Pages

Friday, March 12, 2010

120310

I

Kau percaya hantu tu sebenarnya makhluk yang pemalu tak?

aku percaya sebab makhluk halus dekat rumah aku sekarang ni..

suka sangat-lah alih-alihkan perabot masa kami semua sudah tidur

bila masa menonton televisyen atau bual-bual

tak mahu pula alihkan perabot

bila dah nyenyak tidur
baru nak bising-bising alihkan perabot
buat aku geram rase nak tarik je telinga sambil meremang bulu roma

nasib baik penuh ayat Kursi kakak rumah tampal dekat bilik

sebelum tidur pun ayat Kursi dan 3-Kul adalah wajib baca

aku yakin aku tidur di bawah jagaan Malaikat dengan surah-surah tersebut

insyaAllah tidak apa-apa nanti :)

minggu depan tidur jangan lupa letak Yasin bawah bantal ye Suhaila

suara konon cool sebab nak cover perasaan takut..

tapi Allah sentiasa ada

jangan takut dan berani sangat
walau selalu terkejut-kejut bangun tidur pukul 2-3 pagi..
terdengar 'mereka' mengemas rumah

dengan debaran
aku sambung tidur sambil terkumat-kamit membaca ayat Kursi

II

Tahu tak yang Johnny Depp walau umur hampir 50 tahun tapi masih mampu buat hati aku bergetar?

damn!

teringat betapa sedih-nya aku bila gosip kata Johnny mati accident
tapi sebenarnya tak mati
phewwwww!
sila ke pawagam berdekatan dan beli tiket menonton Alice In Wonderland ye
sebab selain ulat beluncas biru yang gemuk dan comel

serta si kembar gemuk gedempol
Johnny Depp pasti buat anda jatuh cinta sekali lagi

atau mungkin pandangan teralih sedikit dengan kepala besar rambut merah..

jadi, sekali lagi aku sarankan cepatlah ke pawagam menonton Alice in Wonderland puas!

tahu tak sekarang ni make-up abang Johnny ni dah glamor?
jangan terkejut kalau terjumpa orang ala-ala Mad Hatter ye


Tuesday, March 9, 2010

Rumah oh rumah

Rumah rumah
aku baru saja pindah rumah di Presint 9
semalam baru sempat kemas bilik
tapi masih banyak lagi yang perlu aku beli
sudah 2 malam aku tidur kepanasan gara-gara tiada kipas dalam bilik
nak tidur di ruang tamu
malu pula sebab penghuni rumah lain khusyuk menonton..
oh ya..
penghuni rumah lain memang sudah lama duduk di situ
3 tahun ye..
jadi agak malu sebab mereka-mereka semua kakak-kakak dan aku saja adik
tapi banyak mulut juga aku bertanya itu ini
haha!




memang lepas ni akan tambah adik beradik adik kakak handbag..sabar ye


ini habis aku tampal di dinding..belum habis lagi..later update picture


gambar-gambar tersayang..jadikan kekuatan hati di perantauan
(padahal 2 jam je pun nak balik)




kaki-kaki dah merah
nyamuk jahat sedap menghisap darah
oh..tak sabar nak beli kipas
i love you kipas!

Monday, March 8, 2010

Malam dan hati panas




Posto posto!


weekend yang super sibuk
sabtu yang pelik
dan ahad yang girang
sabtu ke uptown danau kota sampai pukul 2.30 pagi bersama kawan-kawan (ye..i'm a very friendly person and easily get along with anyone)
kegirangan paling maksimun di ahad petang
ice skating!
3 kali jatuh bukan penghalang
walau badan dan kaki sakit
tetap degil skating lagi
seronok!
kalau yang belum cuba lagi..
wajib cuba sebab memang tak rugi
lagi pun sukan 1 Malaysia
sebab bilamana aku jatuh
huluran 2 tangan berlainan kulit buat aku tersenyum
jatuh
jatuh
ok cukup
3 kali saja ye jatuh
next time mahu pergi lagi
tak kira-lah dengan siapa-siapa
janji aku puas dapat bermain lagi


mak kata dah jatuh cuba lagi dan jangan menangis walau sakit mana pun.faham?!

