Wednesday, October 7, 2009
Firstly, rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat.
Dan takziah aku ucapkan kepada penduduk Padang yang kehilangan keluarga atau orang-orang tersayang di dalam kejadian gempa bumi yang turut dirasai oleh segelintir rakyat tempatan di sini.
Keadaan aku di Kuala Rompin buat masa ini Alhamdulillah. Aku masih waras dan masih berada di peringkat belajar lagi. Terima kasih banyak kepada Sundram (Site supervisor) dan semua pekerja di sini yang banyak menolong aku walaupun aku baru sahaja bergelar seorang jurutera setahun jagung ni.
Perbualan dengan mama, si dia dan sepupu aku, banyak buat aku berfikir. Now, I really need to think about my future desperately. Aku fikir boleh aku mahu kekal menjadi jurutera, tapi aku akan lebih selesa bekerja dengan kerajaan. Jadi, aku mengambil langkah dengan melayari semua website kerajaan dan mencari peluang pekerjaan sebagai jurutera. Ramai (lotsaaaaaaaaa) kenalan aku yang menasihatkan aku untuk mencari tempat di sector kerajaan disebabkan terlalu banyak benefit untuk aku seorang perempuan. Mungkin Cuma hanya mengisi boring s.p.a sahaja tidak cukup, tapi aku kena berusaha lebih supaya aku dapat apa yang aku inginkan. Jadi aku mula mengorak langkah demi langkah. Bersama doa dari mama dan keluarga, aku betul-betul berharap aku mendapat tempat di sector kerajaan. Memang aku boleh berada si sektor swasta, tapi aku tak mahu mama risau aku terpaksa pergi jauh (macam sekarang..i'm the only woman handle this project at Kuala Rompin). Hati mama tak tenang, hati si dia gundah gulana juga walau tak disuarakan. And I have to work at the middle of the night and wait for the low tied so that my workers can lay goetextiles easily. Bayangkanlah perasaan aku yang memang tahu site tu creepy dan berpenunggu. Tapi pesanan mama, ayah, adik-adik, si dia dan saudara mara yang mengambil berat supaya tidak tinggalkan solat dan sentiasa berdoa meminta perlindungan dari Allah tidak pernah aku abaikan. Selalu tersemat dalam hati, dalam minda.
Oh, dan sekarang aku sedang bersabar menunggu loan untuk beli Viva Elite Ezi. Keep waiting.
Walau banyak dugaan, tapi aku bersabar. Dan masih lagi sedang mengambil lesen P kali ini. insyaAllah ,by the end of October, dah ada kereta (amin) dan dah boleh drive. Nasihat : semasa belajar dan banyak masa, WAJIB ambil lesen kereta and stop give some stupid reason that you don't have time to take a driving licence. Sangat sangat sangat menyesal sebab degil tak mahu ambil lesen sebab kawan baik aku meninggal sebab kemalangan dan buat aku trauma mahu drive dan ada lesen. Ok, aku tipu mama kata tiada masa mahu ambil lessen walhal aku takut. Tapi, sekarang menyesal tak sudah.
*Long sigh*
sangat penat bekerja..hmmmm
Monday, September 14, 2009
dari sudut hati yang luka
“mulut diam..jantung diam..hati diam”
terlalu banyak yang terluka..
aku dia semua..
jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja
dia inginkan kebebasan
dengan hasrat menyatakan aku tiada hak untuk menghalang..
