Pages

Monday, November 22, 2010

Sudah-sudahlah




Amaran!
Entri kali ini mengandungi bahasa dan ayat-ayat sinis yang mampu menyakitkan hati kalian
lama sangat aku pendam
simpan dengan cermat
finally, it burst out from my chest
angry?disappointed?
no, all i can say is they are super-duper pathetic people!


Perkara I

Kehidupan pada zaman menjadi pelajar sentiasa merupakan perkara terbaik pernah aku lalui sekitar umur 20-an
tak pernah gagal untuk buat aku tersenyum dan ketawa seorang diri
tapi, perkara yang satu ini, betul-betul mengganggu bagai sialan
apatah lagi apabila salah seorang teman rapat aku mengatakan bahawa dia sebenarnya benci aku pada tahun-tahun awal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia gara-gara gosip liar dan panas mengenai aku
What the Fish kalian mengumpat sakan pasal aku????
well memang past is past-lah kan
aku rasa this is my first and last warning about all the shitty thing about me!
aku rasa kasihan, really, kasihan sangat dengan Kemelayuan Tipikal kalian semua ni
kelakar sebab baju, seluar, rambut, kasut yang aku pakai semasa aku keluar deting dengan ex-boyfriend, semua kalian perkatakan?
tahi telinga, tahi mata ada ke tiada, kalian tak bercakap pula?
kasihan gila budak universiti ni, bosan sangat sampai buat aku rasa macam artis uolsss
femes sangat ni uolsssss
meh sini bagi clear sikit kepala otak Melayu Tipikal macam kalian ni
sampai sekarang walaupon aku sudah memakai tudung, aku masih lagi berkawan rapat dengan mereka yang tidak memakai tudung
sepanjang aku duduk minum, keluar bersama merek
a, tiada satu perkataan yang keluar yang ada tujuan mengumpat / mengeji / mengutuk kenalan lain
cuma perihal diri sendiri / masa depan / masalah sesama sendiri yang dibincangkan
sikit pon tak terkeluar pasal keburukan orang
jangan nak ingat perempuan tidak bertudung semua jahat, semua minum arak, hisap rokok, tidur dengan lelaki
aku tahu dahulu aku jahil tentang agama, tapi aku belajar, belajar untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahnya
menutup aurat bukan sahaja dari konteks pakai tudung
menjaga percakapan / peradaban juga merupakan suat
u ibadah menutup aurat
jadi, apa point kalian pakai tudung, tapi mengutuk / mengeji / menyebarkan fitnah / mengumpat merupakan makanan ruji kalian?
tolong-lah eh, makanan ruji kita nasi ye kawan-kawan
kalau benci / tak suka sekali pun, terlalu seksi sampai kalian sakit mata, aku rasa tak salah kalau tegur dengan cara baik
bukan-kah sebagai sesama Islam kita diwajibkan untuk menegur sesama lain terutama yang berpakaian terlalu mendedahkan?
jadi, kenapa perlu mengumpat teruk sangat sampai m
engaibkan maruah orang lain sehingga menimbulkan perasaan benci terhadap aku berdasarkan mulut bangkai kalian?
sedar-sedarlah hidup ini penuh dengan keindahan, lebih banyak lagi perkara indah yang boleh kalian bualkan
tengok, tak pasal-pasal dapat dosa percuma, rugi uolls
s, kalau uolss nasihatkan i dahulu, tak ke dapat pahala?ini tidak, mengumpat sahaja kroje-nya
terima kasih uolss bagi i pahala percuma macam tu sahaja
Alhamdulillah
paling-lah fitnah dan meloyakan / memualkan aku dengan mulut bangkai kalian apabila aku terdengar ada yang mengatakan aku mengajar ex-roomate semasa Tahun 1 supaya memakai seksi-seksa?
Oh My Gucci! apa ni? seingat aku ye, aku yang paling
rajin membebel kalau-kalau ex-roomate Tahun 1 berubah penampilan diri
ingat aku ni teruk, aku nak mengajak orang jadi teruk macam aku sekali ke?
pathetic fool eh u bastard!
serius aku marah sebab aku terlalu lama pendam
aku marah kenapa orang Melayu ni busuk sangat hati
wei, baik ko lucut sekarang tudung dari kepala kau kalau kerja kau apabila pandang orang, asyik mengumpat / mengutuk
shame on you-lah sis!
disebabkan apa yang aku pelajar dari kalian semua ni, kadang-kadang aku lebih suka berjalan seorang diri dan menghabiskan masa seorang diri
i don't mind to watch Harry Potter at cinema by myself...alone
it wont bothering me at all
like seriously, i dont give a damn to those people yang keep staring at me bila i masuk dalam cinema seorang diri
tahu tak?sometimes apabila keseorangan, peluang untuk mengata / mengumpat orang memang takde-lah
sebab seorang sahaja-kan
sudah-sudahlah ye mengumpat aku
dapat duit ke?
dapat baucer shopping free ke?
tak dapat faedah pon, cuma kalian dapat dosa, aku dapat pahala..Amin
umur pon hampir mencecah 25 tahun
terlalu banyak perkara penting yang patut difikirkan sekarang berbanding hal remeh-temeh
macam mana kalau aku kata yang aku tidak akan sesekali memaafkan segala fitnah dan umpatan kalian sampai mati?
takut tak?
nasib baik hidup aku bukan jenis berdendam, so let it be
aku maafkan kalian
dan aku menyusun 10 jari kemaafan andai ada yang pernah terasa hati dengan aku selama ini
aku cuma manusia biasa yang cuma inginkan persahabatan yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan
apabila umur menginjak dewasa, aku cuma mahuk
an ketenangan dan keberkatan di dalam hidup
satu lagi aku minta, andai kata ada terdengar aku mengata / mengumpat tentang sesiapa (maksudnya diri kalian), tolong berjumpa sendiri dan bertanya samada betul atau tidak gosip yang disampaikan sebab kadangkala mulut yang menyampaikan lebih berbisa dari ular tedung (ni pepatah aku sendiri)
tutup buku lama, aku mulakan dengan Bismillah bagi kehadiran buku baru dalam hidup aku


