
Kadang-kadang dalam hidup, kita rasa keputusan yang kita buat dengan ikut kata hati, kita fikit tidak akan timbul masalah disebabkan betapa sukanya kita akan sesuatu
tapi aku rasa dalam keadaan aku sekarang, makin lama menjerat diri sendiri
semangat aku betul-betul hilang kali ni
hilang ditelan gusar, kecewa, takut, terhimpun satu perasaan yang semakin memakan diriku ini
setiap malam kali ini aku bersungguh-sungguh menangis untuk diriaku yang satu ni
pada Dia aku mengadu tersedu-sedan diminta berikan petunjuk
sumpah aku penat, aku penat melayari bahtera hidup di kota yang serba menakutkan, kota yang penuh dengan penipuan
bukan aku tak bersyukur dengan keadaan sekarang, aku bersyukur
cuma, entah, tak cukup berbekalkan gaji yang tak seberapa, mahu menanggung 10 beban
ibarat kuli diperlakukan sedemikian rupa, akulah pembantu peribadi, akulah si pembuat claim, akulah si akauntan, tapi sebenarnya aku seorang koordinator projek, bukan kuli
bila disuarakan hak, pandai dia putar belit, apa boleh kau lakukan kalau jenis bangsa putar belit alam, sah-sah menang
sekarang ni, aku cuma mahukan yang terbaik sahaja untuk diriku dan keluarga
masa depan aku semakin kabur
Ya Allah, berikan aku kekuatan kerana aku tak mampu lagi menampung dan menanggung semua ini
:"(