelingan, apatah lagi kalau berlebih-lebihan
jawapan artis i selalunya begini 'I pergi kerja cari nafkah, bukan cari calon suami'
terus sonyap eh mulut tu ;)








Wednesday, December 1, 2010

Luahan hati ke hati


Aku nak luahkan sikit je apa aku rasa
sikit je tak banyak
betul ke kalau dah lama bercinta, makin lama makin suram, makin dingin
kalau dulu pagi-pagi 'Good morning sayang'
sebelum tidur 'Good night darling'
selepas 3 tahun bila bangun pagi je kenapa kosong sahaja?
pendam jela dalam hati
kalau tanya mesti jadi gaduh, bikin kontroversi katanya
kenapa lelaki minta perempuan faham life dia
tapi sikit pon tak pernah nak faham hati perempuan
kalau setiap hari makan hati, setiap hari dilayan macam ni, lama-lama hati merajuk, tawar lantas terus tertutup
kalau mahu bercakap lebih, tak elok dedahkan perihal rumahtangga
tapi, aku cuma wanita biasa yang inginkan kasih sayang
bukan sekadar status 'in a relationship' tapi kau buat hal kau, aku buat hal aku





*deep sigh*

Monday, November 29, 2010

Dah tunang dah dia


Sebenarnya semalam lagi aku mahu menulis
tapi sebab kesibukan yang amat, aku matikan niatku untuk menulis apa yang terbuku di hati
jadi, pagi ni kurang sedikit sibuk cuma mengecop dokumen kontrak sebanyak 200 buah buku
banyak tak banyaklah kan uolls
bayangkan 1 dokumen kontrak ada lebih kurang 300 mukasurat
tak ke haru nak cop semua tu
sabar jela kan


Weekend yang lepas dipenuhi dengan aktiviti menghabiskan minyak kereta
on saturday morning, me and my babe, Syazwani, going back to Muar to attend our bestfriend's engagement
perjalanan yang 2 jam terasa cuma sekejap sahaja disebabkan kami yang galak bercakap beria-ia sangat
aku senang sama Syazwani sebab kami punyai banyak persamaan
kami sama-sama sukakan sambal telur dan berpendapat lebih enak dimakan dengan ikan masin
asam pedas ayam
kari ayam + ikan masin
sampaikan tibanya di Muar, kami sanggup u-turn untuk beli pau daging ada siap ada telur tau inti dia
sampai-sampai rumah Kama, terus menyenseng lengan baju untuk makan..heh
dah kata orang Muar kan, ikan masin memang wajiblah walau makan nasi beriani pon tetap ada ikan masin
selepas makan, terus posing atas katil (bukan tidur ye) bergambar mengalahkan orang yang bertunang
sampai siap cakap dekat cameraman biar kami yang posing, dia jangan bagi arahan posing macamana..kelas ek kawan-kawan aku ni
berangan nak jadi model memang nombor 1 semua ;)
sebenarnya terkejut juga Kama dah bertunang
dulu selalu gak cakap-cakap antara kami bertiga siapa yang kahwin dulu
semua cakap aku, eh kenapa? mungkin sebab aku ramai skandal? (statement macam artis)
anyway, congrats to my darling for her engagement with Apek
selepas habis majlis sarung cincin, aku terus balik ke rumah Mama dan Ayah
bergosip kejap dengan mama, tapau sambal telur rebus 4 biji untuk bekalan di Putrajaya, terus gerak balik ke Putrajaya



Sabtu berganti Ahad, tiba-tiba tergerak hati untuk ke MAHA 2010 di Sepang
terima kasih kepada Raihana sebab sudi temankan aku walaupun cuma sekerat jalan sebab sesak yang amat
ya Allah, 1 jam 30 minit aku duduk dalam kereta tunggu nak masuk dalam tempat parking..grrr
paling aku rasa bengang dan menyampah ialah dengan sikap segelintir pemandu di Malaysia yang tidak mengenal erti sabar ye
ada ke patut masuk lane yang opposite dari jalan sepatutnya
kiranya kita patut duduk lane kiri, suka-suka hati je masuk lane kanan bahayakan keselamatan pemandu di lane kanan yang menentang arus
bila seekor baghal dah mulakan perkara bodoh macam tu, maka baghal-baghal lain pon ikut juga
itulah Malaysia ni, pembangunan konon maju, pesat, tapi mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia ni, masih lagi di takuk lama, masih lagi dalam tahap ketiga
aku rasa MAHA tu tak lari mana-mana pon, cuma cepat atau lambat sahaja kita sampai
aku memang benci betullah dengan orang yang tak sabar, tak patuh undang- undang ni
kalau bercakap pasal masalah negara kemain pung pang pung pang, diri sendiri tak patuh undang-undang

nampak tak yang aku bulat tu
itu namanya double-lane
kalau kenal kereta-kereta dalam ni, tolong pesan belajar undang-undang jalanraya dengan lebih gigih lagi



ok berhenti emosi tak tentu pasal
turun-turun je kereta, terus aku berjalan ke booth kakak kesayanganku, Kak Nisa
sampai-sampai sahaja, TPM kita ada dekat booth dia, fuyoooo!
selepas meramahkan diri di booth dia, aku terus pusing-pusing sekeliling hall
memang bersesak-sesaklah aku dalam tu
sebelum balik sempat lagi pergi booth Kak Nisa balik untuk peluk cium, dan terjumpa ibu mengandung Ainur yang baru berkahwin (saja nak state baru kahwin)
memang kepoh betullah kami ni, tapi kami dah tak bergosip, cuma kepoh tak tahu pasal apa
ok, malas nak bebel panjang, dokumen kontrak ada 160 buah lagi tak cop ni tau