maaf andai kata terkasar bahasa
luahan maki-makian terakhir

Tammat



.........................................................................................................

Perkara II


Alhamdulillah, genap setahun aku memakai hijab menutup aurat
yang konon-konon ingat aku pakai hijab semata-mata trend
ikutlah nak cakap apa
jenis manusia hasad dengki busuk hati ni, seribu kali penjelasan pon tiada guna
aku pelik kenapa kalau tudung / selendang fesyen baru keluar, semua bising-bising hingar bingar sangat cakap 'eleh, tiru si polan bin polan-lah tu'
hekeleh wei, kalau free-hair pon, banyak kali kot tukar style rambut ikut latest trend kot
kelakar apabila benda remeh menjadi terlalu besar
adik-adik / kakak-kakak, kalau takot untuk berfesyen, jangan kelambu dibakar kak oi
cemburu tak membawa seseorang untuk ke peringkat lebih tinggi kalau tidak mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih bagus dari orang lain
tapi sebaik-baiknya, berpakaian cantik semasa ingin menghadap Allah Taala :)
itu yang paling penting





haihhhhh, suka betullah aku dengan hair band ni



Friday, November 19, 2010

The love is gone



All the things we've been through
all the moments captured together
all the things between me and you is over
thanks for everything!



I am done, smoking gun
we've lost it all, the love is gone
you have won, now it's no fun
we've lost it all, the love is gone

and we had magic
and this is tragic
you couldn't keep your hands to yourself

i feel like our world's been infected
and somehow you left me neglected
we found our life's been changed
babe, you lost me

and i tried, oh how i cried
we lost ourselves, the love has died
and oh, i tried, you can't deny
we're left as shells, we lost the fight

and we had magic
and this is tragic
you couldn't keep your hands to yourself


i feel like our world's been infected
and somehow you left me neglected
we found our life's been changed
babe, you lost me