aku rasa hati aku sendiri faham apa yang cuba disampaikan
aku rasa tempoh masa hampir 3 tahun
belum cukup lagi untuk betul-betul memahami diri kami berdua
kata-kata yang aku rasa tidak disengajakan terlalu banyak buat aku luka terlalu dalam
mungkin aku cuma perlu kunci mulut dan mungkin hati
sedih bila orang yang kita rasakan sebahagian dari hidup kita
rupa-rupanya bukan dari separuh itu
mungkin jalan yang terbaik cumalah diam
syhhhhh
:(
:(
:(
kadang-kadang untuk suatu tempoh masa yang lama, kita rasa kita cukup untuk mengenali seseorang
tapi tanpa kita sedar, semakin kita mengenali dia, semakin kita jauh dari dia
mungkin silap aku kerana sukar mahu mempercayai
hari ini, aku menangis, menangis untuk diri sendiri kerana aku selalu, banyak kali sebenarnya menasihati orang supaya pegang prinsip percaya dan mempercayai
tapi aku?mungkin betul, aku takut dengan bayang-bayang sendiri
mungkin sejarah yang pernah berlaku sebelum ini buat aku takut
takut untuk terlalu sayangkan seseorang
takut menjadikan seseorang istimewa dalam hidup aku
kemudian satu hari dikhianati
mungkin aku takut keadaan itu berlaku dalam hidup aku
sering kali bila aku betul-betul gembira dan selesa dengan suatu perhubungan
di akhirnya, aku juga kecewa
aku tak mahu lagi berasa kehilangan
cukup aku kehilangan orang yang betul-betul memahami aku 3 tahun lepas (Al-Fatihah)
dan aku tak mahu lagi satu kehilangan
tapi aku mahu, diberikan aku waktu..masa untuk memahami semua ini
mungkin sebab pertama kali berjauhan dan masing-masing sedang cuba berada di satu tahap yang lain..
mungkin sebab itu aku terasa jauh dan berganda-ganda sensitif
*long sigh*
Ya Allah, sesungguhnya aku Cuma hamba-Mu yang lemah. Engkau berikanlah aku kekuatan
Saturday, September 12, 2009
rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari
owh..aku nampak gelap sedikit..
hasil duduk di rompin selama 1 minggu..hmmm..dan pulang semula ke rompin selepas ini
selamat kembali ke pantai hiburan!
p/s : terima kasih banyak kepada sepupu terbaik saya yang sudi ikut saya menggemukkan badan di restoran seri malaysia tempoh hari :)
Tuesday, September 8, 2009
23 tahun rupanya aku
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Saturday, September 5, 2009
saya cuba dan terus cuba
dan aku lakukan dengan penuh bergaya ;)
Ya Allah..Engkau berikan-lah aku kekuatan untuk menempuhi segala kesulitan dan dugaan yang Engkau turunkan..Ya Allah..lindungi-lah aku dari sebarang kesulitan dan musibah..pelihara-lah keselamatan diriku..hanya kepada-Mu aku mohon..Amin
Wednesday, September 2, 2009
Dugaan berpuasa
finally aku macam sangat teruja update blog aku ni..
so many story to tell so many heart feeling and emotions..
I
Perasaan takut dan berdebar-debar sewaktu melangkah masuk ke alam pekerjaan kini mula hilang..
alhamdulillah..
i can adapt new situation in Huls Engineering..
tapi berita kurang sihat yang mana aku akan ditempatkan di Wudani Bay yang terletak di Kuala Rompin..
nasib baik bos yang murah hati sediakan kenderaan dan tempat tinggal untuk aku..
takut juga sebab pertama kali jauh dari keluarga..
maksud aku..
jauh yang amat jauh..
rompin ok..
dan keadaannya amat-lah panas terik..
dugaan untuk selama 43 hari..
II
Terlalu marah dengan S*ME D**BY..
tuntut elaun yang cuma 200 macam tuntut 2000 je..
siap kena marah
apa punya perangai
bukan aku main minta je..
company yang offer
sudahnya..2 bulan aku tak dapat elaun
boikot SD
(kepada Gee dan Jlo..aku tak boikot korang ;p)
III
Terlalu rindukan keluarga di Muar..:(
Teramat rindukan Muhammad Zulhilmi di Ipoh (tak tahu bila boleh jumpa awak,sayang)
Rindukan kehidupan universiti dan kawan-kawan sekepala
:(
**deep sigh**