ini namanya padi



ini dugong yang mati dulu









yang tepi sekali tu, ibu mengandung yang tunjuk perut buncit dia ;)



gambar berangan mesti ada kan




Tuesday, November 23, 2010

Kecil-kecil tapak tangan



Ketika menyibukkan diri dengan pelan-pelan yang makin menimbun di atas meja ni
teringat aku kisah-kisah klasik semasa melayari kehidupan di zaman remaja sekitar umur 13-16 tahun

aku pasti ramai yang tahu kalau tinggal di Johor, adalah wajib untuk ke sekolah agama pada sebelah petang
jadi, selepas balik bersekolah rendah / menengah pada sebelah pagi, makan-maka
n, tidur-tidur ayam kejap, dalam pukul 2 petang terus ke sekolah agama haaa, sekolah agama ni ada 2 sesi, yang pertama bermula pada pukul 2 petang hingga 4.30 petang, sesi kedua pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang (ok, aku lupa sebenarnya)
dulu-dulu, sekolah agama ni bermula dengan kelas Fardhu Ain, masa ni umur 7 tahun
kelas ni belajar perkara asas m
engenai cara menunaikan solat 5 waktu, mengaji, tajwid dan sebagainya
aku paling suke-lah time ni sebab apabila time rehat je, ada pakcik dengan makcik jual baaanyaaaak sangat jajan (aku paling tak suka guna perkataan 'jajan' ni, macam entah 'jajan', dengar macam eh ape benda-lah 'jajan' ni?)

naik sahaja darjah 2 sekolah rendah, maka automatik terus ke darjah 1 sekolah agama
time ni belajar Tauhid, Ibadah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Al-Quran, tapi basic sahaja
after learned all the basic subject, kalau lulus
2 subjek wajib iaitu Tauhid dan Ibadah, baru boleh naik ke darjah 2,3,4,5 dan 6
kenapa perlu lulus Tauhid dan Ibadah?, sebab tanpa Tauhid dan Ibadah, maka subjek yang seterusnya nanti, mungkin kita akan pening-pening ikan

lagi pun, Tauhid ni memang penting sebab mengajar kita lebih mengenai Islam, nama-nama Allah Taala dan sifat-sifat Allah Taala

apabila sudah naik darjah yang lebih tinggi, kalau tak silap aku darjah 4, lebih banyak ilmu dan pelajaran yang diajar

Faraid, Munakahat (subjek fevret semua orang), Jenayat, Tasawwuf, Akhlak serta subjek-subjek yang aku sebut di atas tadi merupakan subjek yang wajib diajar
kenapa aku cakap subjek Munakahat ni semua orang suka?, sebab subjek ini berkenaan alam perkahwinan..ehemmm

time belajar Munakahat ni, memang penuh kelas, semua pay attention, siap ada rumours lagi kalau tak lulus Munakahat ni, tak boleh kahwin..
kelakar ni sebab dari aku konon-konon tak minat terus pulun skor Munakahat ni

kenapa konon-konon tak minat subjek ni? sebab dulu budak-budak nakal ni suka ejek kalau semangat belajar subjek ni, dah gatai nor nak kahwin, tu pasal aku konon-konon tak minat..hahahaha
lepas dah habis darjah 6, eh ada ke darjah 6, ada rasanya, kalau pandai naiklah darjah 'khas'

nama kelas ni memang darjah 'khas'

kira kelas agama yang terakhir sekali, itu pon kalau lulus Tauhid dan Ibadah tau

yang ni aku liat sikit sebab waktu sekolah cuma hari sabtu sahaja pukul 8 pagi
kenapa malas? sebab time tu kartun Cardcaptor Sakura bersiaran tu!
tapi, aku tetap pergi sekolah juga, cuma sebulan 3 kali je, bukan 4 kali sebab yang sekali tu aku ponteng tengok kartun Cardcaptor Sakura..hehhhh

selalunya aku pergi sekolah naik basikal je dengan kawan-kawan 1 kampung
seronok gila kecuali selepas hujan sebab aku selalu jatuh basikal lepas hujan..
motif mesti nak jatuh basikal lepas hujan kan? yela, sebab jalan licin, aku pula merempit macam orang gila

all those memories make me wanna cry because i'm so happy to have such an awesome childhood experience wi
th my friends :)
ada sekali ni, aku naik basikal dengan fiza and jojet (mereka ni kawan 1 kampung Jalan Ismail)

fiza dan jojet ni adik-beradik ye kawan-kawan

masa tengah naik basikal, si jojet ni terlanggar batu lalu terjatuh

masa jatuh tu, si jojet ni macam pejam mata tak buka-buka mata langsung

si fiza ni menangis macam nak rak sambil jerit-jerit 'ya Allah adik aku jojet, jangan tinggalkan along lagi, along sayang dekat jojet, mengucap adik mengucap'

i was like 'eh, adik kau tak mati lagilah'
tapi budak fiza ni cakap 'dia da
h mati dah, aku tahu dia dah mati..uwaaaaaaaaaaaa jojet'
tiba-tiba si jojet ni buka mata dia, terus fiza ni lepaskan dari pangkuan sambil cakap 'eh, hidup lagi?dah-dah cepat naik basikal balik, dah lambat pergi sekolah'
sumpah bila aku ingat balik, aku gelak macam apa je..LOL

betapa rindunya aku dengan zaman kecil-kecil aku makan jajan, main rondes (ala-ala kriket), menari zapin, menari '1 banana 2 banana', ejek-ejek nama bapak, puppy love hantar-hantar surat ada bedak, naik basikal dengan hati girang tanpa perlu fikirkan masalah kronik seperti sekarang
oh i wish i can be a kid forever




jelesnyaaaaaaa!!!!



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com