it's too late..........
how can i ever trust you again?
babe..you lost me :"(





Thursday, November 18, 2010

11 ekor lembu


I

Salam eid Mubarak

rasanya belum terlambat lagi untuk bercerita mengenai 'korban'
sebut sahaja 'korban', apa yang terlintas dalam fikiran kawan-kawan semua?
korban harta
korban nafsu
korban lembu, korban unta, korban kerbau
daging percuma
banyak definisi korban tu berdasarkan pengalaman peribadi seseorang
ada juga berkorban demi kepuasan hati orang tua sendiri
berkorban untuk kekasih?
ini yang kita tak mahu ni
korbankan diri untuk memuaskan nafsu kekasih itu salah ye kawan-kawan
salah yang amat
tapi korban harta itu harus untuk bersihkan rezeki yang kita perolehi
untuk aku?
sebagai anak sulung, pengorbanan yang aku lakukan, lebih besar sedikit berbanding kawan-kawan yang mungkin punyai abang dan kakak
katalah aku merancang untuk bercuti hujung tahun ini
tapi kerana memikirkan adik kembar bakal ke sekolah m
enengah tahun hadapan
pasti, yuran sekolah yang banyak perlu dikeluarkan mama
jadi, aku korbankan percutian dan tukarkan untuk membantu mama
ada juga kawan yang cakap 'itu kan tanggungjawab parents kau, tak payah susah-susah'
aku rasa benda ni jadi tanggungjawab semulajadi tanpa dipaksa
sebab segala yang dapat gembirakan mama, segala yang mampu buat hati mama senang
memang sudah menjadi tanggungjawab aku
bukan mengenai siapa yang kena tanggung siapa
tapi berbalik semula kepada rasa tanggungjawab untuk senangkan hati mama
setakat ini, aku masih belum mampu untuk hadiahkan yang mahal-mahal untuk mama
jadi, aku membantu dari segi untuk menanggung adik-adik lebih-lebih lagi apabila punyai adik kembar
semua keperluan perlu beli 2 kali ganda
mungkin baru setahun jagung bekerja belum lagi masih mampu untuk berdiri dengan gah dan riak mengangkat muka mendabik dada mampu untuk shopping di Zara, Topshop, MNG
ikutkan gaji memang mampu, ikutkan nafsu memang mahu
tapi percayalah, kepuasan buat ibu tersenyum setiap bulan hulurkan duit belanja mengatasi segalanya
terus-terang, aku malu kalau cuma hulurkan RM100 s
ahaja
pernah juga aku membaca artikel mengenai ibu yang menangis walaupon cuma dihulurkan RM50 oleh anak
itu tandanya mereka rasa bersyukur anak-anak masih ingat akan mereka
jadi, sebelum aku berumahtangga mungkin dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang
aku mahu berbakti sepuas-puasnya untuk keluarga
aku mahu buat mama bangga dengan anaknya setelah berhempas pulas menjadikan aku sebagai aku sekarang
nah, lupakan nafsu serakah mahu yang mahal-maha
l sahaja sedangkan aku boleh membeli baju yang sama taraf dengan kualiti di Topshop di sesetengah kedai di sekitar Kuala Lumpur
ayat yang selalu keluar dari mulut aku kepada adik dan kawan-kawan 'yang buat baju di Topshop, Zara mahal-mahal tu, sebab brand yang dibawa, kalau pandai cari, dapat kualiti yang sama macam dorang'
jadi, saya, Nur Suhaila ingin memuaskan hati ibunya sebelum layak menjadi ibu kepada suami tercinta :)

jadi, apa pengorbanan yang pernah anda lakukan selama mampu beli makanan gunakan duit sendiri?
tepuk dada tanya selera





II


kecewa sebab Noh Hujan sudah
bertunang.....................................................................................




menangis sambil menatap gambar Noh


takpe, Remy Ishak ada lagi






Monday, November 15, 2010

Weekend 112010


Setelah beberapa abad menyepikan diri di rumah
finally, keluar juga berpoya-poya dengan Raihana Paramore

kali ini kami memilih untuk menggunakan pengangk
utan awam dari drive kereta sendiri
seronok sebenarnya naik ERL dan komuter ni

cuma, aku rasa benci naik koc wanita berwarna pink
aku rasa membazir sahaja buat koc wanita ni

kenapa? sebab aku rasa ramai lelaki Malaysia yang buta huruf tak pandai membaca tulisan 'Koc Wanita'

tak tahu-lah samada gatal, atau buta huruf,
tapi laju sahaja naik koc wanita ye cik abang? grrrrrr

pengalaman di ganggu oleh mat rempit memang menyeramkan

seram dan gerun

kalau muka macam Henry Golding, nak juga kami bagi positive feedback tapi...........harammmmmmmmmm
bukan memilih rupa, kalau rupa takde perangai elok, takpe la juga

ini, muka out, perangai teruk yang amat sangat tak tahu hormat perempuan
buat malu orang Melayu tahu tak?