pelik bin ajaib bila 2 orang bertemu dan macam stranger
sedangkan suatu dahulu berdua kemana sahaja
mungkin ini takdir
ada hikmah
dan masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri
sebab aku mudah rasa sesak dengan manusia
cepat lemas dan rimas
aku tak suke orang terlebih manja atau buat-buat manja
aku benci orang pemalas dan buat kerja last minute
aku benci diketepikan dan diperlakukan macam angin
aku benci dipergunakan
bila susah, sms sana sini
telefon sana sini yang agak rapat minta tolong
tapi susah
tapi bila kawan susah aku sedaya upaya tolong
tapi belakang aku?
tipu kalau kata sedikit pun tak pernah mengumpat aku
you know who you are peps..
aku benci orang yang hakimi aku semata-mata dengar cerita dari sebelah pihak dan mula menarik muka masam dengan aku
rasa letih
penat
jalan terbaik adalah mendiamkan diri dan move on with my life with or without them
dan aku bukan jenis manusia yang berdendam tak sudah
dengki dan dendam sampai hati
i'm not that type of person
sorry kalau aku dah bermaaf-maafan
dan mula mahu bercakap dengan tebalkan muka
tapi kau masih lagi dengan ego dan muka longkang
sorry to say
aku akan mendiamkan diri..
yang penting aku dah minta maaf silap aku
aku juga tak sempurna
tapi kadang-kadang perlu fikir kekurangan diri sendiri kenapa aku bertindak begitu..
jangan sebab terlalu ego sampai cakap kau betul aku seratus peratus salah
entah
tapi zaman sekolah dah berlalu
depan baik belakang tikam dalam-dalam
konco-konco
tulis shout out facebook dan konco-konco untuk sakitkan hati is so yesterday darling
i'm 24 years old
dan masih panjang perjalanan
jadi manusia yang tak kisah
selepas ini kalau aku dingin
jangan tanya kenapa
tanya diri sendiri
bila aku susah
jatuh bangun seorang diri
ada tak kau tolong aku?
rasanya cuma ada 3 orang sahaja
zulhilmi, kusam dan aziati
3 orang ini memang tak pernah tolak aku jauh-jauh
sentiasa tarik aku supaya aku tak jatuh makin dalam
sudah
jangan pergunakan kekurangan aku lagi
aku bukan yang dulu
naif tentang nilai persahabatan

Thursday, March 4, 2010

Bitch!


Faham tak maksud perkataan di atas?
meh sini nak definisikan apa yang aku faham
Bitch :

1. Perempuan yang nampak baik di luar, mulut macam longkang
2. Perempuan yang nampak manja dengan lelaki dan lelaki suka melayan tapi perangai haram jadah dengan perempuan
3. Perempuan yang tikam belakang cakap macam-macam sampai nampak aku saja buruk
4. Perempuan yang ingat dia saja betul orang semua salah
5. Perempuan yang hitam dan gemuk macam dia!


pfttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Niyang Rapik yang ensem :)


Malam tadi sangat awesome!
sebab dapat jumpa dengan cinta hati a.k.a Kusam dan Ainur setelah 7 bulan tidak bertemu muka
dan kami sepakat tengok Niyang Rapik
seram + kelakar
terima kasih abang Sam sebab awak sangat kelakar ok
rupa abang ada sikit macam Johnny Depp
what?!
tak percaya?
sila tengok dalam paper kosmo last week
dengan misai dan janggut
dan cermin mata comel awak tu
memang macam Johhny Depp
pujaan hati saya :)

ok, kembali ke realiti
Niyang Rapik bagi aku tak merepek ok seperti yang dikatakan oleh blog gosip
sebab aku rasa jalan cerita lebih realiti
ending dia pon tak tergantung
jadi, ramai-ramailah ke panggung ye tengok Niyang Rapik
tiba-tiba dah rasa macam promoter saja

;p







Wednesday, March 3, 2010

Gembira suka dan duka


Hari ni nak perasan sikit
sikit je tak lebih
disebabkan dah ramai bercakap pasal ni
jadi aku teringin-lah kan perasan kejap untuk hari ini saja
hari ini je
esok tak perasan dah
dari iklan Silky Girl..
sampai drama Na O Mei yang ditontonkan sekarang





sama ke?hahahaha
habis-lah, lepas ni mesti makin dibenci ramai..







II

hari ini dikejutkan dengan berita sedih mengenai seorang sahabat yang aku kira sentiasa ada untuk aku
aku harap dia kuat untuk hadapi ujian ini
sebagaimana dia sentiasa ada untuk tolong aku
support aku
aku juga sentiasa ada untuk dia
be strong sayang :(




Monday, March 1, 2010

dream



I

Tadi berbual dengan kawan baik tentang kenduri kahwin yang diidamkan
ok bukan dah gatal nak kahwin sangat
cuma rasa umur sekarang 24 tahun
kalau dulu kahwin anak dah 5 orang dah sekarang
;p

kalau bercakap tentang perkahwinan impian
masing-masing berebut mahu buka cerita sendiri kan?
entah-lah
memang aku ada impian-lah nak kahwin tepi pantai-lah
dalam taman-lah
tapi kemudian aku fikir
kehidupan selepas berkahwin
lebih banyak ranjau dan perlukan kewangan yang bukan sedikit
aku tak mahu buat majlis besar-besar tapi berhutang
biar ala kadar sahaja
tapi maaf kalau ada yang tidak dijemput
sebab aku berkira-kira untuk buat kenduri biasa sahaja
tujuan diadakan kenduri untuk war-warkan kepada orang ramai bagi mengelakkan fitnah
jadi
aku pilih untuk bersederhana sahaja
saudara-mara terdekat dan teman rapat sahaja
i bukan artis nak buat besar-besar sangat
;p


II

Perasaan lain sekali bila sudah berhijab
rasa makin selesa
sepatutnya dari dahulu aku sudah menutup aurat
tapi alhamdulillah
Allah bagi aku peluang ke-2 untuk perbaiki diri sendiri
sikap dan perangai masih sama
masih talkative
cuma yang negatif sedang dibuang jauh-jauh



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com