bercakap mengenai buat malu orang Melayu ni,
satu lagi fenomena yang memalukan berlaku di sekitar
Putrajaya berhampiran PICC
al-kisahnya aku dan Nabila (adik no.2), konon-konon pergi mencuci mata di jambatan berdekatan dengan PICC
sejurus sahaja kami turun kereta,
ternampaklah sepasang kekasih sedang memadu asrama atau bahasa Muo-nya berendut (hahahah)
memang dasar perempuan murahan,
sudahlah pakai tudung
, duduk terkangkang bagi lelaki duduk celah kelangkang tu kenapa?
malu saya sebagai seorang wanita

sampaikan adik cakap 'get a room-lah wei'

teruk betul, kalau betul sudah berkahwin, tiada p
unya rasa serba salah mahu marayau tangan di perut perempuan bertudung tu
ini, sudah terang lagi bersuluh, sambil raba-raba sambil tengok kiri kanan

haiyoo abang, naik kereta honda civic, tapi tak mampu nak kahwin ke?

kalau sudah gatal meraba-raba, kahwin sahajalah

nanti tiadalah end-up macam Nabil Raja Lawak (tiba-tiba sahaja)

jadi weekend aku memang macam-macam hal berlaku-lah
overall, i had such a great weekend with Raihana Paramore and the Henry's thing..LOL!




Take 1 : muncung itik


Take 2 : Muka konon-konon comel







p/s : lama gila tak buat aktiviti bergambar berangan depan cermin, mungkin umur dah tua?


Tuesday, November 9, 2010

Bbi Ri Bba Bba



Masa-masa yang ku lalui terasa hening
sunyi
sepi
ceh, dasar
drama queen ek Suhaila ni
aku rasa minggu-minggu yang aku lalui terisi dengan beberapa bahan bacaan yang lama dan baru sahaja aku beli
aku rasa sehari tanpa membaca
ibarat kehausan di padang pasir
aku dahagakan ilmu
aku dahagakan sumber bacaan agama yang diterapkan di dalam beberapa buah novel
pernah tengok aku menggila dekat MPH tak?
gilakan buku ibarat melihat handbags dan kasut dijual dengan harga RM5
aku pernah habiskan 1/2 hari Sabtu aku di MPH sebab pening nak beli buku mana
aku jadi tamak
aku rasa ada sekali hampir sampai 10 buku aku pegang
nak beli semua
tapi memandangkan duit yang ada adalah untuk kepentingan yang lain juga
aku peruntukan RM100 sahaja untuk membeli bahan bacaan bagi setiap bulan
tapi, kadang-kadang aku rasa nafsu aku tak mampu untuk menahan perasaan dari beli lebih dari RM100
tapi biasanya, my PA akan membebel melalui SMS mengingatkan aku supaya jangan membazir dan
beli ikut kemampuan (PA saya namanya Zulhilmi, yang pipinya tembam tu)


Buku kegemaran setakat ini adalah Bumi Cinta dan Derap-derap Tasbih
5-6 kali rasanya aku membaca dengan penuh kekusyukkan




Bumi Cinta

"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan staria agung gagal dalam pertapaannya!"




Derap-derap Tasbih

"Tasbih adalah keutuhan yang diikat pada sebuah simpul, ini kerana ikatan yang kukuh tersebut dapat menyatukan butiran-butiran kecil agar tidak terputus dan saling bertautan antara 1 sama lain, cinta juga akan menjadi indah sekiranya diterima sebagai keutuhan, mencintai seseorang perlukan jiwa yang kuat seperti kuatnya ikatan tersebut, agar cinta itu menjadi abadi dan kuat, tali yang mengikat itu perlulah kuat dan kukuh, jika tidak cinta itu akan terburai menjadi butir keegoan, keangkuhan dan kesombongan yang membawa kepada perpisahan"


Tuesday, November 2, 2010

Yang Pertama Kali



Bercakap tentang pertama kali
pasti ada yang teringatkan pertama kali datang bulan
pertama kali bercinta
pertama kali bekerja
pertama kali menjadi ibu


Entri pertama kali ini, bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri sendiri dan si dia betapa seronoknya kami melewati saat-saat remaja dan pra-dewasa selama berkenalan selama 4 tahun
aku memang seorang yang sensitif dan romantik
kawan-kawan rapat dengan aku, tahu macam mana aku nyatakan rasa sayang diri aku kepada si dia
semasa pertama kali mula rapat dengan si dia, kebetulan hari lahir dia bakal tiba
jadi, aku terfikir untuk buatkan kad sendiri untuk si dia
atas bantuan Raihana untuk melakarkan gitar, aku hasilkan kad berbentuk gitar siap ada tali tau
sanggup aku tidur lewat malam semata-mata untuk siapkan kad yang mungkin bersaiz A5
tapi aku gembira sebab dia tersenyum apabila dapat kad tersebut
tapi aku rasa surat cinta paling ekstrem pernah aku buat apabila secara tiba-tiba selepas habis kelas, ternampak kereta si dia berhampiran dengan blok kuliah, terus tiba-tiba keluarkan surat dan tulis seperti ini

'SAMAN RM10,000 serba satu, kesalahan : mencuri hati Nur Suhaila'

dan aku letak di cermin keretanya
romantik tak?
jadi, aku memang sepanjang masa buatkan kad untuk si dia
semasa belajar di library bersama-sama pon, ketika semua berkerut muka study and struggle for final year
cepat sahaja tangan aku tulis nota-nota comel dan lukisan-lukisan comel untuk menggambarkan sayangnya aku dekat si dia ni
sebenarnya apabila difikirkan, apa yang aku buat, semuanya untuk mendekatkan hubungan kami
hubungan yang kami bina 4 tahun, semakin lama semakin mencabar
tetapi dalam berhubungan, kami mencari keredhaan Allah
tiada bersentuhan (tiada langsung)
tiada berpelukan
tiada berjalan berpegangan tangan
yup, time change people change
lebih-lebih lagi setelah bertudung
aku malu kalau pegang-pegang tangan tanpa hubungan sah
lebih-lebih lagi kalau orang berumur tengok kami bermesra-mesra
jadi kemesraan kami ciptakan dalam cara yang berlainan
buat kad, buat video (bukan video 18sx), beli hadiah (ok, yang ni jarang mungkin duit asyik kurang saja)

kami pon tak planning untuk ke sana ke mari berdua
kami lebih selesa untuk bersama kawan-kawan
sebab, kalau sebelum berkahwin merata-rata pergi berdua
nanti kalau dah berkahwin, tiada aktiviti lagi kan
jadi sabar
insyaAllah, sesuatu yang baik bakal menyusul kemudian hari


'Time change, people change, memang kadang-kadang rindu dengan zaman masa muda-muda dulu, tapi, takkan kita nak berada dalam takuk yang sama kan sayang,perangai mungkin berubah,tapi awak tetap yang sama,kena belajar untuk menerima'


buat masa-masa sukar yang sedang aku alami, terima kasih kepada si dia menahan sabar dan marah
buat masa-masa gembira kita berdua, walaupon menjaga batasan agama, kita pastikan kita hayati dan hargai hubungan kita



i praise Allah for sending me you my love
you found me home and sail with me
and i'm here with you
now let me let you know
you've opened my heart
i was thinking that love was wrong
but everything was changed when you came along






Monday, November 1, 2010

Semoga dapat anak cepat-cepat



30/10/2010

I went to Ainur's wedding at Bangi on last saturday
i was exhausted but yet i'm having so much fun with my dearest friends :)
tak sangka Ainur dah kahwin
dulu Ainur ni masa kenal-kenal dia, memang tak percaya umur dia 23 masa tu
betul-betul ingatkan umur dia sebaya sebab style dan perangai memang macam kami yang berumur 21 tahun masa tu
teringat dulu aku selalu lepak bilik Ainur apabila aku selalu dalam masalah
dia memang diam tak masuk campur tapi dalam diam dia tunjukkan aku video-video atau gambar-gambar yang agak touching :)
thanks Ainur for everything
dia pon selalu tolong aku bila aku susah :)
aku doakan Ainur bahagia sehingga ke akhir hayat
kalau nak cerita kisah cinta Ainur ni, memang boleh buat novel
memang perit jerih sangat, tapi end up dengan perkahwinan :)


lepas ni si baju biru pula bakal bergelar pengantin ;)

yang ni konon-konon Ainur baling bunga, cettt, baju biru dapat pula
memang sah kahwin tahun depan ;p

kakak yang selalu ada dengan adik :)

room-mate lama semasa belajar di UTHM
gembira tak terkata dapat jumpa dia selepas setahun :)






31/10/2010

Venue : Penang Village, Alamanda

Bandung Ice or should i call Susu Ice??


Tomyam Fried Rice, sesuai dimakan kalau rasa nak dapat penyakit cepat
banyak sangat minyak

Peang Special Fried Rice
tak pasti sedap ke tak








ok ok..tarik nafas panjang sebelum tengok gambar ni
.
.
.
.
.
.
tarik makin dalam
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sesuai tak join Gadis Melayu 4 tahun depan?
ok uolss, sila muntah hijau ok
;p




 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com